AIMAN TINO MELANCARKAN KOLEKSI QURTA BY SWEET AIMAN FASHION UNIVERCITY - HADIAH BERNILAI RM 500 RIBU MENANTI PEMBELI BERTUAH


Selepas kejayaan produk kosmetik Sweet Aiman, kini Aiman Tino mengorak langkah dalam bidang fesyen pula dengan melahirkan koleksi Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity. Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini adalah hadiah Aiman Tino kepada peminat nya sempena menyambut Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

Aiman memilih konsep Qurta “hipster” ini kerana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur. Qurta by Sweet Aiman ini terdiri daripada 10 warna terkini hasil pilihan Aiman sendiri. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow. Apa yang menarik tentang koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman ini ialah kerana ianya bercirikan "unisex" dimana ia juga boleh digayakan oleh kaum wanita.









AIMAN TINO KINI PUNYA LAGU RAYA SENDIRI
Sempena menyambut bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Aiman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu raya. Lagu berjudul Lara Dalam Kerinduan yang telah dimuatkan di saluran YouTube pada 12 May 2017 lalu, kini telah mendapat lebih se juta penonton.


Aiman Tino bersama Dato' Ryzal, pengasas produk Wonder Glow


Pihak Sweet Aiman ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur dan juga Mara Inc. kerana menaja lokasi untuk Majlis Pelancaran "Qurta by Sweet Aiman" ini.

Harga jualan bagi "Qurta by Sweet Aiman" adalah RM 79.90 sahaja. Bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi pakaian Qurta ini, anda boleh mendapatkannya di kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadhan ini serta rangkaian terpilih Mydin Hypermarket di seluruh Malaysia. Diantarannya ialah :

1) Mydin USJ Subang

2) Mydin UTC Melaka

3) Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang

4) Mydin Kubang Kerian Kelantan

5) Mydin Pelangi Indah Johor Bahru

6) Mydin Meru Raya Ipoh 

7) Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 






Bagi memeriahkan lagi jualan Sweet Aiman dan juga Qurta by Sweet Aiman serta sebagai tanda terima kasih, pihak Sweet Aiman melancarkan peraduan yang diberi nama “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. Para peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10, 000. Nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak RM500, 000.



Cara untuk menyertai peraduan ini adalah mudah sahaja. Untuk setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta anda layak untuk menyertai peraduan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli boleh mengisi maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki pada borang peraduan “online” di laman web tersebut. Pembeli perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Tel: 016-7094042










#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIMANTINO #SWEETAIMAN #QURTABYSWEETAIMAN

DATO' RIZALMAN IBRAHIM KINI MEMPUNYAI SIRI REALITI SENDIRI - KISAH KEHIDUPAN DIPAPARKAN DALAM 'RIZALMAN'


Meneruskan tradisi untuk meraikan bakat-bakat hebat dari Asia, Life Inspired dengan bangganya memperkenalkan long-form original series yang pertama disiarkan dengan menampilkan personaliti Asia popular, Dato' Rizalman Ibrahim. Ikon stail Malaysia ini bakal menyinari kaca TV anda dengan kemunculan dalam sebuah siri realiti berakses penuh, tanpa suntingan yang dinamakan RIZALMAN.

Umum mengetahui bahawa Dato' Rizalman Ibrahim merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang sangat disanjungi dan sememangnya beliau merupakan satu nama besar apabila melibatkan citarasa tinggi dan visi kreatif. Kini, buat pertama kalinya, pereka terkenal tersohor ini bakal berkongsi mengenai gaya hidup peribadinya dalam sebuah siri rancangan realiti penuh eksklusif menerusi siaran Life Inspired.







Siri lapan episod ini akan menyoroti kehidupan harian Dato' Rizalman sebagai pereka, penghias dalaman, guru fesyen terkenal, perancang majlis dan perkahwinan, usahawan dan bapa kepada dua anak lelaki. Anda boleh kenali dengan lebih dekat bagaimana beliau menyeimbangkan peranannya di antara jadual kerja yang sibuk dengan tugas domestik dan mengenali sumber ilham di sebalik setiap karya seni Dato' Rizalman.




Dikenali dengan busananya yang terperinci dan rekaannya yang mempunyai gabungan elemen klasik dan kontemporari, boleh dikatakan beliau cukup sinonim dengan rekaan fesyen mewah. Daripada busana ketat ke kaftan beralun, daripada frill ke peplum, rekaannya adalah pilihan utama di kalangan kerabat diraja, sosialis dan selebriti kelas A yang mahukan rekaan mewah, minimalis dan elegan.



Secara jujurnya, walaupun dikelilingi dengan kehidupan mewah dan glamor, Dato' Rizalman sebenarnya cukup merendah diri dan berjiwa besar.

Lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang sehingga kini mempunyai label fesyen sendiri, siri realiti ini merupakan satu kisah seorang lelaki yang tidak gentar mengambil risiko, dan punya bukti untuk diceritakan. Apakah yang membuatkan dirinya bertindak? Apakah yang membakar semangat nya untuk mengejar menjadi seorang fashionista yang diidamkan?

Seorang lelaki yang mencintai kehidupan, sebuah rancangan mengenai Dato' Rizalman pastinya tidak lengkap tanpa mengikuti beliau menjelajah ke seluruh dunia. Siap sedia untuk sama-sama terbang merentasi negara seperti ke Paris, Guang Zhou dan negara jiran Singapura sambil mengikuti beliau dalam sesi pencarian sumber material hingga penggambaran fesyen.



Jangan lepaskan peluang menyaksikan kemunculan istimewa rakan-rakan istimewa Dato' Rizalman termasuklah selebriti tanah air Neelofa, bekas ratu cantik Deborah Henry, penyanyi Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Sememangnya seorang ikon stail, Dato' Rizalman sentiasa menarik perhatian dan menjadi rujukan golongan kelas atasan dalam segala perkara, daripada busana formal hingga ke pakaian kasual.



Selain daripada kelompok fashionista Malaysia, RIZALMAN akan menyoroti di belakang tabir setiap insan yang menjadikan beliau sehingga berada di tahap ini, serta insan yang sangat istimewa bagi nya termasuklah dua anak lelakinya yang comel. Siri ini turut mengintai ke dalam kediaman rahsia dan momen peribadinya yang jarang sekali dapat dirakam.



Bukan itu sahaja, rancangan ini juga bakal memperlihatkan Koleksi Jubilee - 25 tahun Dato' Rizalman yang dinanti-nantikan. Bagi seorang pereka yang telah bekerjasama dengan Zalora, Butik Fesyen secara atas talian terbesar di Asia Tenggara, ianya sesuatu yang mengujakan untuk menyaksikan apakah langkah beliau yang seterusnya.










Menurut Rizalman, sekarang adalah masa yang tepat untuk berada seiring dengan jenama antarabangsa yang lain dan sebagai wakil Malaysia dalam platform serantau, beliau gembira untuk berkongsi telatah dramatiknya di Life Inspired. Apabila diajukan pelawaan untuk menyertai siri realiti ini, Rizalman dengan senang hati bersetuju.

“Ia bagaikan impian menjadi kenyataan bagi saya apabila dipelawa untuk disiarkan dalam Life Inspired. Ia merupakan salah satu daripada saluran TV kegemaran saya dan menjadi hasrat saya untuk memenuhi permintaan penonton yang ingin mengetahui dengan lebih dalam mengenai rahsia hidup Rizalman dan bagaimana saya mengendalikan banyak proses kreatif dalam bidang kerja saya. Saya sering kali diajukan soalan bagaimana saya mengurus semua perkara. Sebagai salah seorang tastemaker Asia, saya berharap rancangan ini akan menjawab sebahagian daripada persoalan anda dan memberikan anda inspirasi untuk beraya dengan lebih lagi”, ujarnya.



Anda boleh menyaksikan siri 8 episod berdurasi 30 minit bagi setiap episod bermula 30 Mei 2017 (Selasa) pada pukul 10 PM MY/SIN/HK melalui siaran Life Inspired, Astro CH.728. Ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan Astro On Demand.



MENGENAI LIFE INSPIRED
Life Inspired merupakan sebuah saluran televisyen mengenai gaya hidup dalam definisi tinggi. Ia merupakan saluran yang pertama dalam rantau ini. Life Inspired disiarkan secara pan-serantau di seluruh Asia dan kian giat meluaskan langkah. Saluran ini menyajikan penonton dengan kandungan berkonsep Asia, berperanan sebagai jendela kepada dunia gaya hidup penuh inspirasi buat penggemar trend kosmopolitan. Rancangan Life Inspired yang pertama disiarkan serta kandungan eksklusifnya berkisar mengenai lima aspek dalam gaya hidup yang ideal: Makanan, Rumah, Kesihatan, Makan Angin dan Stail.

Layari laman web di www.litvchannel.com , 
Laman Facebook: www.facebook.com/litvchannel atau 
Laman Instagram: www.instagram.com/litvchannel untuk informasi lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RIZALMANXLIFEINSPIRED #LIFEINSPIREDORIGINAL #RIZALMAN 




SHOWCASE GANDINGAN AIMAN TINO BERSAMA SANDRA MENTOR DAN SUFIAN SUHAIMI DI MATIC MENDAPAT REAKSI POSITIF PENONTON


Buat julung kalinya, 3 penyanyi baru yang kian meniti di bibir peminat muzik tanah air, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor disatukan di atas pentas dalam satu showcase khas yang diberi nama SHOWCASE DUA JIWA SATU HATI. Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang Kuala Lumpur, showcase ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 5 Mei sehingga 7 Mei 2017 (Jumaat-Ahad). Saya berkesempatan hadir pada hari terakhir. Gabungan tiga nama baru ini dalam satu pentas adalah bertujuan untuk memberi platform dan pendedahan kepada golongan artis muda mengadakan persembahan pentas selain menjadikan MaTIC sendiri sebagai lokasi terbaik kepada para artis yang ingin mengadakan persembahan. Satu usaha positif bagi pihak MaTIC dan juga pihak LAGA EMAS Entertainment selaku penganjur utama showcase ini.

Saya cukup terkejut melihat bilangan peminat yang hadir kerana boleh dikatakan hampir 80 % ruang dewan berjaya di penuhkan. Bagi saya ini satu petanda positif kepada artis muda dan kepada industri hiburan tanahair umumnya kerana ia menunjukkan bahawa masyarakat sudi untuk berbelanja membeli tiket menonton persembahan artis tempatan.

dewan mulai penuh

emcee pada malam itu persis Wak Doyok

Showcase di buka dengan persembahan oleh Sufian Suhaimi, artis yang bakatnya dicungkil melalui laman Youtube menyampaikan lagu dari single kedua beliau, Harus Aku diikuti dengan lagu Bunyi Gitar dan Count on Me. Kemudian beliau menjemput Sandra untuk berduet menerusi lagu Love You Like a Love Song.



peminat dari Singapura pun ada!










Kehangatan pentas diteruskan dengan persembahan solo dari Sandra Mentor. Untuk pengetahuan semua, Sandra merupakan bekas protégé Dayang Nurfaizah dalam peringkat saringan rancangan realiti Mentor Legend. Beliau tewas kepada Azmil ketika itu. Beliau memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu Ku Tak Mahu Cinta disusuli dengan lagu Hey Kau. Beliau turut membuat kejutan dengan menyampaikan single terbaru beliau yang berjudul Aku dan Kekasih buat pertama kali. Single ini bakal menjengah pasaran tidak lama lagi.











Selepas itu, Aiman Tino terus mendominasi pentas dengan menyampaikan beberapa buah lagu bermula dengan lagu Permata Cinta dengan kemunculan istimewa kakak beliau, Fara Hazel. Ia disusuli dengan dendangan lagu pop yeh yeh, Peracun Kalbu, Here Without You dan lagu yang menjadi fenomena di Youtube seterusnya mengangkat nama Aiman Tino, Ku Rela Di Benci. Aiman dan Sufian kemudiannya berpadu suara dengan menyampaikan lagu AKU PENGHIBUR. Showcase ini turut diselang seli dengan pemberian coklat dan kuntuman bunga kepada beberapa penonton bertuah pada malam itu.


duet bersama kakak Aiman, Fara Hazel
 



peminat cilik dari Manchester sanggup datang



Akhir sekali, ketiga-tiga penyanyi ini muncul bersama di atas pentas utama dengan menyampaikan lagu terakhir, Seiring dan Sejalan sebagai penutup tirai. Showcase ini telah diiringi oleh barisan pemuzik handalan seperti Nad (gitaris), Kelly (bass), Firdaus (keyboard) dan Ujang (drum) selaku pengarah muzik pada malam itu.







Secara peribadi, saya berpendapat SHOWCASE DUA JIWA SATU HATI ini adalah satu permulaan yang baik kepada ketiga-tiga penyanyi muda ini menonjolkan potensi diri dalam industri kreatif. Walaupun masih nampak perasaan malu dan kekok terutama sekali apabila berinteraksi bersama penonton, secara keseluruhannya showcase ini menampakkan kebolehan diri masing-masing dalam mengemudi showcase sendiri. Saya harus memberi kredit kepada Aiman Tino yang sudah mulai nampak kematangan dalam persembahan beliau. Cara beliau berkomunikasi dengan penonton juga harus dipuji. Setiap kali berinteraksi dengan penonton pasti akan ada unsur humor. Keep it up Aiman! Mana tahu selepas ini akan ada persembahan berskala besar pula buat ketiga-tiga penyanyi muda ini.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIMANTINO #SUFIANSUHAIMI #SANDRAMENTOR

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.