CARA REFUND TIKET PENERBANGAN AIRASIA ANDA

July 24, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Melancong merupakan antara aktiviti yang menjadi kegemaran ramai kini. Pastinya kembara di tempat asing satu pengalaman menarik untuk dijadikan memori. Bagi pengembara, sudah menjadi kelaziman menerjah setiap laman sesawang syarikat penerbangan bagi mengetahui jika terdapat sebarang penawaran harga murah bagi destinasi pilihan. Samada murah atau mahal, kapal terbang merupakan mod pengangkutan terbaik kepada anda untuk kembara ke destinasi yang berjarak jauh.

Tiket penerbangan sudah dibeli setahun lebih awal, penginapan sudah ditempah serta jadual aktiviti sudah dirangka dan disusun supaya kembara menjadi lebih lancar. Namun di saat akhir, nasib tidak mengebelahi anda apabila tiket penerbangan dibatalkan oleh syarikat penerbangan atas alasan tetentu. Aduh! Pasti mood anda sudah lari bertempiaran. Bayangkan kos sudah dikeluarkan tapi percutian yang dirancang tidak dapat dilaksana.

Namun anda harus faham bahawa keputusan pembatalan penerbangan bukan dibuat sewenang-wenangnya oleh sesebuah syarikat penerbangan. Ia mungkin disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan. Seperti yang berlaku kepada saya baru-baru ini apabila tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang, Laos menggunakan servis Airasia dibatalkan beberapa bulan sebelum hari kejadian atas faktor komersial. Untuk pengetahuan semua, pihak Airasia telah memberhentikan laluan terus KL ke Luang Prabang bermula 1 Julai 2018. Saya kurang pasti maksud komersial itu. Barangkali kurang mendapat sambutan agaknya. Sayangnya kerana saya telah menempah tiket ini setahun lebih awal dan Luang Prabang adalah antara destinasi yang berada dalam senarai kembara saya. Saya diberikan beberapa pilihan samada menukar tarikh penerbangan sebelum tarikh laluan tersebut dihentikan atau menukar laluan ke Vientiane, atau menukar laluan KL- DMK (Dong Mueng) – LPQ (Luang Prabang) atau menukar tiket kepada bentuk kredit ke dalam akaun Airasia atau pembayaran semula amaun penuh tiket yang dibeli.

Saya memilih untuk meminta bayaran balik secara penuh (full refund) kerana memikirkan pilihan lain tidak sesuai untuk saya kerana menukar laluan lain akan memakan banyak masa dan pilihan kredit ke dalam akaun harus ditebus within 180 calendar days from the issuance date of my future travel with Airasia.

Ramai diluar sana yang masih tidak tahu cara yang betul untuk mendapatkan bayaran balik tiket penerbangan yang telah dibatalkan. Saya kongsikan cara dan langkah demi langkah mendapatkan full refund bagi kes seperti saya. Namun harus diingat! Full refund hanya boleh dibuat jika penerbangan tersebut dibatalkan oleh pihak Airasia sahaja. Jika anda meminta refund atas kecuaian anda sendiri, pemintaan anda tidak akan dilayan ya!

1. PASTIKAN ANDA MENDAPAT EMAIL RASMI DARIPADA AIRASIA BERKENAAN PEMBATALAN PENERBANGAN ANDA

2. SEDIAKAN EMAIL TERSEBUT BESERTA FLIGHT ITINERARY YANG TELAH DIBATALKAN PENERBANGAN DAN RESIT PEMBELIAN TIKET TERSEBUT SEBAGAI BUKTI.

3. JADI ANDA HARUS ADA KETIGA-TIGA DOKUMEN DIATAS BAGI MEMUDAHKAN URUSAN REFUND ANDA.

4. MACAM KES SAYA YANG TIDAK MENYIMPAN RESIT BUKTI PEMBELIAN TIKET, SAYA MENYERTAKAN PENYATA BANK YANG TERDAPAT TRANSAKSI PEMBELIAN TIKET TERSEBUT.

5. MASUK KE LAMAN WEB www.airasia.com

6. KLIK PADA BUTANG CUSTOMER SUPPORT


KLIK CUSTOMER SUPPORT






7. TEKAN EMAIL US

KLIK EMAIL US


8. ANDA AKAN DIBAWA KE SKRIN E-FORM

9. PADA TYPE OF FEEDBACK, PILIH REFUND

PILIH REFUND






10. KEMUDIAN PADA BAHAGIAN SUB CATEGORY 1 PILIH FLIGHT CANCELLATION 

PILIH FLIGHT CANCELLATION

HANYA FLIGHT YANG DIBATALKAN OLEH AIRASIA BOLEH REFUND






11. PADA SUBJECT ANDA TAIP (BOOKING NUMBER ANDA – REQUESTING FOR FULL REFUND)

12. ISIKAN PERSONAL DETAILS ANDA (TANDA * WAJIB DIISI)

13. KEMUDIAN ISIKAN FLIGHT DETAILS ANDA
 

BOOKING NUMBER ADA PADA FLIGHT ITINERARY

PASTIKAN ANDA TAHU AKAUN BANK ANDA DIDAFTAR DI MANA.

SWIFT CODE ADALAH KOD AKAUN BANK ANDA DIDAFTARKAN. ANDA BOLEH TAHU AKAUN ANDA DIDAFTARKAN DIMANA DENGAN MELIHAT PENYATA BANK YANG DICETAK SECARA ONLINE ATAU DI KAUNTER. ANDA BOLEH RUJUK PIHAK BANK KOD TERSEBUT ATAU GOOGLE SAHAJA. CONTOH PADA GAMBAR ADALAH KOD BAGI MAYBANK BUTTERWORTH PENANG






14. SELESAI ISI KESEMUA DETAILS, TEKAN BUTANG SUMBIT AND ATTACH FILES. MASUKKAN KETIGA-TIGA DOKUMEN YANG SAYA NYATAKAN DI AWAL TADI BERSAMA DAN TEKAN DONE.

MUAT NAIK EMAIL PEMBATALAN PENERBANGAN, FLIGHT ITINERARY DAN RESIT PEMBELIAN TIKET


15. SIAP! ANDA AKAN MENERIMA NOMBOR RUJUKAN UNTUK PERMOHONAN ANDA DAN PIHAK AIRASIA TURUT MENGHANTAR EMAIL BERKENAAN PERMOHONAN ANDA

Biasanya proses mengambil masa 1 bulan dari tarikh anda hantar permohonan anda. Jika anda mempunyai isu, boleh menelefon atau email pihak Airasia menggunakan no rujukan tadi. Pihak Airasia juga aktif di Twitter. Jadi jika ada sebarang masalah boleh terus twit mereka. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda. Jangan risau tentang duit tiket anda dan teruskan mengembara!



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIRASIA #HOWTOREFUNDFLIGHTICKET

0 comments:

Powered by Blogger.