MINUMAN JENAMA POKKA KINI BOLEH DIBELI DI PORTAL JUALAN POTBOY GROCERIES


Lambakan jenama produk minuman di pasaran menjadi tanda ukur bahawa industri pembuatan minuman mempunyai permintaan yang tinggi. Walaupun ia agak kompetetif, namun ia bukan penghalang kepada syarikat-syarikat ini bersaing sihat menghasilkan pelbagai perasa baru demi mengisi kemahuan pengguna. Antara jenama yang sering meniti di bibir adalah jenama POKKA. Siapa yang tidak kenal akan produk minuman POKKA. Boleh dikatakan disetiap sudut rak kedai menjual jenama ini. Cukup terkenal dengan produk minuman berasaskan teh hijaunya, Pokka turut mempunyai rangkaian produk minuman kopi yang sedap. 

Jenama Pokka memulakan bisnes seawal tahun 1957 di Jepun dengan nama asalnya Nikka Lemon Co. Ltd yang mengkhususkan dalam pembuatan minuman berasaskan lemon. Melihat kepada perkembang positif dalam pasaran, pihak Pokka membuka kilang pertama diluar Jepun iaitu di Singapura dengan menghasilkan produk minuman berasaskan kopi. Kini, Pokka harus berbangga kerana hasil idea kreatif dan inovatif, kini ia memiliki pelbagai jenis minuman seperti jus, minuman isotonik dan juga minuman bersusu. Malah mereka turut mempunyai kilang di Malaysia yang terletak di Senai, Johor.



Saya secara peribadi merupakan antara jutaan peminat tegar kepada produk jenama Pokka terutamanya minuman teh hijau dan kopi. Ini kerana POKKA mempunyai pelbagai variasi produk untuk dinikmati. Malah penghasilan produk ini yang menggunakan teknologi Jepun masih mengekalkan rasa semulajadi dalam setiap produknya.







Kini anda tidak perlu gusar untuk mendapatkan stok minuman Pokka pada harga murah kerana anda boleh dapatkannya di portal jualan dalam talian, Potboy Groceries. Menarik lagi, Potboy Groceries tidak mengenakan sebarang bayaran penghantaran untuk setiap pesanan. Malah tiada had minimum diperlukan untuk anda melakukan pembelian menerusi laman sesawang www.potboy.com.my .






Mungkin ada di antara anda yang ternyata-tanya apakah Potboy Groceries. Ia merupakan peneraju portal jualan dalam talian yang mengkhususkan kepada produk kegunaan harian seperti barangan kering untuk dapur, lampin bayi, tuala wanita, sabun pencuci dan banyak lagi. Potboy Groceries telah beroperasi sejak tahun 2016 ini dimiliki dan diuruskan oleh syarikat tempatan, PB Grocery Sdn Bhd. Kejayaan penganjuran acara jualan Potboy O2O (Online To Offline) hasil kerjasama Fave Pay serta jenama Coca Cola selaku penaja platinum di Jaya One, Petaling Jaya baru-baru memberi impak besar kepada industri jualan dalam talian negara. Malah ia merupakan acara jualan secara nirtunai yang julung kali diadakan di Malaysia.

Bagaimana laman Potboy Groceries menjalankan urusniaga? Mudah sahaja. Anda hanya perlu layari laman sesawang rasmi POTBOY GROCERIES dan mendaftar secara PERCUMA. Kemudian anda boleh terus melakukan pembelian barangan yang dikehendaki menerusinya. Banyak pilihan produk dengan pelbagai penawaran harga murah dan hadiah percuma jika anda membeli di Potboy Groceries. Jika produk yang dibeli sampai ke tangan anda mengalami masalah, jangan risau kerana anda boleh tukar baru produk yang sama dalam tempoh masa 3 hari dari tarikh anda terima produk yang dibeli.

BELI PRODUK DAPAT PERCUMA PRODUK

Menariknya lagi, portal jualan dalam talian ini juga mempunyai pelbagai aktiviti secara interaktif yang menawarkan token GOLDS yang boleh digunakan sebagai ‘wang’ semasa melakukan pembayaran. Anda turut mendapat kredit 100 GOLDS PERCUMA setelah selesai membuat pendaftaran di laman sesawang ini. Bukan itu sahaja, anda turut diberikan ganjaran 1 DIAMOND dengan setiap pembelian RM50. Diamond ini boleh ditukarkan kepada token GOLDS nanti. Token GOLDS ini juga turut ditawarkan kepada anda jika membeli produk terpilih menerusi kolum GOLDEN DEAL.

ANTARA PERMAINAN INTERAKTIF YANG TERDAPAT DI LAMAN POTBOY GROCERIES

ANDA DIBERI 100 GOLDS SELESAI MEMBUAT PENDAFTARAN

ANTARA PRODUK TERPILIH YANG MEMBERI ANDA PULANGAN MATA GANJARAN BENTUK GOLDS

CONTOH BELI JENAMA BERAS INI DAPAT 1000 GOLDS

ANDA JUGA BOLEH MEMBELI POTBOY DIAMONDS





Selain itu, pihak POTBOY GROCERIES turut mengambil inisiatif menggalakkan pengguna menjaga alam sekitar dengan menjalankan aktiviti COLLECT & RECYCLE. Anda turut ditawarkan ganjaran GOLDS jika mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

JOM RECYCLE





Bagi memastikan pengguna seronok berbelanja di Potboy Groceries, terdapat pelbagai kempen dan peraduan oleh jenama produk yang mengambil bahagian. Hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan.

PERADUAN DAN KEMPEN YANG DIJALANKAN

Jadi apa tunggu lagi! Mudahkan kehidupan anda dengan membeli sambil berjimat di Potboy Groceries. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, email ke info@potboy.com.my atau telefon 013 868 0425. Layari laman media sosial rasmi Potboy Groceries untuk info terkini.

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #POTBOY #POTBOYGROCERIES

0 Comments