KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!

KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!


Kek Lapis Warisan Sdn Bhd Tawar Kek Lapis Sarawak Premium Dan Sedap |
Satu perkara yang terlintas di minda bila bicara tentang Sarawak adalah Kek Lapis. Anda setuju dengan saya bukan? Tidak dinafikan Kek Lapis Sarawak menjadi produk makanan popular di Sarawak sehingga ia produk wajib beli sebagai buah tangan oleh para pelancong. Populariti Kek Lapis Sarawak boleh diukur dengan kebanjiran variasi jenama di pasaran kini. Namun demikian, popular bukan bererti sedap dan enak. Ada sebilangan darinya yang tidak konsisten dalam menjaga kualiti asal kek ini. Asal boleh jual sudah. Saya sempat bertanya pada warga tempatan bagaimana ukuran kesedapan Kek Lapis Sarawak dinilai. Rata-rata menjelaskan ia perlu mempunyai tekstur yang lembap, kualiti rasa bergantung kepada penggunaan jenama mentega dan teknik pembakaran yang betul agar ia masak sekata dan tahan lebih lama. Kunjungan saya di Kuching Sarawak baru-baru ini telah diperkenalkan kepada sebuah jenama Kek Lapis Sarawak iaitu Kek Lapis Warisan Sdn Bhd.


KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!




KENAPA MEMILIH KEK LAPIS WARISAN SDN BHD?

Seperti yang saya jelaskan, untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang sedap dan lazat, banyak faktor harus diambil kira. Penggunaan bahan premium, teknik pembakaran yang betul antara elemen penting dalam penyediaan Kek Lapis Sarawak berkualiti. Bagi Kek Lapis Warisan Sdn Bhd, tiada kompromi dalam memastikan kualiti rasa Kek Lapis Sarawak terpelihara. Saya sendiri berpeluang menyaksikan sendiri pembuatan Kek Lapis Warisan Sdn Bhd dan ternyata proses dari awal sehingga akhir memang dijaga rapi. Ia menggunakan jenama mentega premium, dibakar menggunakan ketuhar yang dilengkapi pemanas atas dan bawah agar setiap lapisan kek masak sekata. Pengunjung yang datang ke kedai Kek Lapis Warisan Sdn Bhd berpeluang menyaksikan secara langsung demonstrasi pembuatan kek. Ini antara tarikan kepada pelanggan kerana mereka dapat melihat sendiri di depan mata cara penyediaan kek dan pada masa sama menikmati aroma kek ketika dibakar.


KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!

KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!

KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!


Pelanggan juga berpeluang merasai sendiri setiap jenis Kek Lapis Sarawak yang dijual sebelum membuat pilihan kerana tersedia ‘tester’ untuk kalian. Sebagai jaminan kualiti, Kek Lapis Warisan Sdn Bhd akan sentiasa memeriksa bilangan stok Kek Lapis Sarawak supaya mereka boleh merancang pembakaran Kek Lapis Sarawak yang baru. Ia secara tidak langsung menawarkan kepada pelanggan Kek Lapis Sarawak yang segar dari ketuhar.



PILIHAN KEK LAPIS WARISAN SDN BHD

KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!


Berada dalam pasaran sejak tahun 2018, kini Kek Lapis Warisan Sdn Bhd mempunyai lebih 30 jenis Kek Lapis Sarawak. Ia terbahagi kepada 3 jenis Kek Lapis iaitu All Time Favourite, Premium dan Super Premium. Harga yang ditawarkan serendah RM10 seunit. Perbezaan jenis Kek Lapis Sarawak adalah penggunaan ramuan dan mentega.

SUPER PREMIUM

  • Hati Pari
  • Cadbury
  • 3 Serangkai
  • Cheezy Oreo
  • Almond Cheese
  • Cappuccino Cheese
  • Choc Cheese
  • Lumut Cheese


PREMIUM

  • Belacan
  • Lumut
  • Prune
  • Idola
  • Original
  • Masam Manis (P)


ALL TIME FAVOURITE

  • Blueberry
  • Rainbow
  • Pandan Cheese
  • Oreo Cheese
  • Masam Manis
  • Madu Belang
  • Kopi
  • Gula Apong
  • Evergreen
  • Durian
  • Choc Mint
  • Choc Chip
  • Choc Cheese
  • Choc Almond
  • Buah
  • Tembikai
  • Batik Jasmin
  • Aneka Rasa


ULASAN JUJUR TENTANG KEK LAPIS WARISAN SDN BHD

Saya adalah antara penggemar Kek Lapis dan tidak dinafikan Kek Lapis Sarawak antara my personal favourite. Bila berpeluang berkunjung ke Kuching, produk ini adalah antara must-buy items saya untuk di bawa pulang. Rakan-rakan yang juga warga tempatan menyarankan saya membeli di Kek Lapis Warisan Sdn Bhd kerana jenama ini menawarkan Kek Lapis Sarawak yang lazat. Pada mulanya saya beranggapan semua jenama Kek Lapis Sarawak adalah sama namun setelah mencuba sendiri Kek Lapis Warisan Sdn Bhd, sangkaan saya meleset sama sekali. Kualiti rasa dan tekstur Kek Lapis Sarawak oleh Kek Lapis Warisan Sdn Bhd memang berbeza. Senang kata, lebih sedap, tekstur yang lembap. Malah variasi rasa Kek Lapis Sarawak di sini memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk membeli kek lapis yang digemari. Kaedah penyimpanan juga senang dimana anda boleh menyimpan di dalam peti ais atau peti ais beku untuk tahan lebih lama dan mengekalkan kualiti rasa. Patutlah ramai selebriti Malaysia yang datang membeli Kek Lapis Sarawak di sini antaranya Wany Hasrita, Didie Alias, Ustaz Ebit Liew, Izzue Islam, Raja Ilya, Nadia Brian dan ramai lagi.


KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!


Bagi anda yang berada di Semenanjung dan mahu menikmati Kek Lapis Sarawak daripada Kek Lapisan Warisan Sdn Bhd, anda boleh membuat pesanan terus kerana pihak Kek Lapis Warisan Sdn Bhd menyediakan khidmat penghantaran secara pos setiap hari Isnin. Jika anda berada di Kuching, anda boleh singgah di kedai Kek Lapis Warisan Sdn Bhd yang terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

IKUTI KEK LAPIS WARISAN SDN BHD DI FACEBOOK | INSTAGRAM


KEK LAPIS WARISAN SDN BHD TAWAR KEK LAPIS SARAWAK PREMIUM DAN SEDAP!


ALAMAT KEK LAPIS WARISAN SDN. BHD.
NO 24, LOT 149,
JALAN TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE,
93400 KUCHING, SARAWAK.

WAKTU OPERASI: 
9 PAGI – 6 PETANG (SETIAP HARI)

TELEFON: 016-807 1960 (ENCIK HAFEEZI)



#KEKLAPISWARISAN #LANBERAMBEHMAKAIBASARAWAK #TOURISMMALAYSIA #TOURISMMALAYSIASARAWAK #CUTICUTIMALAYSIA #MALAYSIATRULYASIA

0 Comments