REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Review Pengalaman Menginap Di DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside | Edisi #HotelHunting kembali menghantui anda! Untuk kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Sebelum itu, saya ingin maklumkan bahawa percutian ini telah berlangsung pada bulan Ramadan 2022 yang lalu. Jangan pula terkejut bila sedang asyik membaca nanti! Hihihi!

Baiklah! Dimana saya harus mulakan? Ok! Kenapa saya memilih DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside? Pertama, kerana saya belum menginap di hotel ini lagi dan to be honest, ini adalah pengalaman pertama saya menginap di hotel jenama Hilton. Pelik tapi benar! Keduanya, saya mahu lari seketika dari hiruk pikuk kota dan pada masa sama saya malas nak pergi bercuti jauh-jauh, maka Putrajaya menjadi pilihan. Jarak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya hanya mengambil masa sekitar 40 minit melalui KL-Putrajaya Expressway dan 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 & KLIA 2) sahaja.

Sebagai info, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ini telah dibuka secara rasmi pada Oktober 2021 dan bangunan hotel ini pernah menjadi sebuah hotel jenama antarabangsa.

Setibanya di hotel, saya terus parkir kenderaan di bahagian basement. Jelas tersergam ayat Hotel Lobby saat menuju ke parkir. Disini juga tempat pick-up dan drop-off penumpang. Manalah tahu bila anda menunggu teksi atau servis pandu-seru tak pasti pin pointnya kerana kebiasaannya tempat pick-up atau drop-off hotel berada di Ground Floor. Saya terus menaiki lif ke aras G untuk urusan daftar masuk. Cantik sungguh interior pada aras G ini. Simple tapi nampak eksklusif dan mewah, sesuai dengan taraf bintang hotel ini.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Selesai urusan, saya diberikan kad akses dan juga giant chocolate chip cookie. Wow! Agaknya memang trademark Hilton memberikan welcome cookies kepada setiap tetamu yang menginap. Memandangkan bulan puasa, maka saya simpan cookies untuk dijamah pada waktu malam.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Hotel ini sangat luas! Untuk ke bilik, anda perlu bergerak ke bahagian bangunan lain. Ini kerana DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ini terbahagi kepada beberapa sayap. Sambil berjalan menyusung bagasi, mata melilau melihat persekitaraan hotel ini. Bangunan yang dibina berkonsepkan seni bina lama. Saya suka!

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

BILIK JENIS FAMILY KING

Sampai bilik, anda akan nampak satu pelekat tertera Hilton CleanStay. Ia bermaksud bilik anda telah dibersihkan sepenuhnya.

Untuk bilik, saya memilih jenis Family King. Bilik jenis ini berkeluasan 61 meter persegi ini dilengkapi antaranya katil Sweet Dreams bersaiz King, televisyen 50-inci dengan siaran definisi tinggi (HD), ruang tamu, meja kerja, peti ais mini, kemudahan Wi-Fi, peti keselamatan, seterika berserta papan menggosok, pengering rambut, set mandian jenama Crabtree and Evelyn. Malangnya bilik air tidak didatang bersama tab mandi.

Bila buka sahaja pintu balkoni yang berkonsepkan rumah kampung tersergam indah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di puncak bukit. Satu perkara yang saya suka tentang bilik ini adalah susun atur perabot dan permainan warna yang tidak sarat tapi masih memberi impak mewah. Pilihan bilik lain disini adalah King Guest Room, King Deluxe Room, Twin Guest Room dan Twin Deluxe Room.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

FASILITI DAN SERVIS

Sempat juga saya meninjau persekitaraan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ini untuk melihat fasiliti/kemudahan yang tersedia disini. Fasiliti paling digemari ramai sudah pasti kolam mandi. Menariknya di sini ia mempunyai kolam mandi infiniti dan juga Splash Pool persis taman tema air. Menarik! Di tepi kolam renang infiniti terdapat perkhidmatan sewa e-bike untuk kanak-kanak.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Kemudahan lain yang terdapat disini adalah antaranya pusat kecergasan, bilik mesyuarat, dewan acara, pengecas kereta elektrik (EV Charging), Executive Lounge, Kid’s Club, kafe dan restoran. Saya tak pasti sama ada spa sudah beroperasi disini atau belum.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Satu lagi yang saya suka untuk kongsi adalah hotel ini juga mempunyai kemudahan kunci digital. Saya diberitahu, hanya dengan menggunakan aplikasi, anda boleh membuka pintu bilik. Canggih sungguh! Malangnya saya tak berkesempatan mencubanya. Untuk servis dan kemudahan lain, anda boleh rujuk laman sesawang rasmi hotel ini ya.

BERBUKA PUASA DAN SAHUR DI MAKAN KITCHEN

Seperti saya maklumkan diawal bicara, penginapan ini berlangsung pada bulan Ramadan 2022 yang lalu. Maaf kerana kekangan masa membantutkan perancangan untuk menyiapkan artikel ini. Tapi jangan risau kerana sama ada bulan puasa atau tidak, ia tidak merubah identiti dan kualiti rasa masakan di hotel ini. Ketika kunjungan saya, terdapat dua tempat makan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside iaitu The KOFFEE yang lebih kepada lounge café dan restoran Makan Kitchen.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE
 
REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Secara jujur, saya suka dengan kualiti rasa dan kepelbagaian menu yang ditawarkan di Makan Kitchen yang fokus kepada menu Malaysia. Ia seiring dengan kempen Jelajah Selera bersama Hilton yang sedang berlangsung untuk mengangkat kepelbagaian menu masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Mungkin ada yang bilang harga bufet disini mahal, tetapi bila saya melihat kepada crowd yang hadir untuk berbuka puasa dan saya diberitahu bahawa it was full house, saya percaya harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dengan seleksi hidangan dan kualiti rasa menu disini. Full house beb! Full house sehingga pihak hotel terpaksa membuka ruang di Temenggor (ruang terbuka bahagian bawah Makan Kitchen) untuk menampung bilangan pengunjung yang ramai.

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE
SEMPAT SAYA BAWA FAMILI KAKAK SAYA DATANG BERBUKA PUASA DISINI

ULASAN JUJUR TENTANG DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Hotel mesra keluarga! Saat saya tiba di hotel ini saya dapat rasai ketenangan dan holiday vibes itu. Lokasinya yang bebas dari kesibukan kenderaan dan berhadapan dengan tasik Putrajaya antara kelebihan hotel ini. Kenapa saya katakan ia mesra keluarga? Pertama sudah pasti kemudahan Splash Pool yang tersedia disini. Bila bercuti bersama anak-anak, aktiviti di kolam renang adalah top list activity bukan? Hotel ini bukan sahaja sediakan kolam renang infiniti tetapi ia sediakan taman tema air mini iaitu Splash Pool pada tetamu hotel yang menjadi tarikan untuk anda menginap disini. Alang-alang bercuti bersama keluarga pasti mahu berninjau tempat menarik di sekitar Putrajaya bukan? Tak adalah bosan terperuk dalam bilik sahaja. Hotel ini dikelilingi beberapa tempat menarik seperti Monumen Millennium, Masjid Putra, Moroccan Pavilion, Putrajaya Botanical Garden dan banyak lagi!

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE

Keselesaan bilik tidak perlu dipertikaikan. Baring di atas katil Sweet Dreams bersaiz King bersama batal yang super empuk membuatkan saya liat untuk bangkit dari lena. Cuma bilik ini tiada kemudahan tab mandi dan ruang bilik air nya agak sempit. 

Walaupun hotel ini besar dan terbahagi kepada beberap sayap, ia masih boleh diakses dengan sambungan jejantas. Kemudahan lif yang tersedia juga membuatkan hotel ini juga mesra kerusi roda.

Satu lagi yang saya terpesona dengan hotel ini adalah hospitaliti daripada warga kerja disini. Setiap kali saya bersua dengan mereka tidak kira di bahagian kaunter mahupun technician, senyuman dan greeting tidak lekang di mulut mereka. Saya selisih sahaja terus disapanya. Terasa kehadiran saya benar-benar dialukan. Sejujurnya saya bukanlah sejenis yang demanding bila menginap di hotel, asalkan bilik saya selesa, warga kerja yang mesra dan ramah sudah cukup membuatkan saya gembira! Kalau setakat benda kecil-kecil tu saya boleh sahaj tutup mata.

Walaupun saya katakan hotel ini mesra keluarga, bukanlah bermaksud tidak mesra pasangan atau individu. Bagi pasangan yang berkahwin, hotel ini sesuai untuk bulan madu anda. Bagi bujang seperti saya, hotel ini sesuai buat anda yang mahukan ketenangan dan privasi kerana anda boleh melakukan me-time session!

Jadi sudah teruja untuk bercuti dan menginap di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside? Layari laman sesawang rasmi atau hubungi 03-8890 0000 untuk harga bilik, tempahan dan maklumat lanjut. Jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli Hilton Honors juga, PERCUMA sahaja!

IKUTI DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE DI FACEBOOK | INSTAGRAM

ALAMAT DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE
2, JALAN P5/5, PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA.

#HOTELHUNTING #DOUBELTREEPUTRAJAYA #HOTEL #REVIEW

0 Comments