10 BARISAN SELEBRITI POPULAR SERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

10 BARISAN SELEBRITI POPULAR SERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

Walaupun sesibuk mana sekalipun urusan harian, penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat perlu dititik beratkan tambahan pula dikala dunia sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini. Bicara soal amalan gaya hidup sihat, sejak akhir-akhir ini semakin banyak acara larian maya (virtual run) di anjurkan di Malaysia. Jika dahulu ‘fun run’ menjadi kegilaan ramai, namun sejak norma baharu, larian maya semakin mendapat tempat di hati peminat sukan larian. Terbaru, Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad atau KOPSTAR akan menganjurkan program KOPSTAR Got Milk Charity Virtual Run 2021.

10 BARISAN SELEBRITI POPULAR SERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

Majlis perasmian dan pelancaran program KOPSTAR Got Milk Charity Virtual Run 2021 ini telah diadakan di MaTiC, Jalan Ampang dengan kehadiran YBrs. Profesor Adjung Salehuddin bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Dasar & Perancangan Jabatan Kebudayaan & Keseniaan Negara (JKKN) yang turut sudi menyempurnakan perasmian program ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Rudy Irwan bin Shukaime, Pengarah MaTiC, Profesor Madya Dr. Sahar Sa’di bin Hashim, Rektor Akademi ASWARA, Puan Hajah Norkhayati binti Mohd Hashim (Baiduri), Pengerusi KOPSTAR, barisan selebriti iaitu Noh Salleh dari kumpulan Hujan dan penyanyi muda, Kasih Lia Bishara.

Program ini turut mendapat perhatian beberapa badan dan syarikat korporat yang sudi menaja program ini seperti MaTiC, IngenuiTee Printing & Trading, MVM Production, Rusa Music, Kelarai Sakti, Farbeat Technologies, JKKN, Yayasan Maghfirah, Karyawan, Persatuan Usahawan Senibudaya Malaysia (PUSM), AMR dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).

KONSEP VIRTUAL RUN (LARIAN MAYA)

Tahukah anda bahawa virtual run (larian maya) telah mula menjadi perhatian sejak 2013 terutamanya sejak teknologi Global Positioning System (GPS) mula digunakan secara meluas. Menerusi aplikasi, peralatan dan kaedah pemantauan GPS yang ditambah baik saban tahun, larian maya menjadi semakin popular dan memberi alternatif kepada pencinta sukan khusus aktiviti larian. Malah sejak adaptasi kepada Norma Baharu, aktiviti larian maya di Malaysia semakin mendapat perhatian orang ramai. Jadi kesempatan ini diambil oleh KOPSTAR untuk menganjurkan program KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021. Pihak KOPSTAR menganggarkan sekitar 10 ribu peserta bakal mengambil bahagian dalam program larian maya ini.

Sebagai info, larian maya sama sahaja dengan fun run cuma larian maya boleh dilakukan di mana-mana lokasi dan mengikut keselesaan peserta sama ada mahu dibuat di pusat gimnasium, stadium atau di rumah.

KOPSTAR KETENGAH LARIAN MAYA SAMBIL BERAMAL

Jelas bahawa program ini bukan sahaja sekadar memupuk aktiviti sihat tetapi ia juga diadakan sebagai satu tanggungjawab sosial untuk membantu golongan susah. Maka, KOPSTAR telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Maghfirah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar untuk mengutip dana membantu kanak-kanak yang kurang mendapat zat makanan (malnutrisi) terutamanya bekalan susu formula dan pada masa sama menumpu kepada keperluan para ibu menyusu bayi yang kekurangan nutrisi akibat faktor kemiskinan. Untuk program kali, KOPSTAR dan Yayasan Maghfirah menyasarkan untuk membantu anggaran 500 orang penduduk di Semporna Sabah. Setiap yuran penyertaan, sebanyak RM 5 akan disalurkan kepada dana khas ini.

10 SELEBRITI TEMPATAN YANG TERLIBAT

Seramai 10 selebriti tanah air akan menjayakan program larian secara maya ini. Mereka adalah Ella, Ernie Zakri, Khai Bahar, Kasih Lia Bishara, Liza Hanim, Makdiva Kopstar, Naqiu, Noh Salleh, Siti Nordiana dan Syamel. Dengan pengaruh sebagai penggiat seni ini secara tidak langsung dapat membantu dari segi promosi dan pada masa sama berpeluang menjalankan tanggungjawab sosial. Kesemua selebriti yang terlibat berperanan sebagai rakan sekutu (affiliate partner) dimana setiap orang diberikan pautan khas dan orang ramai khususnya peminat tegar boleh terus mendaftar dibawah artis kegemaran mereka. Menariknya, anda yang mendaftar menerusi selebriti ini, akan menerima pelitup muka cetakan khas contohnya jika anda peminat Ernie Zakri, anda akan menerima pelitup muka khas dengan cetakan wajah beliau. Anda boleh layari media sosial selebriti terbabit bagi mendapatkan pautan ini.

10 BARISAN SELEBRITI POPULAR SERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

CARA MENYERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

10 BARISAN SELEBRITI POPULAR SERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

Urusan pendaftaran adalah secara dalam talian sepenuhnya dan anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti dibawah:

  • LANGKAH 1: Pendaftaran secara dalam talian (online).
  • LANGKAH 2: Lakukan lariah sejauh 5km dan pantau dengan aplikasi.
  • LANGKAH 3: Hantar data larian anda di pautan khas.
  • LANGKAH 4: Cabaran tamat dan dapatkan kemeja-T, pingat dan E-Sijil.

10 BARISAN SELEBRITI POPULAR SERTAI KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021

Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM75 bagi pilihan kemeja-T lengan panjang dan RM 65 untuk kemeja -T lengan pendek (harga tidak termasuk kos penghantaran). Setiap peserta yang mendaftar akan menerima Runner Kit istimewa berupa kemeja-T rasmi, pelitup muka rasmi dan sebentuk pingat khas.

  • HARI PENDAFTARAN: 18 MAC 2021
  • TUTUP PENDAFTARAN: 1 MEI 2021
  • LARIAN BERMULA: 22 MEI 2021
  • LARIAN TAMAT: 2 JUN 2021
  • PENYERAHAN RUNNER KIT: 3 JUN 2021

Secara peribadi, saya menyokong penuh program KOPSTAR GOT MILK CHARITY VIRTUAL RUN 2021 kerana ia bukan sahaja menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berada di Norma Baharu, malah ia tidak melupakan insan-insan yang berada dalam kesusahan khususnya di Semporna, Sabah. Sihat pun dapat, pahala untuk akhirat pun dapat, InsyaAllah! Jadi kepada anda yang berminat untuk menyertai larian maya ini boleh terus melayari https://kopstar.onpay.my/order/form/gotmilk atau anda juga boleh terus klik pada pautan khas selebriti pujaan anda untuk mendaftar.

Ikuti KOPSTAR di FACEBOOK | INSTAGRAM   

#BERITA #HIBURAN #INFORMASI #SOSIAL #KOPSTAR

0 Comments