PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG


Promosi Bufet Ramadan 2021 Wyndham Acmar Klang | Ramadan kembali lagi! Alhamdulillah kerana kita masih diberikan kesempatan untuk sekali lagi menjalani ibadah puasa pada April ini. Walaupun tahun 2021 kita masih belum menang menangani pandemik Covid-19, tetapi usaha ke arah itu sedang giat dijalankan untuk bebas dari belenggu wabak ini. Walau apa pun, kehidupan harus diteruskan dan kita perlu membiasakan diri dengan Norma Baharu.


Kalau sebut tentang Ramadan, selain amalan berpuasa selama sebulan dan ibadah tarawih, ada beberapa perkara yang terus terlintas diminda. Bubur Lambuk dan air sirap menjadi menu wajib, kunjungan ke bazar Ramadan, dan juga aktiviti menerjah bufet Ramadan di hotel antara perkara yang ‘wajib’ dilakukan. Antara hotel yang menawarkan promosi bufet Ramadan pada tahun 2021 adalah hotel antarabangsa bertaraf mewah iaitu Wyndham Acmar Klang.


PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG



BUFET RAMADAN BERTEMAKAN NOSTALGIC KAMPUNGKU

Sebagai info, ini merupakan pertama kali Wyndham Acmar Klang menganjurkan promosi bufet Ramadan sejak hotel ini dibuka secara rasmi pada Disember 2019. Jadi, hotel mewah pertama di Bandar Diraja Klang ini pastinya mahu memberikan pengalaman baru di norma baharu kepada pengunjung menerusi penawaran promosi bufet Ramadan 2021 ini. Bertempat di T Café, Wyndham Acmar Klang membawakan tema Nostalgic Kampungku dengan variasi juadah berbuka puasa yang bukan sahaja sedap dan enak tetapi pastinya menggamit memori.


PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG


Antara menu tumpuan tahun ini adalah Nasi Tomato bersama Kambing Panggang dan Sos Percik. Tidak dilupa juga Sate Ayam dan Daging, Nasi Ayam, Mee Bandung, Roti Canai, Murtabak. Jika anda terbiasa berbuka puasa dengan Nasi Berlauk jangan risau kerana disini terdapat pelbagai menu menarik untuk dicuba antaranya Rendang Ayam Minang, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kurma Daging dan banyak lagi.


PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG


Terdapat juga stesen memasak secara langsung (live-cooking stations) dimana anda boleh memesan menu secara panas-panas dan segar sebagai santapan berbuka puasa. Tidak lengkap bufet Ramadan tanpa hidangan Bubur Lambuk dan variasi kuih-muih Melayu yang harus anda cuba. Jangan lupa basahkan tekak anda dengan minuman Teh Tarik dan Nescafe Tarik ya. Highly recommended!


PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG



HARGA BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG

Sudah pasti harga adalah carian penting bagi anda yang sukakan bufet Ramadan bukan? Dibawah disertakan senarai harga bufet Ramadan 2021 di Wyndham Acmar Klang yang akan berlangsung pada 16 April sehingga 9 Mei 2021 dari jam 6.30 petang – 10 malam bertempat di T Cafe.

  • RM 138 NET DEWASA
  • RM 100 NET WARGA EMAS (55 TAHUN KE ATAS)
  • RM 84 NET KANAK-KANAK (6-12 TAHUN)
  • RM 128 NET DEWASA UNTUK KUMPULAN LEBIH 10 ORANG

Jangan lupa untuk masukkan bufet Ramadan 2021 di Wyndham Acmar Klang dalam senarai bufet Ramadan anda. Untuk tempahan, sila hubungi +6012-5909851 atau emel ke tcafe@wyndhamacmarklang.com . Layari laman sesawang rasmi Wyndham Acmar Klang di https://www.wyndhamacmarklang.com bagi mendapatkan sebarang informasi lanjut.

Ikuti Wyndham Acmar Klang di FACEBOOK | INSTAGRAM


PROMOSI BUFET RAMADAN 2021 WYNDHAM ACMAR KLANG


LOKASI WYNDHAM ACMAR KLANG
NO. 1-G-1 PERSIARAN BUKIT RAJA 2/KU1,
BANDAR BARU KLANG,
41150 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
-

TELEFON: +603-3311 8888




#BUFETRAMADAN2021 #BUFETRAMADAN #FOOD #HOTEL

0 Comments