CBEEBIES & FRIENDS LIVE IT'S PARTY TIME DI RESORTS WORLD GENTING SEMPENA CUTI SEKOLAH





Sebut sahaja cuti sekolah, pasti terpancar keseronokan di wajah anak-anak. Sempena cuti sekolah penggal pertama yang akan berlangsung pada 23 Mac sehingga 31 Mac 2019, saya pasti ramai ibu bapa yang mula merancang pengisian cuti bersama anak-anak. Jika tidak ada idea, apa kata anda bawa anak-anak anda untuk bercuti di Resorts World Genting.

Pusat peranginan terkemuka dunia ini akan membawakan sebuah persembahan muzikal daripada rancangan TV kanak-kanak terkenal dari Britain, CBeebies yang disiarkan di British Broadcasting Corporation (BBC) iaitu CBeebies & Friends - It's Party Time. Antara karakter yang akan bersama-sama memeriahkan persembahan muzikal dan sarat dengan informasi dan gelak tawa adalah Teletubbies, Go Jetters, Sarah & Duck dan Hey Duggee.














Selama 70 minit, anda akan dihiburkan dengan persembahan CBeebies & Friends akan dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Teletubbies yang dibarisi oleh Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po, seterusnya Sarah bersama teman baiknya Duck, barisan ahli Go Jetters yang terdiri daripada Xuli, Kyan, Lars, Foz dan Ubercorn serta Hey Duggee, karakter anjing comel bersama rakan-rakannya dalam kelab Squirrel iaitu Betty the Octopus, Happy The Crocodile, Roly the Hippo, Tag the Rhino dan Norrie the Mouse. Anda akan terpesona dengan keletah setiap karakter dengan pelbagai pengisian slot yang penuh interaktif.









Persembahan muzikal The CBeebies & Friends - It's Party Time akan berlangsung pada 16 Mac sehingga 31 Mac 2019 bertempat di Genting International Showroom. Harga tiket yang ditawarkan adalah RM186 (VIP), RM156 (PS1) dan RM116 (PS2) tidak termasuk fi pemprosesan sebanyak RM4. Kanak-kanak dibawah umur 1 tahun adalah PERCUMA!


Pihak Resorts World Genting turut menawarkan pakej menarik merangkumi bilik hotel dan tiket persembahan serendah RM353 net. Waktu persembahan pada hari Isnin hingga Jumaat adalah pada jam 7.30 petang manakala Sabtu dan Ahad terdapat dua waktu tayangan iaitu jam 4 petang dan 7.30 malam.


Layari www.rwgenting.com atau telefon di talian 03-27181118 untuk maklumat lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING #CBEEBIES

0 Comments