The Westin Desaru Coast Resort Sinari Perayaan Kuih Bulan 2025 Dengan Celestial Treasures | Perayaan Kuih Bulan atau Mid-Autumn Festival yang jatuh pada hari ke-15 bulan ke lapan pada kalendar Cina menjadi antara acara penting dalam kalendar perayaan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Tahun ini, The Westin Desaru Coast Resort tidak ketinggalan dalam menyemarak festival ini dengan menampilkan koleksi kuih bulan “Celestial Treasures” mengundang anda menikmati rasa yang luar biasa pada setiap kuih bulan.
The Westin Desaru Resort menawarkan gabungan rasa unik dan tradisional yang tidak dapat dilupakan, Celestial Treasures menampilkan kegemaran sepanjang masa seperti Matcha Red Bean Omochi gabungan segar teh hijau dengan pes kacang merah dan Omochi, memberi kejutan sensasi rasa dan tekstur ala Jepun. Setiap gigitan memberikan magis yang mengasyikkan.
Untuk pengalaman visual dan rasa yang dramatik, pilihan Violet Harmony adalah satu kemestian. Perisa unik ini menggabungkan kelembutan keladi dan kelembutan ubi keledek yang mencipta rasa yang tidak dapat dilupakan, setiap ramuan menyumbang rasa tersendiri yang menjadikan kombinasi ini lebih istimewa.
Manjakan lagi deria rasa anda dengan kuih bulan Toffee Butterscotch, satu gabungan menarik rasa tradisional dengan sentuhan manis moden. Kombinasi rasa berlemak butterscotch dan kerenyahan toffee menghasilkan harmoni rasa manis dan berempah, sesuai untuk dikongsi bersama orang tersayang sempena musim perayaan ini.
Bagi penggemar rasa klasik, turut ditawarkan ialah:
Menariknya lagi, kesemua kuih bulan ini dibungkus indah dalam kotak bercorak bunga plum yang halus, dengan pilihan warna ungu diraja atau jingga mandarin yang berseri, reka bentuk yang boleh digunakan semula sebagai hiasan rumah, kotak simpanan, atau hadiah bergaya. Pastinya, ia adalah kenyataan mewah yang penuh makna. Setiap kuih bulan adalah satu nikmat terindah dalam meraikan rasa, ketelitian, dan hubungan yang tulus.
Manjakan lagi deria rasa anda dengan kuih bulan Toffee Butterscotch, satu gabungan menarik rasa tradisional dengan sentuhan manis moden. Kombinasi rasa berlemak butterscotch dan kerenyahan toffee menghasilkan harmoni rasa manis dan berempah, sesuai untuk dikongsi bersama orang tersayang sempena musim perayaan ini.
Bagi penggemar rasa klasik, turut ditawarkan ialah:
- Pes Teratai Pandan
- Pes Teratai Asli dengan Kuning Telur
- Campuran Kekacang
MAKLUMAT PENJUALAN
- Tempoh Jualan: 1 Ogos – 6 Oktober 2025
- Harga: RM208 bersih / 1 kotak (4 biji)
- RM32 / 1 biji
- Semua Kuih Bulan adalah disahkan Halal
Temui The Westin Desaru Coast Resort di The Mall, Mid Valley Southkey dari 18 September – 6 Oktober 2025 untuk dapatkan promosi Kuih Bulan 2025 ini. Penghantaran tersedia ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan notis minimum 3 hari dan caj penghantaran dikenakan.
TAWARAN ISTIMEWA
- Early Bird: PERCUMA 1 kotak dengan setiap pembelian 2 kotak (1 Ogos – 6 September 2025)
- Ahli Marriott Bonvoy: Diskaun 10% (6 September – 6 Oktober 2025)
- Pembelian Pukal (korporat): BELI 2, PERCUMA 1 (minimum 20 set, sah untuk tempahan terus dengan resort)
- Pemegang Kad Bank: Diskaun 10% untuk pemegang kad Maybank, RHB, Affin, UOB, dan Hong Leong Bank bagi pembelian dalam satu resit (6 September – 6 Oktober 2025)
Jadi tempah sekarang menerusi Whatsapp: +6019 755 0283 atau e-mel ke fb.westindesaru@westin.com .
#THEWESTINDESARU #KUIHBULAN #HOTEL #MAKANAN
0 Comments