POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

Potatoes USA Bawa Variasi Menu Kentang A.S Sempena Hari Nutrisi Sedunia | Sebut tentang kentang, kita mungkin pernah dimomokkan dengan mitos bahawa pemakanan kentang boleh menggemukkan. Namun hakikatnya, kentang atau nama saintifiknya Solanum tuberosum padat dengan nutrisi untuk tubun badan manusia. Saya sendiri pada awalnya ‘percaya’ bahawa kentang adalah musuh diet namun peluang menyertai acara yang dianjurkan oleh Potatoes USA baru-baru ini membuka mata dan minda.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

Acara yang bertemakan A World Of Flavours juga bersempena dengan Hari Nutrisi Sedunia (World Nutrition Day) yang diraikan pada 28 Mei ini memberi pendedahan bukan hanya mengenai khasiat kentang A.S, tetapi memberi idea kepelbagaian resipi yang boleh dihasilkan dengan Kentang A.S ini. Acara ini telah berlangsung dengan menghimpunkan 20 pempengaruh media sosial yang turut menunjukkan bakat memasak menu lazat berasakan kentang A.S di TCH Foodworks Culinary Workspace, Petaling Jaya. Hadir sama, pakar runding diet terkemuka, Indra Balaratnam dan Tania Lee, pakar diet sukan serta beberapa tetamu kehormat yang lain.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
TIMOTHY HARRISON, REGIONAL AGRICULTURAL ATTACHE, FOREIGN AGRICULTURAL SERVICE, U.S EMBASSY KL.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
EDDIE SAW, WAKIL POTATOES USA MALAYSIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
INDRA BALARATNAM, PAKAR RUNDING DIET

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
TANIA LEE, PAKAR DIET SUKAN

Indra Balaratnam menerangkan bahawa sebiji kentang A.S saiz sederhana mempunyai sekitar 110 kalori yang mudah dihadam, tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Ia mengandungi 26gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, kentang A.S. juga kaya dengan vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan. Jadi kentang A.S merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk seisi keluarga.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

Tania Lee turut berkongsi petua tentang manfaat kentang A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. Jelas beliau, kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Sumber karbohidrat yang terkandung padanya menjadi pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam serta proses pemulihan selepas sesi bersenam. Justeru ia membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
 



RESIPI SIHAT, SEDAP DAN MUDAH DENGAN KENTANG A.S

Pada acara sama, Indra Balaratnam turut berkongsi beberapa resipi mudah dan sihat menggunakan kentang A.S iaitu Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Antara yang mencuri perhatian saya adalah Mufin Kentang Russet A.S, jadi saya kongsikan resipi penuh menu ini di bawah.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
 
POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA 
POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
 
 
 

RESIPI MUFIN KENTANG RUSSET A.S. OLEH INDRA BALANATRAM

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
 
Deskripsi resipi: Vegetarian, Bebas Gluten
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Masa sedia: 50 minit
Jenis kentang: US Russet
Saiz hidangan: 12 mufin
Kaedah penyediaan: Merebus dan membakar
Jenis hidangan: Snek, pembuka selera



BAHAN-BAHAN
  • 3 biji kentang Russet A.S bersaiz sederhana (skinned, direbus dan dilenyek)
  • 1 biji telur (dipukul ringan)
  •  ½ cawan lobak merah (diparut halus)
  • 1/4 cawan bawang besar (dicincang halus)
  • ½ suduh the serbuk bawang putih
  • ½ cawab (50 gram) keju cheddar yang diparut
  • Garam & lada hitam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan ketuhar sehingga 180ยบC. Sapukan loyang mufin dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Potong Kentang Russet A.S kepada kiub kecil dan rebus di dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut (cucuk dengan garpu). Bila sudah lembut, toskan kentang dan lenyek.
  3. Masukkan telur yang telah dipukul bersama lobak merah, bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
  4. Bakar selama 30 minit sehingga mufin berwarna perang keemasan dan garing dikeliling mufin tersebut.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 10 minit sebelum anda membawa keluar mufin dari loyang.

NOTA
Mufin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk. Untuk memanas kembali, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 40 saat.


NUTRISI
Informasi Nutrisi (per mufin):
Kalori: 69
Protein: 3g
Lemak: 2g (26% lemak daripada jumlah kalori)
Karbohidrat: 10g
Serat: 1g
Sodium: 55mg




ACARA MEMASAK MENU DENGAN KENTANG A.S MENGGAMIT SUASANA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
 
Pelengkap acara anjuran Potatoes USA adalah pertandingan memasak yang disertai oleh 20 pempengaruh media sosial dan dari jumlah ini dibahagikan menjadi 10 kumpulan untuk berentap dengan resipi sihat dan menarik berasaskan kentang A.S. Kumpulan saya yang berpasangan dengan Siti Aminah Shamsuddin atau terkenal dengan nama pena Bebelan Cik Min menghasilkan menu Rendang Hijau Kentang A.S.

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA
 
POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

POTATOES USA BAWA VARIASI MENU KENTANG A.S SEMPENA HARI NUTRISI SEDUNIA

Walaupun tidak berjaya meraih kemenangan, saya cukup kagum dengan kreativiti yang dipamerkan oleh setiap kumpulan. Tidak pernah terfikir kentang boleh dijadikan minuman smoothie dan wafel, menu Potato Waffle dan Potato Smoothie dinobatkan sebagai juara pada pertandingan memasak ini. Naib juara pula tidak kurang hebatnya dengan menu U.S Potatoes Satay dan tempat ketiga berjaya menghasilkan menu U.S Potato Poke Bowl. Tahniah kepada kesemua pemenang dan peserta yang berjaya mempamerkan idea dan kreativiti menarik berasaskan kentang A.S ini.

Jadi kepada anda diluar sana yang mahu menjaga pemakanan untuk kesihatan, anda boleh mengamalkan pemakanan kentang A.S ini. Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik berkaitan kentang A.S anda boleh melayari www.uspotatogoodness.com.my atau laman Facebook @My Potatoes USA.

Selamat mencuba!


#ACARA #KESIHATAN #USPOTATOES #WORLDNUTRITIONDAY

0 Comments