MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!

MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!

Maizurah Hamzah Kini Duta Kedai E-buku | Bagi mereka yang sebaya dengan saya pasti mengenali figura ini. Pernah mencetus fenomena dalam industri muzik pada era 90-an dan berjaya melakar nama sehingga di peringkat antarabangsa khususnya di Korea dan Jepun, penama Maizurah binti Mohd Hamzah atau lebih dikenali sebagai Maizurah Hamzah yang memulakan karier sebagai penyanyi pada usia muda cukup berbakat dalam bidang lakonan. Penglibatan lakonan sulung dalam filem Jimi Asmara pada tahun 1995 sebagai Engku Noraini membuka mata banyak pihak bahawa beliau punya potensi besar dalam seni lakon.

Namun ramai yang tidak mengetahui beliau juga aktif dalam penulisan buku. Sejak dibangku sekolah lagi beliau sudah bergiat dalam penulisan namun secara santai dan untuk simpanan peribadi. Namun, setelah berumah tangga dan mempunyai anak, hati beliau tergerak untuk menjadi published writer. Pada tahun 1995, beliau memberanikan diri dengan menerbitkan bukunya sendiri. Namun atas beberapa faktor, usaha beliau terhenti disitu sehinggalah pada tahun 2021, beliau telah dilamar oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd. Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM (Bersara) atau lebih dikenali sebagi Master Shiro untuk terlibat dalam penghasilan e-buku.

MAIZURAH HAMZAH DUTA KEDAI E-BUKU EVENCHISE EBOOK STORE

Diam tak diam, Maizurah Hamzah mempunyai 8 naskhah e-buku termasuk yang terbaru, Diari Si Puteri Pop 1 Suatu Permulaan iaitu buku autobiografi tentang permulaan perjalanan kehidupan beliau sebelum menjadi seorang penyanyi.

Dengan bakat dan kapasiti Maizurah Hamzah sebagai selebriti terkenal, pihak syarikat MSGA Sdn. Bhd. cukup berbesar hati melantik beliau sebagai duta e-buku Evenchise Ebook Store. Majlis pelantikan ini telah diadakan di Sudirman Lounge, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!
MAIZURAH HAMZAH

Teruja dengan tawaran yang diberikan, namun bagi beliau mengalas tugas sebagai duta juga adalah satu tanggungjawab untuk membantu para penulis diluar sana kehadapan dan dikenali. Jelas beliau, ramai penulis berbakat diluar sana tetapi tidak dibawa kehadapan dan ia merupakan satu kerugian jika penulis-penulis ini tidak diketengahkan kepada umum.

MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!
MEJAR HASRUL TAUFEK ROSLAN TUDM (BERSARA) ATAU MASTER SHIRO, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MSGA SDN. BHD.
 
Tambah Master Shiro, peranan Maizurah Hamzah pada Evenchise Ebook Store ini adalah sebagai muka hadapan untuk menarik minat lebih ramai masyarakat untuk menulis. Malah sebagai penulis e-buku dan juga seorang ibu, pemilihan Maizurah Hamzah adalah tepat untuk menggalakkan lebih ramai terutamanya kaum wanita yang minat menulis untuk mengembangkan potensi dan seterusnya dapat menjana pendapatan. Pada masa sama, perancangan syarikat untuk membawa Maizurah Hamzah ke institut pengajian tinggi (IPT) menerusi bengkel dan seminar penulisan e-buku yang akan dianjurkan dalam memupuk minat dikalangan anak muda khususnya pelajar.

MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!

MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!

MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!

Pada majlis sama, turut diadakan pelancaran karya e-buku terbaru Maizurah Hamzah berjudul Diari Si Puteri Pop 1 - Suatu Permulaan dan upacara menandatangani Jalinan Persefahaman Hasrat diantara CEO MSGA Sdn Bhd dengan CEO Mindtalks Sdn Bhd. Majlis turut meraikan sambutan Aidilfitri dan diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas antaranya para Certified Advisor Ebook MSGA Sdn Bhd, penulis dan editor. Pihak penganjur juga turut membuat kejutan sambutan hari lahir Maizurah Hamzah pada acara sama.

JANA PENDAPATAN SEBAGAI PENULIS E-BUKU

Evenchise Ebook Store merupakan sebuah platform jualan buku elektronik atau e-buku yang dibangunkan hasil kerjasama dan kepakaran syarikat MSGA Sdn Bhd dan Global Surf Sdn. Bhd. Platform ini telah berada dipasaran sejak tahun 2017 dan telah membantu lebih 5000 orang daripada pelbagai golongan dan kerjaya untuk memulakan perniagaan e-buku pada kos mampu milik.

Dengan cogan kata syarikat Jihad Ilmu, Jihad Ekonomi, Jihad Pendidikan, program penulisan dan keusahawanan toko e-buku ini telah membuktikan potensinya sebagai alternatif kepada penulis buku fizikal untuk beralih kepada penerbitan buku elektronik yang kini menjadi pilihan ramai terutama sejak pandemik Covid-19. Platform e-buku yang mudah dilayari dengan capaian internet ini juga memudahkan para usahawan dan penulis menjana pendapatan lumayan menerusi penjualan e-buku.Sehingga kini, lebih 5000 usahawan e-buku Evenchise merentasi 18 buah negara termasuk di Ireland, Mesir, Arab Saudi dan akan datang Jepun dan Korea.

Bagi anda yang berminat untuk memahami bidang keusahawanan dan penulisan e-buku, kursus dan latihan akan diberikan kepada semua peserta termasuk penggunaan sistem teknikal, penjenamaan, pelan pemasaran dan aplikasi Telegram.

Jadi kepada anda yang mempunyai minat yang mendalam dalam penulisan e-buku namun buntu tentangnya, anda boleh menghubungi talian 011-2561 8098. Untuk mendapatkan e-buku dari Maizurah Hamzah, layari www.maizurah.com untuk info lanjut.

IKUTI MSGA SDN BHD DI FACEBOOK | INSTAGRAM

 
MAIZURAH HAMZAH KINI DUTA KEDAI E-BUKU!


#ACARA #GAYAHIDUP #KERJAYA #MSGA

0 Comments