TRULY MALAYSIA WARNAI KEMERIAHAN KRISMAS 2019 DI DORSETT GRAND SUBANG






Kemeriahan sambutan hari Krismas kian terasa. Tinggal beberapa hari lagi, kita akan meraikan antara perayaan terbesar di Malaysia. Pastinya, penganut agama Kristian sedang membuat persediaan bagi memastikan agar sambutan Krismas tahun ini meriah dan menjadi momen terindah. Bagi anda yang mencari sajian menarik di hotel sempena Krismas 2019, barangkali anda boleh menjengah Dorsett Grand Subang.

Mencipta kelainan pada tahun ini, Dorsett Grand Subang membawakan tema Around The World menerusi sajian Krismas pada tahun ini. Variasi menu kali ini menggabungkan menu tradisi Krismas, menu antarabangsa bersama hidangan lazat dari Malaysia. Penerapan elemen Malaysia dalam sajian sempena Krismas kali ini adalah bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020).

Menariknya, pihak Dorsett Grand Subang mendirikan pokok Krimas berketinggian 14 kaki di ruang lobi dengan hiasan bunga raya sebagai simbolik kepada identiti Malaysia. Satu majlis khas menyalakan pokok Krismas khas ini telah diadakan baru-baru ini dan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Dorsett Hospitality International, Datin Jasmine Abdullah Heng dalam suasana cukup meriah.







Kepada anda diluar sana yang masih mencari-cari lokasi meraikan Krismas bersama keluarga tercinta dan sahabat handai, Grand Dorsett Subang sesuai sekali dijadikan pilihan anda pada tahun ini. Pihak hotel menyediakan pelbagai pilihan menerusi Café Aroma, Terazza Brasserie, Piano Lounge, The Emperor dan Melati Rooms bermula 24 – 31 Disember 2019. Sajian bufet lazat dengan variasi menu antarabangsa pasti memukau rasa bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM150 net (dewasa) dan RM75 net (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun).

Malam 24 Disember sudah pasti momen paling dinantikan. Malam menanti detik hari Krismas harus diisi bersama yang tersayang sambil menikmati sajian enak. Café Aroma menawarkan Christmas Eve Buffet Supper pada malam menjelang Krismas bermula jam 11 malam sehingga 1 pagi. Harga yang ditawarkan cuma RM39.90 net seorang.









Terazza Brasserie pula menawarkan Christmas & New Year High Tea pada 25 Disember 2019 dan 1 Januari 2020 bermula jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Nikmati sajian pada kedua-dua hari istimewa ini pada harga cuma RM98 net (dewasa) dan RM55 net (kanak-kanak dan warga emas).

Menanti ambang tahun baru? Dorsett Grand Subang menerusi Piano Lounge menyediakan tawaran menarik untuk anda! Bermula jam 11 malam sehingga 12.30 tengah malam, anda boleh meraikan sambutan tahun baru dengan penuh ceria. Harga ditawarkan cuma RM60 net (PERCUMA segelas minuman terpilih) dan jika anda mahu menikmati makan lewat malam, cuma tambah RM39.90 sahaja. 
















Lokasi terbaik untuk sambutan hujung tahun paling dinanti! Hanya di Dorsett Grand Subang. Layari laman sesawang rasmi, laman media sosial Dorsett Grand Subang atau hubungi 03-50316060 untuk informasi lanjut. Anda juga boleh emelkan tempahan dan pertanyaan anda ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com .


LOKASI DORSET GRAND SUBANG 
JALAN SS 12/1, SS 12, 
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR. 


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTGRANDSUBANG #STAYVIBRANT #KRISMAS


0 Comments