UBAT GIGI MISMIS DENGAN FORMULASI KOKO DAN BEBAS FLUORIDA

UBAT GIGI HALAL





Penjagaan gigi merupakan salah satu rutin penting dalam kehidupan seharian kita. Ini bagi memastikan gigi dan mulut kita bebas daripada kerosakan dan berbau. Tabiat menjaga diri seharusnya bermula dari kecil lagi. Para ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pemilihan ubat gigi dan berus gigi yang betul juga amat penting. Elakkan dari memberus gigi menggunakan berus yang keras bagi mengelakkan kecederaan pada gusi. Ubat gigi pula disarankan ambil yang bebas fluorida. Apa itu fluorida:

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, fluorida ialah mineral yang wujud secara semulajadi dalam banyak jenis makanan dan air. Setiap hari, terdapat tambahan dan kehilangan mineral daripada lapisan enamel gigi melalui dua proses, demineralisasi dan remineralisasi. Kehilangan mineral (demineralisasi) daripada lapisan enamel gigi berlaku akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas bakteria dalam plak dengan gula dalam mulut. Mineral-mineral lain seperti fluorida, kalsium dan fosfat daripada makanan dan minuman akan mendap semula (remineralisasi) ke dalam lapisan enamel. Demineralisasi yang berlebihan tanpa remineralisasi yang mencukupi untuk memulihkan lapisan enamel akan menyebabkan kerosakan gigi. Banyak perdebatan tentang penggunaan fluorida samada ianya baik atau pun sebaliknya. Ia memang bagus untuk perlindungan gigi namun penggunaan yang berlebihan boleh menyundang kepada fluorosis dimasa hadapan.

Baru-baru ini, saya berkesempatan menghadiri sebuah sesi perkongsian ilmu mengenai penjagaan gigi di Klinik Pergigian Nurul Akmar, Wangsa Maju. Acara ini telah dianjurkan bersama syarikat NFA Technologies Sdn Bhd yang mengeluarkan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. Sesi soal jawab ini berjaya memberi input berguna kepada isu penjagaan gigi. Pada masa sama, kami telah diperkenalkan dengan produk MISMIS yang merupakan 100% keluaran tempatan dan halal.

UBAT GIGI HALAL





Apa yang menarik tentang produk MISMIS ini? Sejak 2014, syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah menjalankan kajian dan memasarkan ubat gigi yang berasaskan polifenol koko bersama bahan semulajadi seperti bunga cengkih dan minyak zaitun. Jenama MISMIS telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat disahkan memiliki sijil Halal dan GMP (Good Manufacturing Practice).

UBAT GIGI HALAL





Terbaru, MISMIS telah mengeluarkan ubat gigi premium pudina koko hasil kerjasama penyelidikan dari Lembaga Koko Malaysia. Produk ubat gigi MISMIS terbaru ini menggunakan bahan aktif polifenol-tannin yang telah diakui berkesan membunuh bakteria dalam mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S.Sanguis. Kedua-dua bakteria ini adalah penyebab kepada nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Barangkali ramai yang pelik kenapa lemak koko menjadi bahan utama dalam ubat gigi terbaru MISMIS? Lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria dan seterusnya mengatasi masalah kaviti mulut. Kelebihan lain produk penjagaan gigi MISMIS adalah ia bebas paraben, SLS dan fluorida.

Selain itu, MISMIS juga menghasilkan ubat gigi dengan kesan sejuk pudina (Extra Cool Mint) dengan perlindungan 7 kali lebih baik serta berupaya melawan bakteria penyebab karies dan jangkitan pada gigi. Produk ubat gigi MISMIS ini diformulasi tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Jangan khuatir jika anak-anak tertelan ubat gigi MISMIS kerana ia diperbuat daripada bahan pembuatan makanan “food grade” yang dijamin selamat.

UBAT GIGI HALAL

UBAT GIGI HALAL





Produk MISMIS adalah produk untuk seisi keluarga. Pihak syarikat turut mengeluarkan 2 jenis ubat gigi khas untuk kanak-kanak iaitu dengan perasa Chocolata dan Bubble Gummy. Kelebihan kedua-dua ubat gigi ini adalah ianya bebas fluorida dan buihnya diperbuat daripada sumber kelapa.

UBAT GIGI HALAL

Tidak lengkap penjagaan gigi tanpa berus gigi bukan? MISMIS tidak ketinggalan melengkapkan variasi produknya dengan menghasilkan berus gigi yang diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi. Berusnya yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan mengelakkan gusi anda daripada kecederaan.

Sedikit info menarik untuk dikongsi. Produk MISMIS telah melangkah setapak dengan menembusi pasaran Maghribi. Ini adalah satu pencapaian membanggakan bagi produk tempatan dalam pasaran antarabangsa. Produk MISMIS mensasarkan untuk terus meneroka pasaran di negara Timur Tengah dan Jepun di masa hadapan. 

UBAT GIGI HALAL





Harga yang ditawarkan untuk produk penjagaan gigi MISMIS sangat berpatutan iaitu diantara RM 3.90 sehingga RM15 sahaja. Anda boleh mendapatkan rangkaian prduk MISMIS ini di semua pasaraya besar seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit diseluruh negara. Selain itu, produk MISMIS juga boleh dibeli menerusi portal pembelian atas talian antaranya Watsons, Airasia (Rokki.com), Shopee, Lazada. Anda boleh layari www.mismis.com.my atau hubungi 012-9410528 mendapatkan informasi lanjut.

UBAT GIGI HALAL

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MISMISMALAYSIA #MAKEITSMILE

0 Comments