TEROKA HIDDEN GEMS IN KUALA LUMPUR DALAM MASA SETENGAH HARI!






Bandaraya kebangsaan rakyat Malaysia. Itulah Kuala Lumpur. Mula dibina pada tahun 1857 di Kuala Sungai Gombak dan Klang dimana menurut sejarah, pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. Kini, Kuala Lumpur dengan bilangan penduduk melebihi 7 juta harus berbangga menjadi antara bandar yang pesat membangun di rantau ini.

Antara destinasi popular pelancong dalam dan luar negeri jika berkunjung ke Kuala Lumpur adalah mengambil foto berlatar belakang menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas, membeli belah di Bukit Bintang, berkunjung ke Batu Caves, melihat beberung di KL Bird Park. Itu belum lagi sebut tempat makan sedap yang terdapat di KL ini.

Namun, ada sebilangan pelancong yang berkunjung ke Kuala Lumpur mempunyai masa yang sangat terhad. Namun itu bukan masalah untuk meneroka bandar Kuala Lumpur. Nah! Saya senaraikan 3 aktiviti yang boleh anda lakukan di Kuala Lumpur.




AMBIL FOTO DI STREET ART JALAN ALOR 








Anda akan terkesima dengan warna-warni dinding dengan lukisan mural 2D dan 3D di sepanjang lorong belakang kedai di Jalan Alor yang terletak dalam kawasan Bukit Bintang. Salah satu inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2015 dalam memberi warna kepada persekitaran Jalan Alor. Kepada insta lover, this is your place!



UJI MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS KL 









Uji minda dan berseronok dengan variasi pameran penuh ilusi di Museum of Illusions Kuala Lumpur. Terletak di Aras 1, Hotel Ansa Bukit Bintang, anda akan terpesona dengan lebih daripada 70 bahan pameran disini. Muzium yang berasal dari Croatia ini merupakan satu-satunya cawangan Museum of Ilussions di Asia Tenggara. Jangan lupa ambil gambar!



MAKAN PETANG DI THE LOVE @ MATIC, JALAN AMPANG








Selesai berjalan, legakan tekak dan perut anda dengan menikmati minum petang di restoran The Love @ MaTiC. Restoran The Love @ MaTiC ini menyediakan beberapa pilihan menu makan petang seperti roti bakar, cucur, pisang goreng, keropok lekor pada harga cukup berpatutan. Anda juga boleh memesan menu ala-carte seperti Nasi Goreng Malaya. Restoran yang pernah dikenali dengan nama Saloma Bistro dan WOW KL ini menyediakan seleksi sarapan pagi, bufet makan tengahari dengan lauk pauk dari 13 buah negeri dalam Malaysia dan juga bufet makan malam sambil menyaksikan persembahan kebudayaan.



Masa bukanlah penghalang buat anda untuk meneroka Kuala Lumpur walau punya waktu singkat. Banyak lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda teroka kerana Kuala Lumpur sentiasa menjanjikan kejutan dan pesona indah buat anda!

Anda boleh melayari laman sesawang dan media sosial rasmi Tourism Malaysia atau telefon di talian 1300 88 5050 bagi mendapatkan informasi menarik berkenaan tempat menarik dan kalendar pelancongan Malaysia. 

SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI TOURISM MALAYSIA

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020

1 Comments

  1. wow !! Jalan Alor dah betul2 transform lawa gila. memang kena pegi la lepas ni. vibrant colours memang cantik.

    ReplyDelete