ISTANA BUDAYA KEMBALI DENGAN KONSERT RENTAK KITA

ISTANA BUDAYA KEMBALI DENGAN KONSERT RENTAK KITA



Istana Budaya Kembali Dengan Konsert Rentak Kita |
Rindu persembahan seni bertaraf dunia di Istana Budaya? Istana Budaya kembali beraksi pada bulan Oktober ini di mana Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) iaitu satu antara dua orkestra yang terdapat di bawah pengurusan Istana Budaya (IB) bakal mengadakan sebuah konsert berkonsepkan ‘merentasi zaman’ bertajuk “Konsert Rentak Kita”.

Konsert pertama Istana Budaya bagi tahun 2021 ini bakal menghimpunkan seleksi lagu-lagu Melayu, etnik, kreatif dan nusantara yang malar segar dalam 4 fragmen selama 2 jam.

Konsert ini akan dimulakan dengan himpunan gema kompang, rebana, gendang, akordian, gambus serta seruling sehinggalah transisi alunan instrumen moden secara live diketuai oleh Yazid Zakaria, konduktor OTM, yang akan memberi semangat penyatuan dalam satu rentak dan rasa.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan adalah “Puteri Ledang”, “Joget Sayang Disayang” dalam fragmen Belagu Melayu manakala lagu “Tandang Bermadah” dan medley “Sumandak Sabah” serta “Original Sabahan” dalam fragmen Belagu Etnik. Fragmen ketiga Belagu Kreatif pula akan memberi momentum yang lebih bertenaga kepada penonton dengan susunan rentak kontemporari termasuk lagu “Canggung”, “Anta Permana” dan “Entah Jadi Entah Tidak”. Fragmen terakhir, Belagu Nusantara, akan diisi dengan medley lagu “Sendiri” dan “Biru Mata Hitamku” yang digubah khas dengan sentuhan nusantara.

Artis jemputan yang turut sama menyerikan konsert ini adalah Dato’ Andre Goh, Mus May, Siti Nordiana, Bob Yusof, Linda Nanuwil dan Anis Syazwani.



ISTANA BUDAYA KEMBALI DENGAN KONSERT RENTAK KITA
DATO' ANDRE GOH

ISTANA BUDAYA KEMBALI DENGAN KONSERT RENTAK KITA
SITI NORDIANA

ISTANA BUDAYA KEMBALI DENGAN KONSERT RENTAK KITA
ANIS SYAZWANI

ISTANA BUDAYA KEMBALI DENGAN KONSERT RENTAK KITA
BOB YUSOF



“Rentak Kita” dipentaskan oleh Istana Budaya dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bertujuan memartabatkan muzik tradisional agar nilai estetika irama ini kekal kompetitif dalam industri muzik tanah air.

Konsert ini akan dipentaskan pada 22 dan 23 Oktober 2021, jam 8:30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya secara PERCUMA kepada orang ramai. Pas percuma boleh didapati bermula 12 Oktober 2021 bermula 11 pagi sehingga 4 petang di Kaunter Box Office Istana Budaya. Layari www.istanabudaya.gov.my untuk maklumat lanjut.

Tempat duduk adalah terhad berdasarkan kapasiti yang dibenarkan MKN dan orang ramai diminta mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di Istana Budaya. Jom kita semarak kembali kemeriahan di Istana Budaya.

IKUTI ISTANA BUDAYA DI FACEBOOK | INSTAGRAM  



#ISTANABUDAYA #SENI #KONSERT

0 Comments