HARI KRAF KEBANGSAAN (HKK) 2019 ANJURAN KRAFTANGAN MALAYSIA PERKASA KOMUNITI KRAF, MEMBUDAYA RAKYAT DENGAN SENI KRAF






Kraftangan Malaysia, sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menganjurkan sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2019 pada 28 Februari sehingga 11 Mac 2019. Acara yang diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay ini telah menerima penyertaan lebih 500 pengusaha kraftangan dari seluruh negara.

Hari Kraf Kebangsaan 2019 edisi ke-17 ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat dan usahawan kraftangan Malaysia dalam memajukan industri kraf negara. Acara yang telah berlangsung selama 12 hari ini turut diadakan serentak di beberapa pusat membeli belah di beberapa zon negeri serta hotel-hotel di sekitar Lembah Klang.

Hari Kraf Kebangsaan 2019 (HKK 2019) kali ini mengangkat tema Memperkasa Komuniti Kraf sebagai menghargai usaha berterusan Kraftangan Malaysia dalam melestarikan industri kraf di negara kita. Konsep yang ditampilkan pada edisi HKK 2019 ini adalah Membudayakan Rakyat Dengan Seni Kraf dimana konsep ini dipilih bagi menggalakkan masyarakat menggunakan produk kraf dalam kehidupann seharian dan gaya hidup masakini. 







Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai pengisian acara sambutan HKK 2019 antaranya jualan kraf seperti tekstil, hasil rimba, seramik, seminar, persembahan, pameran dan demontrasi kraf. Acara HKK 2019 turut menjadi platform kepada usahawan untuk memasarkan produk kraf di peringkat global menerusi padanan perniagaan. 






































Kelainan yang cuba ditampilkan pada HKK 2019 kali ini adalah dengan menyediakan sudut Taman Kraf Digital bagi memberi pendedahan kepada pengunjung menerusi Virtual Assistant, Augmented Reality (AR), Virtual Shop (e-commerce), Virtual Reality. Pendekatan secara digital ini berupaya menjadi medium penyampaian maklumat lebih berkesan menerusi pembangunan kandungan digital secara interaktif.







Majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pada majlis sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan Anugerah Usahawan Kraf Wanita dan Usahawan Kraf Muda 2019.

Majlis juga turut diserikan dengan pertunjukan fesyen tekstil tradisi daripada empat koleksi iaitu Pesona Songket Terengganu, Garapan Artisan Malaysia (batik), Jalinan Kehidupan Borneo (tekstil Borneo) dan Inspirasi Busana Tradisi (Tenun Pahang Diraja).

Anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan melayari laman sesawang dan laman media sosial rasmi Kraftangan Malaysia. 


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #HKK2019


0 Comments