MUTAWWIF MUADZ KECUNDANG, EMPAT PESERTA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR MANHAJJ MUTAWWIF PENCARIAN MUTAWWIF TERBAIK MANHAJJ.COM MUSIM KE-2






Bermula dengan lapan peserta pada episod pertama, kini hanya tinggal empat orang yang akan mara ke peringkat akhir dalam merebut gelaran Mutawwif terbaik. Peringkat separuh akhir program realiti berkonsep islamik Manhajj Mutawwif musim ke-2 menyaksikan Mutawwif Muadz diumum tersingkir. Muadz Bin Mohd Isa, 31 tahun berasal dari Selangor mendapat markah terendah dalam episod kali ini. Beliau yang merupakan seorang guru Al-Quran berkata, beliau sudah menduga akan tersingkir pada episod ini kerana beliau berpendapat penyampaian emosi beliau kurang menyentuh hati namun beliau optimis dan yakin bahawa beliau telah melakukan yang terbaik.



Peserta yang layak untuk ke pentas akhir Manhajj Mutawwif musim ke-2 adalah Mutawwif Shazni, Mutawwif Naim, Mutawwif Hazwan dan Mutawwif Fadhli.

DARI KIRI: MUTAWWIF SHAZNI, NAIM, FADHLI DAN HAZWAN






Pada episod separuh akhir, setiap peserta diberikan tugasan secara individu dan juga berpasangan dimana topik yang diketengahkan pada episod ini adalah mengenai Sa’I dan Tahallul. Setiap peserta juga turut dibantu oleh beberapa artis jemputan antaranya Amy Mastura, Ropi, Bell Ngasri, Cik Man, Salman dan Syed Nahar dalam setiap penyampaian tugas yang diberikan.

Sebagai info, Program realiti Manhajj Mutawwif adalah program realiti berunsur dakwah fokus kepada kerjaya mutawwif yang bertanggungjawab dalam mengurus jemaah haji dan umrah di Tanah Suci. Untuk musim ini, program ini mencipta kelainan dengan menampilkan 8 peserta dari 3 negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.





Menurut Ustaz Abdul Halim Bin Ikhsan, Ketua Pegawai Eksekutif Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays Sdn.Bhd. merangkap penaja utama program ini, walaupun Mutawwif Muadz sering berada di kedudukan terbawah , beliau menampakkan kemajuan dari minggu ke minggu dan sudah melakukan yang terbaik. Ustaz Halim turut meletakkan harapan agar peserta akhir Manhajj Mutawwif musim ini akan melakukan yang terbaik dan fokus kepada kekuatan isi, penyampaian, dan permainan emosi supaya mesej yang disampaikan akan menyentuh hati penonton.










Barisan para juri yang mengadili episod Separuh Akhir adalah pendakwah Noor Affendi bin Hamid, Prof Dr. Muhaya dan juri jemputan, pelakon Razak Ahmad manakala barisan Murobbi yang terlibat dalam program ini adalah Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar (Que Haidar) dan Ustaz Shafie bih Haji Shaari. Program Manhajj Mutawwif musim ke-2 diacarakan oleh Amin Idris dan Sharifah Shahira. Juara Manhajj Mutawwif musim kedua ini akan membawa pulang hadiah RM50,000, tempat kedua RM30,000, tempat ketiga RM20,000 dan keempat RM10,000. 

DARI KIRI: NOOR AFFENDI HAMID, PROF. DR. MUHAYA DAN RAZAK AHMAD

SESI FOTO

PENGACARA PROGRAM AMIN IDRIS DAN SHARIFAH SHAHIRA

DATO, ADY PUTRA DAN PELAKON FENDY BAKRY TURUT HADIR






CALON JUARA MANHAJJ MUTAWWIF MUSIM KE-2



MOHAMAD HAZWAN BIN PADZIL

SUMBER FOTO: ASTRO GEMPAK

UMUR: 28 TAHUN
STATUS: BUJANG
NEGERI: KELANTAN
PEKERJAAN: FITNESS COACH



MUHAMMAD ZULFADHLI BIN RAZALI

SUMBER FOTO: ASTRO GEMPAK

UMUR: 28 TAHUN
STATUS: BERKAHWIN
NEGERA: INDONESIA
PEKERJAAN: UZTAZ DI PESANTREN




MOHAMAD SYAZNI BIN KHIR BAHARI

SUMBER FOTO: ASTRO GEMPAK

UMUR: 31 TAHUN
STATUS: BERKAHWIN
NEGERI: JOHOR
PEKERJAAN: PERUNDING MOTIVASI





MUHAMMAD AN-NAIM YASIM

SUMBER FOTO: ASTRO GEMPAK

UMUR: 22 TAHUN
STATUS: BUJANG
NEGERI: SELANGOR
PEKERJAAN: PELAJAR


Siapakah bakal menjadi Mutawwif terunggul untuk edisi 2019? Jangan lupa saksikan pentas akhir Manhajj Mutawwif Pencarian Mutawwif Terbaik Manhajj.com musim ke-2 pada 30 Mac 2019 (Sabtu) jam 9 malam di saluran Astro Oasis 106 dan Oasis HD 122. Anda juga boleh menyaksikan ulangan episod di laman Youtube Manhajj TV. Layari http://www.gempak.com/manhajjmutawwif untuk mendapatkan informasi lanjut.

Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Manhajj, sebuah aplikasi pelancongan, pendidikan, teknologi dan perniagaan yang kompetitif dan terkenal di seluruh dunia dalam menguruskan perkhidmatan Umrah. Muat turun ini tersedia secara PERCUMA di App Store dan Google Play.



LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MANHAJJMUTAWWIF2019

0 Comments