BLACKPINK MENGAMBIL ALIH PLAYLIST SPOTIFY ‘TEEN PARTY’ SEMPENA PELANCARAN ALBUM KILL THIS LOVE

SPOTIFY MALAYSIA, BLACKPINK,





Album mini BLACKPINK berjudul Kill This Love yang amat dinanti-nantikan telahpun dilancarkan pada hari ini dan para peminat boleh melayari Spotify untuk mendapat lebih hiburan dari kumpulan kegemaran mereka.

Para peminat BLACKPINK, atau lebih popular dengan gelaran BLINKS, pasti teruja dengan kandungan istimewa yang dibawakan oleh Spotify. Selain melancarkan album baru, BLACKPINK juga melancarkan pengambilalihan playlist Teen Party di peringkat global yang boleh diakses oleh para pendengar Spotify bagi 7 hari akan datang. Ini merupakan kemunculan semula BLACKPINK selepas hit single global DDU-DU DDU-DU pada Jun 2018. Meneraju playlist dengan lagu-lagu pilihan dari seluruh dunia yang menjadi kegemaran ahli-ahli BLACKPINK, antara yang tersenarai termasuklah Ariana Grande, Billie Eilish, dan ramai lagi.

Sebagai pengenalan singkat BLACKPINK, mereka merupakan kumpulan K-Pop wanita terhangat di peringkat antarabangsa masa kini. Berdasarkan data Spotify Wrapped 2018, BLACKPINK merupakan kumpulan K-pop wanita yang paling kerap distrim di Spotify oleh para pendengar di seluruh dunia (dan di Malaysia!), dengan anggaran 9.7 juta pendengar antarabangsa setiap bulan.

Malahan, fenomena muzik BLACKPINK semakin mendapat tempat di hampir setiap negara. Sebagai contoh, “Kiss and Make Up”, lagu duet bersama penyanyi dan penulis lagu Dua Lipa sudah distrim lebih 202 juta kali, manakala superhit mereka “DDU-DU DDU-DU’ sudah mencapai 149 juta strim. Kumpulan ini juga bakal menempa nama sebagai kumpulan K-Pop wanita pertama untuk tampil membuat persembahan di Festival Coachella pada bulan April ini.

Jika anda merupakan seorang BLINK, ataupun hanya penggemar muzik, layari Spotify dan nikmati:

  • Lagu-lagu terbaik BLACKPINK di Spotify menerusi playlist This Is BLACKPINK
  • Pilihan lagu kegemaran BLACKPINK yang dicipta khas bagi para peminat mereka di playlist Teen Party
  • Senarai penuh lagu-lagu daripada album mini ‘Kill This Love’ di Spotify: 
    • Kill This Love (Title) 
    • Don’t Know What To Do (Subtitle) 
    • Kick It 
    • Hope Not 
    • DDU-DU DDU-DDU (Remix)

Adakah anda peminat tegar K-Pop? Pastikan anda mengikuti @SpotifyKDaebak, saluran K-Pop utama kami di Twitter, dan nantikan lebih banyak pengumuman BLACKPINK pada masa akan datang! 
:

TERIMA KASIH SPOTIFY MALAYSIA


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA



0 Comments