TRIP TO MELBOURNE AUSTRALIA 2019 (BAHAGIAN PERTAMA) #REEFINMELBOURNE






Edisi #ReefTravels kali ini, saya berkesempatan untuk meneroka sebuah bandar yang cukup terkenal di Australia iaitu Melbourne selama 5 hari iaitu bermula 22 Mac sehingga 26 Mac 2019. Kenapa Melbourne? Pertama, percutian kali ini lebih kepada melepas kerinduan sebenarnya. Untuk pengetahuan semua, saya pernah berkunjung ke bumi Melbourne pada tahun 2014. Namun pada waktu itu, saya dan rakan kembara hanya tidak sempat untuk meneroka apa yang menarik di dalam bandar kerana trip pada waktu itu memfokuskan kawasan luar bandar seperti Great Ocean Road dan Phillip Island. Jadi ada beberapa hot spot seperti Brighton Bathing Boxes dan Puffing Billy Railway pada waktu itu tidak sempat kami teroka.

Keduanya adalah Melbourne adalah antara bandar yang menjadi kegemaran saya kerana saya sukakan landskap, cuaca dan suasana bandar disini sehingga keinginan untuk revisit membuak-buak. Menurut The Global Liveability Report, bandar Melbourne pernah menjuarai takhta Best Cities to Live in the World selama 7 tahun berturut-turut. Namun pada tahun 2018, bandar Melbourne berada di tangga ke-2 kerana ditumpaskan oleh bandar Vienna, Austria.

KLIK PAUTAN INI UNTUK PENGALAMAN SAYA DI BUMI MELBOURNE TAHUN 2014.


Sedikit info ringkas, Australia terbahagi kepada 6 negeri iaitu New South Wales (NSW), Queensland (QLD), South Australia (SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC), Western Australia (WA) dan 2 wilayah iaitu North Territory (NT) dan Australian Capital Territory (ACL). Ibu negara dan pusat pentadbiran adalah di Canberra.


LOKASI BANDAR DI AUSTRALIA
  • Sydney (NSW)
  • Brisbane and Gold Coast (QLD)
  • Darwin (NT)
  • Canberra (ACT)
  • Perth (WA)
  • Adelaide (SA)
  • Hobart (TAS)
  • Melbourne (VIC)

Perancangan untuk trip ke Melbourne ini tercetus setelah saya mendapat tahu pihak Airasia ada menawarkan harga tiket murah ke sana bersempena penukaran lapangan terbang dari Tullamarine ke Avalon Airport. Siapa yang tidak mahu jika harga yang ditawar sekitar RM 600 sahaja ke Melbourne? Walaupun ketika itu heboh diperkatakan tentang isu banyak permohonan ETA rakyat Malaysia ditolak, saya tawakal sahaja. Namun kepada anda diluar sana, saya sarankan agar anda memohon ETA dahulu sebelum membeli tiket ya bagi mengelakkan sebarang isu. Meraung dik tiket dah beli mahal-mahal tapi end up visa tak lulus! Untuk permohonan ETA Australia, anda boleh pohon secara atas talian atau menerusi agensi pelancongan sah. Dimana saya memohon ETA? Boleh klik pautan di atas juga kerana saya masih memohon cara sama.

Memandangkan flight kami waktu pagi 22 Mac 2019, saya dan rakan telah sepakat untuk datang lebih awal pada malam 21 Mac 2019 di KLIA2 dan bermalam di Aerotel Kuala Lumpur, sebuah hotel transit yang cukup selesa. Bukan apa, kami memang tidak suka kelam-kabut semata-mata untuk mengejar flight.

AEROTEL KUALA LUMPUR
PENGINAPAN DI AEROTEL KUALA LUMPUR 
 https://www.thisisreef.com/2019/03/aerotel-kuala-lumpur-klia2-hotel.html

HARI PERTAMA. Perjalanan dari KLIA2 ke Avalon Airport memakan masa 7 jam 55 minit. Beza masa diantara Malaysia dan Melbourne adalah 3 jam. Maksudnya jika Malaysia jam 8 pagi, Melbourne adalah jam 11 pagi. Jadi memandangkan penerbangan saya dari KLIA2 pada jam 10.35 pagi, saya tiba di Avalan Airport pada jam 9.30 malam waktu tempatan. Sebagai info, Avalon Airport adalah lapangan terbang kos rendah dan jarak diantara Avalon Airport dan bandar Melbourne adalah lebih kurang 56 km (memakan masa hampir 1 jam).

DESERT IN AUSTRALIA





Cerita kurang enak untuk dikongsi. Seperti yang saya maklumkan di awal cerita berkenaan isu pemohonan ETA yang agak ketat kerana berpunca daripada ramai rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa melancong dengan bekerja dan tinggal melebihi masa ditetapkan. Jadi urusan di imigresen menjadi semakin rumit dan strict! Dari kaunter semakan passport hingga ke pengambilan bagasi, pegawai imigresen akan mendekati dan bertanya soalan bertubi-tubi. Berapa banyak wang dibawa, makanan apa dibawa, buat apa di sini, berapa lama bercuti, sudah beli tiket pulang, adalah antara soalan yang boleh saya katakan hampir semua penumpang penerbangan yang saya naiki ditanya. Malah saya turut diambil cap jari sebagai rekod. Nasib kami baik kerana setibanya di bahagian semakan bagasi, kami dilepaskan tanpa perlu membuka beg. Walaupun anda punya rekod bersih berkunjung ke negara ini sebelum ini (seperti saya) tidak menjamin anda akan melepasi pintu keluar dengan mudah! Jadi kepada anda semua yang merancang untuk bercuti ke sini, pastikan anda bersiap sedia dengan dokumen lengkap serta jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Jawab dengan penuh yakin!

JARAK AVALON AIRPORT KE BANDAR MELBOURNE





Keluar sahaja dari pintu ketibaan, kami terus berlari untuk mendapatkan bas SKYBUS yang berharga AUD 24 seorang. Nasib kami baik kerana bas baru hendak bergerak ke bandar Melbourne. Kami harus segera sampai ke hotel kerana waktu sudah menghampiri tengah malam dan kami khuatir kaunter hotel akan tutup. Setibanya di Southern Cross Station, kami terus mencari teksi memandangkan perkhidmatan train dan tram sudah tutup. Terbang AUD 18.20! Untuk berjalan kaki boleh sahaja jika anda sanggup berjalan sejauh 2 km dan melalui jalan berbukit pada waktu tengah malam. Yang pasti, Melbourne tidak seperti Tokyo dari segi keselamatan berjalan kaki pada lewat malam. Take note!

KELUAR DARI ARRIVAL HALL ANDA BOLEH NAMPAK KAUNTER SKYBUS

Untuk informasi pengangkutan di Melbourne, anda boleh menggunakan laman sesawang rasmi Public Transport Victoria. Malah anda boleh semak laluan ke destinasi yang ingin dituju. Contohnya jadual perjalanan dari Parliament station dan ingin ke Belgrave station.

Hotel yang kami pilih untuk inapan selama 5 hari adalah bilik Double di City Centre Budget Hotel yang terletak di 22 Littlie Collins St, bertentangan dengan Sheraton Hotel. Walaupun setibanya kami hotel dan kaunter telah tutup, pihak hotel sudah menyiapkan bilik untuk kami setelah saya menelefon pihak hotel akan kehadiran kami. Kenapa memilih hotel ini? Lokasi agak strategik kerana berdekatan dengan stesen Parliament (jalan kaki tak sampai 5 minit), harga murah berbanding hotel bajet lain dan ada pilihan bilik (bukan dorm) pada harga berpatutan. Walaupun bilik ini harus berkongsi tandas, tapi jangan risau kerana terdapat pilihan tandas untuk kegunaan seorang. Oh ya! Hotel 3 tingkat ini mempunyai kemudahan seperti pantry, mesin basuh dan mesin pengering, rooftop namun tidak mempunyai lif. Komen saya tentang hotel ini? Berbaloi kerana lokasi, harga dan saya sukakan ambiance hotel ini yang tenang dan sunyi. Tidak kedengaran bunyi bising dari jiran bilik.












HARI KEDUA kami di Melbourne, awal pagi kami sudah bangun dan bersiap untuk keluar. Sewaktu menyiapkan sarapan, kebetulan ada sepasang suami isteri dari Malaysia menginap di hotel sama. Rupanya mereka juga menaiki penerbangan yang sama dari KLIA2. Si isteri bernama Nana sempat berkongsi kisah ngeri beliau disoal siasat oleh pegawai imigresen di Avalon Airport. Baru kami sedar yang beliau lah wanita yang kami nampak di kaunter semakan bagasi malam tadi. Kesian si Nana kerana beliau disoal bertubi-tubi sehingga beliau dituduh ke India atas misi tertentu. Nana juga disoal kenapa dan bagaimana beliau dapat travel di banyak negara. Dah nama rezeki, usaha dan minat! Hanya pengembara sahaja tahu erti kepuasan bila dapat meneroka tanah asing. Sempat juga Nana memerli pegawai tersebut samada beliau pernah travel ke sebelum ini? Agak mengejutkan apabila jawapan pegawai itu adalah BELUM PERNAH. Come on officer! Get a life!

Memandangakan trip kali ini adalah meneroka dalam bandar, jadi aktiviti kami berjalan dan menaiki tram percuma keliling kota. Antara tempat yang kami terjah antaranya Parliament House, Chinatown, Hosier Lane (seni graffiti), Federation Square, Flinders Station, State Library Victoria, IMAX Museum. Untuk perjalanan kami di dalam kawasan bandar ini, kami hanya menggunakan tram lama secara percuma dan juga berjalan kaki from one place to another. Malah jika anda menggunakan tram moden di dalam kawasan Free Tram Zone, anda tidak perlu menyentuh kadi Myki. Antara perkara menarik buat anda yang fikirkan isu bajet. Bagi kad Myki, anda boleh beli di mana-mana kedai 7-Eleven atau di kaunter stesen keretapi utama.






















Cukup buat kali ini! Nantikan sambungan kepada kisah saya di Melbourne di entri akan datang dimana saya dan rakan berpeluang menaiki keretapi stim Puffing Billy.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REEFTRAVELS #REEFINMELBOURNE

2 Comments

  1. Gambar gambar semua lawa!!! lain kali kalau nak gi sini,mesti kena dan wajib refer reef haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ko sajakan Amir... Anyway, thanks singgah blog aku!

      Delete