AEROTEL KUALA LUMPUR KLIA2 HOTEL TRANSIT DALAM LAPANGAN TERBANG GAYA MEWAH!







Anda tiba awal di Lapangan Terbang KLIA2 dan punya waktu panjang sebelum menaiki pesawat ke destinasi pilihan atau anda transit seketika sebelum meneruskan perjalanan. Barangkali juga anda baru sahaja pulang dari bercuti tapi malas untuk balik terus ke rumah. Iyalah, pasti anda keletihan dan memerlukan rehat yang cukup sebelum meneruskan trip anda. Badan juga perlu mandi untuk kesegaran diri. Tambahan pula perjalanan anda nanti mengambil masa yang panjang. Barangkali 7 atau 8 jam. Pasti badan lesu dan melekit. Ini pastinya akan mencacatkan mood kembara anda bukan? Jadi apa kata anda rehat mata dan diri dengan menginap seketika di hotel transit terkemuka, Aerotel Kuala Lumpur KLIA2.

Sebagai info, Aerotel Kuala Lumpur KLIA2 merupakan sebuah hotel transit dalam lapangan terbang dengan fasiliti kelas pertama. Hotel ini menawarkan keselesaan bilik lengkap dengan kemudahan seperti berada di rumah. Aerotel Kuala Lumpur KLIA2 mempunyai 78 buah bilik dengan 5 jenis bilik berbeza mengikut bajet, bilangan tetamu dan keselesaan anda. Hotel transit ini diuruskan oleh syarikat Plaza Premium Group yang dimiliki oleh warga Malaysia. Syarikat ini juga menyelia dua buah premis di KLIA2 iaitu Plaza Premium Lounge dan restoran The Green Market. Aerotel turut mempuyai beberapa cawangan di seluruh dunia antaranya adalah Abu Dhabi, Oman, Guangzhou, Hong Kong, Singapore, Rio De Janeiro dan Cebu.






Lokasi hotel ini terletak di aras 2M, pusat membeli belah dalam lapangan terbang terbesar, gateway @ KLIA2. Tidak sukar mencari lokasi premis hotel ini. Ia berada bertentangan dengan Plaza Premium Lounge. Melangkah masuk ke ruang lobi hotel ini cukup mengujakan saya. Nampak mewah dan ekslusif. Penempahan bilik secara atas talian harus dibuat sekurangnya at least 6 hours prior to your arrival in hourly increments; otherwise, please proceed to Aerotel as a walk-in guest.





Kenapa anda harus memilih Aerotel Kuala Lumpur KLIA? Pihak hotel menawarkan tempahan mengikut jam yang lebih fleksibel. Anda boleh memilih samada ingin menginap untuk 3 jam, 6 jam atau 12 jam. Jenis bilik yang ditawarkan di Aerotel Kuala Lumpur KLIA2 adalah bilik Solo Plus untuk seorang tetamu, Double Plus (Twin), Double Plus (Queen), Double Squared (Double Queen) dan bilik Family. 







BILIK SOLO PLUS 




Bilik jenis Solo Plus adalah khas untuk seorang tetamu sahaja. Ia berkeluasan 20 kaki persegi dan mempunyai sebuah katil single, bilik mandi, TV, Wi-Fi, meja menulis, pengering rambut, penghawa dingin dan juga kemudahan membuat kopi/teh. Aerotel Kuala Lumpur KLIA2 mempunyai 7 buah bilik jenis Solo Plus.




BILIK DOUBLE PLUS (TWIN/QUEEN) 





Bilik jenis Double Plus cukup selesa untuk 2 tetamu. Kemudahan asas dalam bilik juga disediakan seperti katil, bilik mandi, TV, Wi-Fi, meja menulis, pengering rambut, penghawa dingin dan juga kemudahan membuat kopi/teh. Aerotel Kuala Lumpur KLIA2 mempunyai 56 buah bilik Double Plus Twin dengan keluasan 25 kaki persegi manakala Double Plus Queen mempunyai 13 buah bilik dengan keluasan 22 kaki persegi. 



FAMILY 





Bilik jenis Family cukup sempurna untuk penginapan keluarga. Ia menyediakan sebuah katil double dan 2 buah katil single dengan kemudahan asas dalam hotel. 







ULASAN PERIBADI

Jaminan keselesaan adalah pasti! Saya sukakan ambiance hotel ini. Walaupun ia adalah hotel transit, namun suasana dan isi ruang bilik seperti hotel servis penuh bertaraf 5 bintang. Malah jika anda mahu pun perkhidmatan spa, anda boleh minta pihak hotel uruskan untuk sesi manja diri di Wellness Spa. Selain itu, jika anda mahu menjamu selera, anda boleh menikmati sajian bufet di Plaza Premium Lounge dengan kadar bayaran tertentu. 


LOKASI AEROTEL KUALA LUMPUR KLIA2 
ARAS 2M, GATEWAY @ KLIA2, TERMINAL KLIA2


WAKTU OPERASI: 
24 JAM 

-

TELEFON: 
03-87780888 

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


TERIMA KASIH KEPADA PIHAK TOURISM MALAYSIA DI ATAS PENGANJURAN HALF DAY TOUR IN KLIA2 MEDIA FAM TRIP.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYAEROTEL #TOURISMMALAYSIA #DEKATJER #CUTICUTIMALAYSIA #VM2020 #GATEWAYKLIA2

0 Comments