ACERA LIVEN HADIR DENGAN SET TUMBLER DIPERBUAT DARIPADA SERAMIK DAN BATU TOURMALINE

December 20, 2018 REEF OMAR 0 Comments

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,

Tahukah anda penggunaan botol plastik sebagai bekas minuman sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Ini kerana molekul kimia yang menghasilkan plastik ini boleh berpindah ke dalam tubuh badan manusia dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh Bisphenol A atau nama singkatannya BPA adalah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate). Banyak produk diperbuat daripada bahan kimia ini seperti botol susu, botol air mineral dan bekas makanan. Kajian juga telah membuktikan bahawa kesan BPA ini mampu memberi risiko kepada jantung selain menyumbang kepada penyakit kencing manis, hati serta mengganggu fungsi hormon badan. Jadi apalah gunanya kita minum air setiap hari tapi cecair yang masuk ke dalam tubuh badan kita adalah bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Sejak mengetahui akan bahaya botol plastik, saya mencari alternatif kepada bekas minuman yang bebas bahan kimia memudaratkan. Akhirnya, saya ketemu MIRACLE TUMBLER daripada ACERA LIVEN. Apa yang menariknya tentang koleksi tumbler daripada ACERA LIVEN ini? Ia diperbuat daripada seramik dengan teknologi yang dipatenkan serta menggunakan batu Tourmaline sebagai bahan dalam pembuatan produk seramik LIVEN ini.

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,





Batu Tourmaline merupakan galian silikat yang berbentuk kristal berwarna-warni. Umum mengetahui akan kebaikan batu Tourmaline ini kepada tubuh manusia khususnya dalam mengingkirkan ion negatif dalam terkandung dalam air.

Antara kelebihan batu Tourmaline adalah;

1. mengeluarkan ion negatif

2. mengurangkan tekanan

3. mengaktifkan sel-sel

4. meningkatkan daya penyembuhan semula jadi

5. merencatkan pengoksidaan serta penuaan

6. memancarkan sinar inframerah jauh yang mampu menembusi semua bahagian tubuh badan

7. memanaskan sel-sel

8. melancarkan peredaran darah

9. merangsang metabolisme

10. menghapuskan klorin serta benda asing di samping mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan menyebabkan air berasa manis

11. menjadikan air dielektrolisis yang akan memperoleh kesan aktif

Jadi dengan penggunaan batu kristal putih Tourmaline dalam pembuatan tumbler Acera Liven dapat menghasikan air minum yang berkhasiat dan penuh zat galian untuk tubuh badan. Malah cecair yang dihasilkan menjadi lembut dan lebih berasa. Anda juga boleh menggunakan tumbler daripada Acera Liven ini untuk mengisi minuman seperti kopi, teh, susu untuk mendapatkan khasiat maksimum.

Selain itu, apa yang menarik minat saya untuk memiliki tumbler Acera Liven ini adalah hasil seni seramik yang dipamerkan dalam setiap siri Liven ini cukup artistik dengan menggabungkan seni moden dan tradisional.

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,






Sebagai informasi, LIVEN merupakan rangkaian produk seramik yang menggunakan teknologi yang telah dipatenkan. Rangkaian produk LIVEN ini dihasilkan oleh ACERA, sebuah syarikat seramik dari Taiwan yang telah bertapak sejak 1986 lagi. Kepakaran dalam pembuatan seramik yang berkualiti tinggi serta rasa tanggungjawab kepada gaya hidup dan kesihatan masyarakat, maka terhasillah produk seramik Acera LIVEN ini. Malah salah satu siri tumbler Acera Liven pernah mendapat pengiktirafan di Red Dot Design Award 2016, sebuah anugerah berprestij dalam lapangan rekabentuk yang berpangkalan di Germany.

Sebenarnya, selain tumbler siri MIRACLE yang saya milki, Liven juga ada mengeluarkan beberapa siri tumbler dengan pelbagai bentuk dan tema menarik seperti The Nomad Series, Urban Collection, Good Cultural Gift Series, Floral Beauty Series, Jixing Series, Royal Steed Series, The Dynasty Series dan banyak lagi. Sejak mengamalkan meminum air menggunakan tumbler daripada Acera Liven ini, saya dapat rasa perbezaan pada tubuh badan saya. Saya lebih bertenaga dan tidak mudah lesu. Terima kasih kepada Acera Liven kerana menjadikan gaya hidup aktif saya lebih lancar!

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,






Berita baik buat anda! Sempena musim perayaan ini, pihak ACERA LIVEN memberi potongan harga sebanyak 25% untuk kesemua produk termasuk PENGHANTARAN PERCUMA. Bagaimana untuk mendapatkan produk ACERA ini? Layari www.tian-ishop.com untuk pembelian. Tawaran ini akan berakhir pada jam 11.59 malam 31 Disember 2018.

ACERA, ACERA LIVEN, ACERA MALAYSIA, CERAMIC TUMBLER, GAYA HIDUP, LIFESTYLE, WELLNESS,

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ACERA #ACERALIVEN

0 comments:

Powered by Blogger.