PENGALAMAN MENGINAP DI ONE BEDROOM SUITE HOTEL ELEMENT BY WESTIN KUALA LUMPUR

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

Pembaca setia pasti sedia maklum akan aktiviti saya menerjah hotel-hotel sebagai percutian hujung minggu. Jika sebelum ini saya ada berkongsi tentang pengalaman saya menginap di beberapa hotel terkemuka antaranya The St. Regis Kuala Lumpur, Cyberview Resort & Spa Cyberjaya, Lexis Hibiscus Port Dickson, kali ini saya sempat untuk mencuba menginap di salah sebuah hotel di ibukota yang tidak kurang hebatnya iaitu Element by Westin Kuala Lumpur atau dikenali juga dengan nama Element Kuala Lumpur.

Hotel Element by Westin Kuala Lumpur atau Hotel Element Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Binjai ini berketinggian 275 meter dan merupakan bangunan mesra ekosistem tertinggi di Kuala Lumpur. Hotel ini berada di bawah kumpulan pengurusan SPG bersama-sama dengan The St. Regis, Le Meridian Hotel, Westin, Sheraton dan beberapa hotel lagi.

Apa yang menarik tentang hotel ini adalah selain status eco-friendly, lobi hotel ini berada di aras 40. Lobi ini berkongsi aras dengan restoran hotel ini sendiri iaity Trace Bar & restaurant. Saya pernah berkongsi pengalaman menikmati juadah berbuka puasa di sini dan momen berbuka puasa inilah yang menarik minat saya untuk merasai pengalaman menginap di Hotel Element Kuala Lumpur ini.

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,












Saya memilih untuk menginap di salah satu jenis bilik yang terdapat di hotel Element by Westin Kuala Lumpur iaitu One Bedroom Suite. Bilik yang saya inap ini berada di aras 42. Tidak sukar untuk mencari lokasi Hotel Element Kuala Lumpur ini kerana kawasannya sememangnya berada di tengah-tengah bandaraya KL. Hotel Element Kuala Lumpur ini berhampiran dengan Hotel InterContinental Kuala Lumpur, bangunan Citibank, PNB Perdana Hotel & Suites KLCC Kuala Lumpur dan walking distance dengan LRT Ampang Park.

Saat pintu bilik dibuka, saya cukup teruja dengan isi ruang bilik ini yang berkeluasan 65 meter persegi. Walaupun tampak simple tapi masih memberi elemen mewah. Malah yang mengujakan saya adalah terdapat sudut dapur lengkap dengan dapur elektrik, peti ais dua pintu, mesin pencuci pinggan mangkuk dan peralatan asas lain. Malah tersedia saluran paip air bersih yang boleh terus diminum. Menarik!

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,



















Seperti biasa, apabila menginap di hotel pastinya kita ingin melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel seperti kolam renang, spa dan gimnasium. Saya sempat menerjah kolam renang di sini dan apa yang mengujakan saya adalah kolam renang di Hotel Element Kuala Lumpur ini dibina di dalam bangunan di aras 39. Boleh saya katakan antara my favourite part of the hotel. Sambil mandi, anda boleh melihat panorama bandaraya KL. Amazing view! Jika anda lihat dasar kolam ini, anda akan terkejut dan teruja melihat sebuah hasil seni oleh Yusof Ghani yang diberi nama Bayu Biru diabadikan di permukaan kolam renang ini. Menarik bukan! Waktu operasi kolam renang ini adalah dari jam 6 pagi hingga 11 malam. Pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan basikal kepada pengunjung. Jadi bolehlah beriadah dengan berbasikal di kawasan sekitar.

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,




HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

Esoknya, saya bersarapan pagi di restoran Trace Restaurant & Bar yang berada di aras 40. Tenyata, restoran ini adalah antara restoran hotel kegemaran saya kerana ia menyediakan seleksi hidangan yang cukup enak. Seperti yang saya katakan tadi, saya memilih untuk menginap di Hotel Element Kuala Lumpur ini kerana pengalaman berbuka puasa di restoran ini. Anda wajib cuba menjamu selera disini ya!

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,










HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,






Secara peribadi, saya berpuas hati dengan penginapan saya di Hotel Element Kuala Lumpur ini. Anda boleh menikmati suasana urban dan segar disini. Konsep mesra ekosistem yang dipraktikan pada bangunan ini memberi kelainan kepada Hotel Element Kuala Lumpur dalam memberi kesedaran kepada umum akan kesedaran penjagaan alam sekitar. Jadi jika anda mencari-cari penginapan di KL, saya berbesar hati menyarankan anda untuk menginap disini. Percutian hujung minggu barangkali!

HOTEL ELEMENT KL REVIEW, HOTEL MENARIK DI KL,


LOKASI ELEMENT KUALA LUMPUR 
8, MENARA ILHAM, 
JALAN BINJAI, 
50450 KUALA LUMPUR.

-

TELEFON: +60 3-2771 3388


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ELEMENTKUALALUMPUR

2 Comments

  1. Hi very good blog
    Thank for sharing such a valuable information
    Sajjao
    Logo Design Fiverr
    Web Development

    ReplyDelete
  2. that enable you to make a genuine examination of the lodgings that you are thinking about. Cheap Hotels

    ReplyDelete