Fenomena Vape - Yay or Nay (Intro)

August 22, 2015 REEF OMAR 0 Comments

Salam semua warga REEFISM...

Saya tetiba terpanggil untuk membicarakan isu Vape ni. Bukan apa, sejak dua menjak ni saya selalu berhadapan dengan penghisap Vape ni. Makanya saya rasa saya perlu untuk eksperesi kan pendapat saya dalam isu vape yang menjadi kegilaan belia Malaysia sekarang.

Untuk entri akan datang saya akan kupas persis kupas bawang akan fenomena ini. Kasi panas dulu ya....hahaha...

Till then guys...daa

0 comments:

Last Syawal 2015 @ Malacca/Melaka (Part 2)

August 22, 2015 REEF OMAR 0 Comments

Salam REEFISM...

Thanks sebab sabar menanti sambungan post ini...ala2 sekuel gitewww....hahahaha...Okla...terus ke story mory nye...

Bangun awal pagi kitorg plan nak pi breakfast ala2 warga Melaka...so kol 8.30 pagi kitorg jalan kaki je pi kedai Nasi Lemak Ujong Pasir..Second time makan sini...ramai orang tapau roti canainya...roti canai dia lembut je...diorg jual lontong dan nasi lemak juga...Saya suka kedai ni sebab sangat village...menggamit kenangan lalu konsepnya....

tempting kan????

sisi depan kedai

opposite kedai

tepi kedai. sila gerun

tepi kedai

corner kedai

Plan nak check out dalam kol 11 pagi camtu sbb ada plan nak menyinggah odw balik KL...tempat apakah yang nak di lawati????Tungguuuu....

ready to check out

lampu

singgah kedai sebelah hotel jap.

kucing is everywhere

nak cuba kedai ni tapi masa pi tak bukak lagi...huhu


Tempat pertama kitorg pi adalah Portuguese Settlement ataupun dalam bahasa melayu Perkampungan Portugis..
Ingatkan ada apa kat situ...rupanya hanya medan selera camtu ja...alahai...


medan selera rupanya....

hotel baru...maybe leh cuba next time visit

harga memang berbaloi


Ok...so kitorg proceed pi Bustel Klebang...apa tu Bustel?

Bustel adalah gabungan dari perkataan BUS dan HOTEL. Idea Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam telah direalisasikan oleh anak muda yang gigih membangunkan projek ini.BUSTEL merupakan Produk Pelancongan terbaru di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang. Ini kerana lokasi yang pertama di negara menempatkan sebanyak 44 buah bas yang telah diubah suai menjadi chalet, restoran dan kedai jualan cenderamata.


Ianya juga mengekalkan nama-nama asal bas itu bagi mengekalkan nostalgia perkhidmatan bas pada suatu ketika dahulu.Bas-bas yang telah diubahsuai ini diletakkan di atas konkrit dan ianya cukup kukuh untuk menampung mereka di dalam bas. Selain diubahsuai untuk menjadi ‘hotel bajet’ yang ada dalam bas, kesemua bas ini juga adalah “soundproof”. 16 buah bas telah diubahsuai untuk menjadi chalet atau Bustel ini. Harganya pun turut berpatutan iaitu di antara RM80 sehingga RM120 sahaja yang sudah pasti membuatkan ia sentiasa fullhouse.

Nak cari makanan yang sedap di Pantai Klebang ini?
Bustel juga menyediakan kafe yang juga beroperasi di dalam bas.


nyaman tapi panas

sekitar kawasan bustel klebang

dan lagi sekitar bustel klebang

kalau pagi mesti best tgk sunrise

leh cuba stay sini one day

ni reception dia tau

sila call nombor tertera

mintak tolong amik gambar leh?

kreatif kan??

Sapa2 tak tau lokasi sebenar Bustel ni just google dan taip Bustel Klebang. Pas abis kat Bustel Klebang terus cari asam pedas for lunch. Kami tanya orang local katanya Kota Laksamana Asam Pedas sedap. Bila pi sana tutup pulak dan kitaorang baru ingat pernah makan kat situ... rasa dia so so sajok...so cuba kat Hajah Mona Asam Pedas...kuahnya masin la pulek...huhu..kiranya statement yang mengatakan asam pedas di Melaka semua sedap tidak boleh diterima pakai ye. Kena cari sendiri dan cuba. Lain orang lain tekaknya kannnnn....

menu di Hajah Mona Asam Pedas
Man Misang Kucing ke Misai A Galak???

So pas makan terus gerak balik KL....

Alhamdulillah kami sampai KL dalam kol 4pm dengan tiada traffic jam. 

Short trip ni actually menarik kalau kena gayanya...nanti saya akan share ngan uollss semua tips untuk short trip yang best...Ingat...tips itu based pada pengalaman dan pengamatan saya ye...so sapa nak follow silakan...siapa ada tips lebih bagus takyah nak ikut cara saya...hahaha...

Till then...daaa...

P/S: sapa2 ada info sal asam pedas yang best giler kat Melaka bagitau ek......

0 comments:

Huawei, I'm In Love....

August 20, 2015 REEF OMAR 1 Comments

Salam REEFISM semua.

Saya percaya hampir semua orang ada smartphone. Tipulah kalau takde...Even mak saya, Cik Ton pun ada smartphone. Kerlas kan mak aku!!!!hahahaha... Smartphone sekarang pun dah murah. Dalam erti kata lain dah mampu milik. Macam2 jenis dan bentuk ada. Dari yang nipis, tebal, besar, kecik semua ada. Janji ikut bajet kita nak beli yang camne. Now saya nak share pasal smartphone yang saya sangat jatuh cinta sampai terhantuk kepala ke lantai...hahaha...

Saya ada lah pengguna smartphone model Huawei Mate 7 Gold Edition. Kerlasss... Kenapa Gold Edition? Kenapa Huawei? Ramai tanya saya soalan2 tu. Biar gambar bercerita sekejap....hahaha

cantikkan??????oh my babeh...

mewah dan bergaya

siap ada fungsi fingerprint




SIZE
Height
157.0mm
Width
81.0mm
Depth
7.9mm
Weight (with battery)
185g
Color
Amber Gold (Premium Version)
SIM Card
Micro/ (Nano/SD)(Optional)(Premium Version)
DISPLAY
Model
MT7-TL10
Display
6.0" FHD Screen; 1080P (1920 x 1080); 368PPI; 16M colors
Processor
Hisilicon Kirin 925 Octa-Core 1.8Ghz
Operating System
Android™ 4.4/HUAWEI Emotion UI 3.0
MEMORY
RAM
3GB
Internal Memory
32GB
External Memory Support
Micro SD Card (up to 32GB)
CONNECTIVITY
Network
PREMIUM: LTE FFD Band 1/3/7;LTE TDD Band 38/39/40/41;3G UMTS Band 1/2/5/8;3G TD SCDMA Band 34/39
GPS
Yes
wifi_connection
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ with Wi-Fi Direct support
BT4.0
MicroUSB (High Speed USB)
Sensors
Gyroscope
Proximitype
Accelerometerpe
Compasspe
Hallpe
Fingerprint
CAMERA
Front Side
5 Mega pixel HD front Camera
Rear Side
13 Mega pixel Camera 1080P video recording/1080P video playbackF2.0
MULTIMEDIA
Audio Encoding
MP3, AMR-NB, AMR-WB, AAC, AAC+, eAAC+, MIDI, PCM, WMA
Audio file format
MP3, OGG, MID, AMR, MP4, 3GP, OGG, AMR, AAC, FLAC, WAV, AWB, M4A, MKV
Video encoding
H.263, H.264, MPEG-4, Real Video 7–10, WMV 9, XVID
Video file format
MP4, 3GP, WMV, RM, RMVB
Emotion UI
3.0
Battery
4100mAh
Cloud Service
No

Kenapa saya suka sangat ngan model ni?
  1. sebab dia gold color
  2. sebab bateri dia besar (4100mAh). saya pernah cuba buat ujikaji berapa lama bateri dia tahan dengan penggunaan biasa seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan bateri saya tahan 1 hari ye.Hebat kan???
  3. sebab ada fingerprint function. mahal kot teknologi tu
  4. sebab storage dia besar (32gig internal dan saya tambah lagi micro sd 32gig). 
  5. sebab skrin dia besar ( 6 inci). puas nak tgk Youtube...hahaha
  6. kamera dia awesome ye...
  7. lain2 tu leh lah tengok specs dia..hahaha
Beli handphone kena guna sepenuhnya...fully utilize kaedahnya...kalau tak rugi ja...Ingat..jangan beli sebab trend...tak berbaloi...nak berbaloi boleh lah cuba model ini. Awesome.

inilah handphone saya....saya beli pada 25/12/14

view depan handphone

sisi belakang. sorry ye..sayang sangat sampai plastik pun tak bukak..over kannnn...

hebat ke idok.......hik3

Untuk post akan datang saya nak share satu lagi model handphone dari Huawei yang saya berkenan teruk....yang ni kalau saya dapat memang dream come true lah...

Pape info sal Huawei leh je layari web m.huawei.com/my atau Facebook www.facebook.com/HuaweiDeviceMY atau boleh tengok gambar2 ohsem di Instagram https://instagram.com/huaweidevicemy/

Terus hashtag #huaweiisawesome. hahaha



Oklah...till then...daaaa




1 comments:

Last Syawal 2015 @ Malacca/Melaka (Part 1)

August 19, 2015 REEF OMAR 1 Comments

Hai semua REEFISM.

Pada 15 Ogos 2015 (hari terakhir Syawal), saya dan teman-teman ke Melaka kerana menerima jemputan raya dari rakan lama yang saya kenal sewaktu belajar di USM dulu...sangat lama tak jumpa dia...dalam 11 tahun ke 12 tahun ada kot...sampai dia dah ada 3 anak....hahaha. Memandangkan beliau dah jemput dan saya pun free so pi jela.. Kayel-Melaka taklah jauh sangat...

Kitorg gerak kol 11 pagi dari Kayel dan sampai Melaka dalam pukul 145pm...

perjalanan jauh tak kurasa...sambung

kerna hati ku melonjak sama...seronok naw dapat berjalan...

Area sini dah tak jem dah sebab jalan 4 lane dan siap

4 sekawan jenis tak lekat kat umah....hahahaha

Terus pi area Taman Mini Malaysia cari makan sebab tak tau nak makan kat mana dah...malangnya kedai yg kami makan tu rasa dia so so saja tapi harga consider mahal...tapi takpela...sbb dah itu rezeki kami harini...redha...


inilah kedai yang di ceritakan

Terus ke hotel yang dah dibook macam biasa melalui booking.com. Hotel bernama Arenaa De luxe Hotel ni terletak di Jalan Ujong Pasir dan dikategorikan sebagai boutique hotel. Ini adalah kali kedua saya stay di hotel ini...sebab apa hotel ni???


entrance

ruang luar 

ruang makan (luar)

signboard

pi mana-mana mesti ada kucing.....hik3
  1. sebab murah untuk kategori hotel bajet (rm120 all in)
  2. sebab lokasi dia saya anggap strategik sebab dekat ngan area Dataran Pahlawan (5 minit drive) dan sebelah hotel ni ada satu kedai makan yang femes gak.
  3. sebab saya dah pernah stay sini so dari segi bilik dan servis kira bagus untuk kategori hotel bajet. Berbaloi la...

Orait...kitorg plan nak gerak ke umah kawan saya tu dalam kol 5 pm sebab dia start kol 4pm camtu...dah lama tak jumpa dia...so plan memang nak mengumpat la....stok umpat dah simpan bertahun dah....hik3....

Alhamdulillah tak sesat nak cari umah member ni...Thanks to Google Maps...hik3...Sampai2 je umah dia terus disambut meriah..hahaha....apa lagi serbu buffet dulu memandangkan dia pun sibuk melayan tetamu lain...so reserve time untuk sesi umpatan later...haha

Saya suka tgk life dia...happy je ngan suami dan anak2...suami dia saya kenal dari zaman belajar kat USM lagi...sangat sopan dan baik...


muka happy pas makan...thanks Rhiena and Jef

awat semua pose formal?

nak balik pun pose lagi....

Kitaorg beransur balik dari umah beliau dalam kol 7 pm camtu sebab nak pi area town plk...cuci mata time!!!!!!
sesi cuci poket juga...hahaha

Kitorg park kereta depan Dataran Pahlawan Mall dan jalan menuju ke river cruise. Sepanjang perjalanan (jalan kaki dalam 10 minit) saya perhati macam2 jenis muzium ada kat Melaka ni. Sesuai sangat dengan gelaran Bandaraya Bersejarah. Muzium Ceti pun ada...hik3...Plan asal nak naik cruise tapi bila tgk beratur panjang bangat terus kensel niat...Kitorg terus jalan ke Hard Rock Shop dan Jonker Street...dah penat jalan so apa lagi melantak cendol la...hahaha....


beca

kapal terbang

keretapi

UMNO pun ada muzium. motip???

muzium lagi

dan lagi

ni lah tempat tujuan utama. malangnya tiada rezeki..next time babeh...

jalan-jalan sihat konsepnya

luxurina

kincir air lama

kreatif

yang ni gerun...

nape beca2 ni tak pasang lagu tradisional? baru Melaka....

tempat wajib singgah

hai gojes

comey

penuh manusia kat Jonker street

dan lagi

makcik2 dok leka menari

Yummylicious Cendol

layan nampak........

nama kedai ni Bibik House

muzium lagi

Kitorg smpi hotel dalam kol 1030am...nak rehat2 kan kaki dan minda sebab esoknya on the way balik KL nak singgah area Klebang....ada apa kat Klebang????jeng jeng jeng...
next post la uolllssss....baru suspen...giteeww....

Okla...Till then..
Jaga maruah diri dan keluarga hokeyyyy...daaaa....

1 comments:

Powered by Blogger.