BIANCO MIMOSA DAN DACHE TERUJA BERAKSI DI INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017

October 23, 2017 REEF OMAR 1 Comments

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017

Dato' Ida Suraya Mustafa mungkin nama asing bagi segelintir masyarakat namun bagi penggemar fesyen, beliau adalah antara nama besar dalam industri fesyen busana mewah. Sering tampil dengan rekaan busana glam dan mewah, beliau juga pakar dalam penghasilan fabrik berkualiti tinggi. Jenama Bianci Mimosa adalah satu jenama tempatan yang seharusnya boleh dibanggakan kerana sering mendapat perhatian daripada peminat fesyen dari luar.

Peluang mendekati tuan empunya diri bagaikan bulan jatuh ke riba. Saya yang sering mengikuti perkembangan fesyen tanahair mendapati bahawa rekaan jenama Bianco Mimosa cukup berbeza. Unik, mewah dan mashyur! Dari gaun meleret hingga ke abaya, setiap rekaan mempamerkan ekslusifiti tersendiri. 

Terkini, Dr Ida bersama dengan jenama Dache milik teman baik beliau, Yadz Harudin telah disunting oleh penganjur Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai Musim ke-5 yang berlangsung dari 21-22 Oktober ini bagi mempersembahkan koleksi terkini bagi kedua jenama ini. Acara fesyen terbesar ini diadakan di Sofitel The Palms Dubai mengetengahkan koleksi Bianco Mimosa diinspirasikan daripada A TALE OF TONGKANG YARD manakala jenama DACHE membawa tema COLORS OF RANGOLI.

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017
DARI KIRI: JULIE WIDURI (PEREKA FESYEN DACHE), DATO' IDA DAN YADZ





ANTARA FABRIK YANG DITEMPAH KHAS DARI ITALI

MY FAVOURITE!

SEMUA FABRIK ADALAH NUKILAN DATO' IDA

ANTARA FABRIK YANG DHASILKAN OLEH MIMOSA FABRICS

Menurut Dato' Ida, pada awalnya beliau berbelah bagi samada untuk menyertai minggu fesyen di Dubai atau New York. Memandangkan pihak penganjur berusaha memujuk beliau untuk menyertai pertunjukan fesyen yang menghimpunkan banyak nama besar dalam industri fesyen dunia, Dato' Ida memilih Dubai kerana beliau optimis dengan penerimaan penggemar fesyen yang berkampung disana terhadap sentuhan dan rekaan jenama Bianco Mimosa. Pada awalnya beliau diminta untuk menyediakan 30 pasang persalinan sempena hari pembukaan namun Dato' Ida hanya sempat membawa 10 pasang bersama 8 koleksi abaya sahaja dek kerana kekangan masa. Fabrik yang digunakan adalah dari jenis sutera yang ditempah khas dari Itali.

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017
DATO' IDA SURAYA


Menurut Dato' Ida lagi, rekaan kali ini berkonsepkan kehidupan beliau di kampung di Tongkang Yard, Kedah kerana beliau ingin mengembalikan memori beliau dibesarkan di pekan ini kepada dunia. Pengalaman dikejar angsa, bermain wau dan sampan diabadikan dalam rekaan fabrik dan busana beliau khas untuk minggu fesyen Dubai ini. Sebagai rekod, ini adalah penyertaan pertama kali dari wakil Malaysia sejak penubuhan Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai.

Diberi jolokan Elie Saad Malaysia, Dato' Ida tidak menyangka mendapat penghormatan daripada pihak penganjur minggu fesyen di Dubai sehingga mendapat slot peragaan untuk acara pembukaan acara ini. Mereka begitu teruja dan berminat dengan rekaan jenama Bianco Mimosa kerana keaslian dan authenticity yang dipamerkan pada setiap busana. Antara peragawati yang bakal memperagakan busana Bianco Mimosa pada acara ini nanti adalah Miss/Mrs Universal 2017, Emilia Dobreva dari Kosovo.

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017





Bagi jenama Dache yang terkenal dengan koleksi RTW, pemilihan konsep COLORS OF RANGOLI bagi memperkenalkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai kepelbagaian seni, etnik dan budaya. Elemen warna cukup dekat di hati Yadz memandangkan beliau juga adalah seorang pereka hiasan dalaman, jadi tema Rangoli ini sesuai diangkat sebagai konsep rekaan beliau untuk minggu fesyen Dubai kali ini. Sebanyak 10 persalinan bakal ditampilkan dimana beliau akan mengolah fabrik sari mengikut interpretasi moden. Beliau bekerjasama dengan Mimosa Fabrics dalam penyediaan fabrik bagi koleksi kali ini.

Selain minggu fesyen di Dubai, pihak Bianco Mimosa dan Dache telah mendapat jemputan untuk menyertai Minggu Fesyen London dan Ukraine pada tahun hadapan. Ini adalah satu tanda aras bahawa jenama ini sudah mula mendapat perhatian penggemar fesyen antarabangsa. Pihak Dato' Ida merancang untuk membuka butik di Dubai dalam masa yang terdekat bagi melebarkan sayap perniagaan di sana memandangkan rekaan beliau sudah mulai meniti di bibir masyarakat disana.

Saya sendiri secara peribadi mengkagumi misi dan visi Dato' Ida dan Yadz yang ingin memartabatkan fesyen tempatan di peringkat antarabangsa. Ini adalah petanda bahawa fesyen Malaysia juga mampu mengelilingi dunia. Dikhabarkan juga pihak Bianco Mimosa sudah mulai di intai oleh selebriti Hollywood untuk acara karpet merah Anugerah Grammy's akan datang. Siapakah selebriti itu? Nantikan pengumuman rasmi daripada Dato' Ida nanti! Malaysia Boleh!

LAMAN FACEBOOK RASMI BIANCO MIMOSA

LAMAN INSTAGRAM RASMI BIANCO MIMOSA

LAMAN FACEBOOK RASMI DACHE

LAMAN INSTAGRAM RASMI DACHE


#REEFISM #REEFISM #BIANCOMIMOSA #DACHE #INTERNATIONALFASHIONWEEKDUBAI2017 

1 comments:

3 JAM TIDAK PUAS MENONTON KONSERT TERUNGGUL AFGAN DAN UNGU

October 19, 2017 REEF OMAR 2 Comments

HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU

Afgansyah Reza atau Afgan dan kumpulan Ungu. Dua nama besar dalam industri muzik nusantara. Dua ikon ini berjaya membuktikan aura bintang yang dimiliki tidak pernah pudar sampai ke hari ini. Buktinya laungan dan jeritan lebih 5 ribu orang penonton di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini bagaikan gelombang tsunami. Konsert Terunggul Afgan dan Ungu yang diadakan pada 6 Oktober 2017 berlangsung hampir 3 jam dan dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Ungu membawakan lagu Hatiku Hampa. Ternyata kemampuan vokalis utama Ungu, Pasha tidak perlu dipersoalkan. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang memukau, berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap kumpulan yang telah lama bertahan hampir 20 tahun dalam industri hiburan Indonesia.

HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU


TENGKU PUAN PAHANG TURUT HADIR










Ungu menyampaian seleksi lagu hits seperti Percaya Padaku, Untukmu Selamanya, Aku Tahu, Andai Ku Tahu, Bila Tiba, Kekasih Gelapku dan Tercipta Untukku, duet bersama peserta AF Megastar, Idayu. Gandingan Pasha dan Idayu cukup menyegarkan halwa telinga dan penonton terasa dibuai dengan kemerduan gandingan magis tersebut. Vokal Idayu berjaya membuatkan seisi stadium histeria. Secara peribadi saya berpendapat Idayu sudah layak beraksi di pentas berskala besar seperti konsert ini.



HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU

Momentum konsert diteruskan dengan persembahan pembukaan Afgan melalui lagu hits beliau, Pesan Cinta. Persembahan Afgan yang diiringi The Gandarianz membuat penonton mula berdiri dan menari mengikut rentak lagu. Tampil dengan kelainan untuk persembahan kali ini, Afgan lebih banyak menyanyikan lagu baru dari album beliau, Sides. Penyanyi yang bakal menyambut ulang tahun ke 10 dalam industri hiburan pada tahun hadapan menyampaikan lagu hits seperti Katakan Tidak, Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Percayalah, Knock Me Out, X, Dia Dia Dia, Jalan Terus dan Panah Asmara.


HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU







Kejutan manis buat penonton pastinya apabila Afgan dan Pasha berduet menyampaikan lagu Cinta Yang Lain, dendangan kumpulan Ungu. Lebih 20 buah lagu yang dipersembahkan pada konsert ini menyaksikan rata-rata peminat menyanyi hampir kesemua lagu yang dipersembahkan dan seterusnya membuktikan konsert ini berjaya mengumpul peminat setia Afgan dan Ungu dari seluruh Malaysia.

Turut sama diadakan kuiz buat penonton di stadium yang menyaksikan mereka berpeluang memenangi pas Meet & Greet selepas konsert. Fiza Saad selaku pengacara pada malam itu berjaya mengemudi konsert ini dengan baik. Tahniah!



HIBURAN, KONSERT TERUNGGUL AFGAN & UNGU





Popcorn Studio selaku penganjur utama Konsert Terunggul Afgan dan Ungu turut mendapat kerjasama dari Erik’s Talent, Durian King, C03 Social Office, Redbox dan Greenbox Karaoke serta Astro selaku media rasmi, Suria FM, Digi dan Maybank. Manakala penginapan ditaja sepenuhnya oleh Acapella Suite Hotel Shah Alam.

KREDIT FOTO OLEH: PIHAK POPCORN STUDIO

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KONSERTTERUNGGUL #AFGANUNGU #POPCORNSTUDIO

2 comments:

SUNWAY LAGOON MENGHANTUI ANDA DENGAN NIGHTS OF FRIGHT 5

October 19, 2017 REEF OMAR 1 Comments

ENTERTAINMENT, HIBURAN, NIGHTS OF FRIGHT 5, SUNWAY LAGOON,

Oktober kembali lagi! Semua sedia maklum bahawa bulan Oktober merupakan bukan bagi perayaan Halloween. Kebiasaan perayaan ini disambut dengan pemakaian kostum berupaya makhluk yang mengerikan, ukiran wajah ngeri menggunakan labu, kanak-kanak berkunjung dari rumah ke rumah mengutip gula-gula dan banyak lagi. Terdapat pelbagai interpretasi berbeza berkenaan sambutan hari Halloween ini namun bukan itu yang saya ingin perdebatkan di sini. Apa pun pendapat anda tentang hari khas ini terpulang kepada individu. Apa yang pasti hari Halloween menyuntik elemen seram dan ngeri. Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman berada di dalam situasi seram dan ngeri, Sunway Lagoon Malaysia adalah pilihan terbaik anda pada bulan ini.

Sepanjang bulan Oktober ini, taman tema terulung di Malaysia ini membawakan kepada festival ketakutan yang diberi nama NIGHTS OF FRIGHT 5. Festival yang telah memasuki edisi ke-5 ini menghantui anda dengan 8 rumah berhantu, 5 zon ketakutan, 11 permainan yang menggerunkan serta 4 persembahan yang pastinya mengerikan. Jika anda mudah takut, untuk NIGHTS OF FRIGHT 5 ini anda disarankan berfikir dua kali sebelum melangkah masuk!

ENTERTAINMENT, HIBURAN, NIGHTS OF FRIGHT 5, SUNWAY LAGOON,












Mulakan ekspedisi seram anda dengan berkunjung ke THE ISLAND OF THE DOLLS iaitu sebuah replika sebuah lokasi seram yang cukup terkenal di Mexico kerana pernah berlaku beberapa kejadian yang cukup tragik. Teruskan langkah anda dengan memasuki ke rumah Mr. E.J Bond Esquire untuk merasai sendiri misteri loteng yang usang menerusi OUIJA.

Bersedia mendekati 'maut' di DAY OF THE DEAD IN 3D kerana anda akan didedahkan secara langsung tentang fenomena kehidupan orang mati. Jika anda lemah semangat, sentiasa waspada dengan roh orang mati yang berada disekeliling anda! Masih belum gerun? Terjah ke DYSTOPIA HOSPITAL HELL kerana hospital usang ini akan membawa anda pengalaman ngeri yang telah berlaku terhadap pesakit dan pekerja disini. Sila berpaut pada bahu orang di hadapan anda kerana jika anda terlepas, tiada jalan keluar!


ENTERTAINMENT, HIBURAN, NIGHTS OF FRIGHT 5, SUNWAY LAGOON,











ENTERTAINMENT, HIBURAN, NIGHTS OF FRIGHT 5, SUNWAY LAGOON,





ENTERTAINMENT, HIBURAN, NIGHTS OF FRIGHT 5, SUNWAY LAGOON,


Bosan disogok dengan kisah seram Hollywood? PONTIANAK vs POCONG pilihan seram yang sesuai untuk anda. Anda akan dibawa menyelami kisah seram yang menghantui pontianak dan suaminya si pocong dalam menjadi keadilan dalam kecurangan perhubungan mereka. Siapa yang curang? Alami sendiri! Rumah hantu GHOSTBUSTERS juga mampu melonjakkan tekanan darah anda!













ENTERTAINMENT, HIBURAN, NIGHTS OF FRIGHT 5, SUNWAY LAGOON,


Jika anda rasa masih tidak mampu menggugat ketakutan anda, rasai pegalaman 5 zon ketakutan iaitu HORRORWOOD BOULEVARD, FOREST OF FEAR, ZOMBIE PIRATES, JUGDEMENT LANE dan MARCH OD THE UNDEAD. Saya percaya anda masih mengigil dan barangkali akan terkencing dalam seluar. Jangan lupa menaiki 11 permainan yang boleh meluruhkan jantung anda! Saya sudah mencuba dan ternyata perasaan itu ibarat nyawa di hujung tanjuk. Selain itu, bagi menambah kehangatan malam seram anda terdapat 4 persembahan istimewa bagi memeriahkan lagi kunjungan anda ke sini iaitu HORRORS CIRCUS STAGE, WICKED SOULS, THE EGYPTION TEMPLE dan JUDGEMENT STAGE.


Tahun ini agak istimewa kerana selain tarikan seram ini, pihak Sunway Lagoon juga telah menganjurkan larian yang diberi nama NIGHTS OF UNDEAD RUN. Lebih 1300 orang telah mengambil bahagian dalam melengkapkan larian ini yang penuh dengan rintangan.


Nights Of Fright 5 ini dibuka kepada umum pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) setiap minggu sepanjang Oktober ini dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Tiket berharga RM64 sahaja! Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 03-5639000 atau layari www.sunwaylagoon.com dan LAMAN FACEBOOK RASMI SUNWAY LAGOON MALAYSIA.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NOF5 #NIGHTSOFFRIGHT5 #SUNWAYLAGOON

1 comments:

Powered by Blogger.