MY FAVOURITE TRAVEL BLOGS - MUST READ!

11:50 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Salam REEFISM. Sihat kah semua? Ingat tak saya ada beritahu nak highlight blog-blog yang best untuk dibaca pasal travel. Actually banyak blog-blog yang menarik untuk dibaca tetapi ini adalah antara personal favourite saya. Saya suka those blogs sebab write up mereka best dan info dia sangat membantu saya terutama dalam bab travel. Lain blog lain style dan pengisian nya. Nanti saya review satu persatu berdasarkan pembacaan saya ok! (susunan review adalah secara random ye)





Bagi yang nak travel secara backpack ke Jepun boleh refer blog ni sebab dah nama blog pun Jepun, memang dia highlight tentang Jepun sahaja. Cara pemilik blog ini explain memang senang difahami seperti macam mana nak buat daytrip ke Gunung Fuji. Beliau pun boleh dijumpai di Facebook. Saya pernah berbalas messenger dengan beliau dan beliau sangat bagus dalam menjawab soalan saya. Sangat friendly dan sangat membantu semasa saya travel ke Jepun dulu.



Personally saya suka write up beliau. Its so inspiring dan informative. Beliau bukan sahaja menulis pasal travel tapi perkara/isu lain juga. Setahu saya beliau kini menetap di Germany. Saya banyak belajar pasal trip ke Europe melalui blog beliau dan juga tentang cara-cara nak bekerja di luar negara. Saya pernah bermessenger dengan beliau dan beliau tidak lokek berkongsi ilmu terutama pasal Germany. Yela kan sebab beliau dah duduk lama disana. Hihi!





Ok! Dalam banyak-banyak blog, blog ini paling saya jatuh cinta. Sebab apa? Sebab saya sentiasa buka blog ini untuk mengetahui sambungan post beliau. Saya suka cara penulisan beliau yang sangat santai dan macam bersembang. Hahaha! Sampai bila saya baca saya boleh tergelak-gelak. Dikenali sebagai cik Pora, saya mula keep in touch dengan beliau semasa saya ingin travel ke Australia. Setiap destinasi yang beliau pergi beliau akan selitkan kos untuk travel which i think its good for backpackers yang berkira-kira tentang bajet.. Cara beliau travel pun memang best dan gambar-gambar beliau post kat blog memang cantik. Boleh baca blog beliau teutama sekali pasal travel ke Europe, New Zealand dan pasti anda setuju dengan saya. Tak gitu cik Pora????





Kakak Syarliz saya kenal masa saya dok cari info tentang Europe. Saya suka write up beliau sebab cara beliau travel macam saya sikit. Hihihi. Banyak juga negara beliau dah jejak. Beliau juga ada buat tempahan cookies untuk raya. Jadi anda boleh lah jenguk-jenguk blog kak Syarliz!





Saya ikuti blog beliau secara kebetulan. Sedang membaca beberapa info tentang travel terklik dekat blog beliau. Saya suka blog ni sebab write up  dia simple dan beliau travel sambil menyusuri budaya dan cara hidup masyarakat setempat. Itu yang best! Beliau ada di Turki sekarang rasanya. Nanti update pasal Turki banyak-banyak ya!




Blog ni dimiliki oleh kak Naramas Aman. Saya kenal blog beliau semasa saya cuba cari info pasal travel ke China. Beliau pun tak lokek share ilmu bila saya mesej beliau. Cara beliau travel persis cara saya sedikit dimana beliau akan cuba mengenali cara hidup masyarakat setempat terutama masyarakat Islam di China. Jadi sesiapa nak ke China boleh refer blog beliau.




Saya ikuti blog ni masa saya nak studi pasal trip ke Perth. Saya suka cara beliau travel. Simple and enjoyable. Bak kata beliau 'Its not about destination, Its the journey'.





Saya kenal blog ni masa nak studi pasal trip ke Hongkong. Saya suka blog ni sebab penulis ni akan cerita satu persatu pasal sesuatu trip, so mudah bagi saya nak faham. Beliau pun ada banyak follower.




Blog ini dimiliki oleh minah saleh bernama Kate. Saya follow Instagram beliau juga. Apa yang best tentang beliau? Beliau adalah solo female traveller dan full time blogger. Saya inspiring cara beliau travel. Sangat backpack dan beliau dah pegi merata dunia dah...Salute!



Blog ini saya jumpa masa cari sal info Hong Kong. Mat Saleh ini travel secara backpack. Menarik dan mudah difahami cara penulisan beliau. Travel cara orang putih sangat sempoi kadang-kadang. Hihihi!




Beliau adalah seorang Photographer dan saya follow beliau masa saya nak studi pasal trip ke Rusia. Beliau travel cara backpack. Gambar-gambar beliau ambil sangat awesome ye! Cemburu saya! Hahaha!





Saya suka blog ini sebab write up dia colorful sangat dan yang best siap bagi itinerary serta kos untuk travel. Itu yang peminat/pembaca blog cari. Pemilik blog ini adalah Malaysian Trio tak silap saya. Gambar mereka bertiga ambil pun awesome. Kalau nak tau pasal travel ke New Zealand dan Koh Lipe boleh cekedok blog beliau!








Pemilik blog Stripped ini bernama Miasuraya. Saya jumpa blog ni masa AirAsia highlight pasal write up beliau travel ke Japan. Beliau kerap ke Japan sebab husband beliau pernah belajar disana tak silap. Jadi dah jadi macam second home la kan! Hihihi! Kalau nak tau macam mana nak survive dengan RM1K di Japan boleh baca blog beliau. Ada juga beliau share pasal benda lain dalam blog beliau seperti fashion sebab katanya beliau obses sangat dengan Balenciaga bags. Hihihi!

Actually banyak blog yang menarik dalam internet selain yang saya nyatakan di atas cuma ini adalah yang menarik minat pembacaan saya. Kalau ada blog-blog menarik boleh share dengan saya ya!

That's all for now. Till then!

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TRAVELBLOGS #MUSTREAD




0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.