Trip to Phuket, Thailand 2013

10:49 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

Salam REEFISM.

Apa khabar semua? Semoga semua sihat-sihat saja. Sekarang ni musim hujan so korang kena lah jaga kesihatan juga dan merancang kehidupan harian dengan baik.

Saya nak sambung cerita #throwback trip saya pada 2013.

Pada 13-16 September 2013 (4 hari) saya dan travel buddy berpeluang untuk travel ke Phuket, Thailand. Seperti yang semua sedia maklum, Thailand memang terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Banyak spot menarik di sana dan salah satunya adalah Phuket.

Phuket ni terletak di southern part of Thailand ( menghadap Andaman Sea). Bandar utama di Phuket adalah Patong (Kathu District).

Kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines kali ini sebab tiket dibeli masa MAS buat promo. Dari KL Sentral kitorg just naik ERL saja untuk ke KLIA. Flight kami pagi tak silap. Bila sampai sahaja di Phuket International Airport, terus cari teksi untuk ke hotel. Jarak masa antara Phuket International Airport dengan bandar Phuket adalah 1 jam tau.

sila masuk

journey begins

time bosan tunggu flight inilah jadinya

Anda boleh layari beberapa websites untuk mengetahui lebih lanjut tentang Phuket antaranya http://www.phukettourist.com/http://www.phuket.net/http://www.phuket.com/. Boleh juga layari Tripadvisor untuk dapatkan info mengenai Phuket ni.

Getting around Phuket? Anda boleh pilih samada nak naik tuk tuk, bas, teksi atau boleh juga menyewa motosikal. Tapi honestly tuk tuk dia agak pricey tau. Jadi adalah penting anda merancang itinerary anda semasa disana agar kos pengangkutan dapat di minimal. Kalau nak rasa challenging bolehlah sewa motorsikal.

Saya dan travel buddy stay di area Karon dan jarak dari Karon ke Patong dalam 15 minit menaiki tuk tuk. Kenapa stay di Karon? Sebab saya dah booking hotel melalui groupon kerana masa itu ada promo. Simplitel Hotel Phuket namanya (tiada kaitan dengan SimplySiti ye).

Hotel ni memang berbaloi. Masa promo tu saya beli cuma RM 368 untuk 4 hari 3 malam bagi Studio City View Room. Anda boleh layari web rasmi Simplitel hotel di http://www.simplitelphuket.com/. Ada makanan halal berhampiran dengan hotel tapi mahal sikit lah.

simple dan luas biliknya

simple sangat

view dari balkoni boleh nampak deretan kedai jual seafood



award winning hotel

sisi hadapan hotel

depan hotel

kalau lapar turun bawah je dan bank pun ada

Saya prefer duduk di area Karon berbanding Patong sebab lebih damai dan tidak sesak dengan manusia cuma kalau stay di Patong lebih mudah untuk ke mana-mana.

Day 1 tak banyak aktiviti kami buat sebab sampai je hotel kitorg just rehat-rehat dan malam kami naik tuk-tuk untuk ke Patong sebab nak pergi Hard Rock Cafe Phuket. Biasalah travel buddy saya ni die hard fan of HRC. Ikutkan aja kemahuannya. Kemudian kami pulang semula ke hotel. Sebelum balik hotel kami jalan-jalan sekitar kawasan hotel sebab nak cari pakej murah dan menarik. Last-last kami amik pakej Phuket City tour dan juga Phuket Fantasea.

HRC Phuket

landmark wajib

muka puas hati dapat shopping


Day 2 kami dah ready untuk explore sekitar Phuket. Kami amik private tour sebab nak fefeeling bercuti. Hehehehe... tak mahal pun. Lagipun memikirkan kalau nak pergi ke attractions naik tuk tuk dah kos tinggi kan. Lepas tu plk kami tak pernah sewa motorsikal. Jadi the best option adalah dengan ambil private tour saja.

Antara lokasi yang tour ni cover adalah Karon View Point, Big Buddha, Phuket Old Town (Muang District), Sri Bhurapha Orchid, Wat Chalong, Promthep Cape di area Rawai. Di Phuket Old Town actually adalah main city Phuket tapi disebabkan Patong lebih ramai pengunjung maka Patong lebih dikenali ramai. Ada beberapa kedai makanan halal di Phuket Old Town dan antaranya adalah Aroon Restaurant. Kedai ni macam kedai makan di Malaysia pun. Dia jual roti canai, nasi lauk dan lain-lain lagi. Harga? Lebih kurang harga di KL.

anda fokus?

tempat pilihan untuk kaki shopping

mari serbu....lapar.....

tiada kaitan dengan Aaron Aziz

roti canai sini lain skit

rumah sapa tah

suasana Old Town

area Old Town ni sunyi skit ngan pelancong

klasik

ayuh kita jalan lagi
tempat jual kekacang gajus
fefeeling retis

dan lagi

serius naw muka dik oi..penat kejakah...

cara kopek

Wat Chalong

teringat kampung halaman

Wat Chalong

Wat Chalong

checked in

very big

tempat parking di Big Buddha

kemanakah kita?

Phromthep Cape

cantik Laut Andaman

area Phromthep Cape

macam kat Miami gitewww

ritual session

beautiful view of Andaman Sea

tangga-tangga kehidupan

amaran

Karon View Point

tenang

tempat wajib datang

driver kami yang cool


Malam pula kami dah booking tiket untuk menonton Simon Cabaret show. Saya booking via online. Simon Cabaret ni actually show oleh para transgender. Honestly korang kena tengok show ni sebab memang meletop. Time kitorg datang pun penuh tau panggung. Show dia ada 2 kali sehari iaitu pukul 7.30 malam dan 9.30 malam. Abis sahaja show nanti semua performer akan beratur di luar untuk sesi bergambar. Ambik gambar kena bayar tau.


posing sebelum van sampai

bila bosan menunggu

ramai giler manusia


sebelum masuk panggung


tiket


sisi depan Simon Cabaret


lagi

masa show berlangsung tak boleh amik gambar

meletz

wanita tengok menangis...hahaha

sila hafal no van masing-masing

singgah pasar malam dekat hotel cari fridge magnet

Day 3 Kitorg bangun agak lewat sebab memang plan nak keluar petang sahaja. Memang betul2 nak rehat tema trip kali ini. Petangnya kitorg dah plan ke Phuket Fantasea sebab ia hanya dibuka dari pukul 5.30 petang sampai 11.30 malam (ditutup pada hari Khamis tapi kalau Khamis tu public holiday diorg still bukak). Kitorg beli tiket melalui agent tepi jalan saja sebab pakej tu termasuk transport pergi dan balik.

cuaca sangat terik


Apa itu Phuket Fantasea? Bukan Fantasia Bulan Madu ye. Phuket Fantasea adalah satu inisiatif negara Thailand untuk mempelbagaikan daya tarikan pelancong untuk datang ke Phuket. Ia adalah sebuah night time theme park yang menggabungkan elemen budaya dan fantasi dalam satu taman. Anda boleh saksikan persembahan dalam bentuk teater menarik dari gajah dan haiwan-haiwan lain yang telah dilatih khas. Bagi saya Phuket Fantasea ini menarik sebab ia lain dari theme park biasa. Anda boleh layari web rasmi di http://www.phuket-fantasea.com/eng/index.php untuk sebarang info lanjut.

ruang depan Phuket Fantasea

tempat ni wajib datang tau

seremmmmmm

kop kun kap

entrance

besar juga kawasan Phuket Fantasea ni

masa nak masuk kena security check

budak-budak pasti teruja

saya bukan budak

karaktor apa kah ini

kat sini kalau nak amik pakej sekali dengan dinner pun boleh

antara attraction di sini

lagi

sini femes dengan gajah kan

kat sini kena masuk sebab ada show haiwan

posing

shopping souvenir

sawadeekap

gajah lagi

dan lagi

show haiwan ni ada sekali sehari sahaja

Day 4 Hari terakhir kami di Phuket. Pagi tu kami siap-siap awal sebab nak explore pekan Karon sebelum check out. Kami jalan-jalan sekitar pantai Karon. Kalau dah sampai Thailand ni tak sah kalau tak pergi mengurut kan sebab sini harga dia jauh lebih murah berbanding di Malaysia dan banyak pilihan. Selesai je massage kitorg terus check out dan langsung ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.

check out

pantai di Karon bersih compare to Patong

posing

mau ke mana kita

Karon area

Mak, kita nak balik dah ni

peta kawasan Karon

tuk tuk di sini

Karon Park ni takde mende pun

kedai ni sederet dengan hotel
saya buat fish spa


kawan saya buat facial. murah tau....

sebelum boarding

jom balik

flying high MH.

Personally bagi saya Phuket ni biasa-biasa saja. Tiada apa yang WOW di mata saya. Kos di sini agak mahal compare to Bangkok in term of transportation, makan dan souvenir. Untuk repeat ke sana lagi tidak kot. Kalau anda sukakan suasana yang happening bolehlah stay di area Patong tapi kalau anda memang nak relaks dan santai bolehlah stay di area Karon atau Rawai.

Itulah penutup travel trip saya untuk tahun 2013. Nantikan kisah #throwback trip saya bagi tahun 2014 sebab tahun itu adalah tahun paling meriah dengan trip. Tunggu tau.....

Till then guys....daaaaa...

P/S: Dengar cerita Phuket akan bina tram service. Kira hebat jugaklah dan akan memudahkah orang ramai terutamanya pelancong untuk bergerak di bandar Phuket. Boleh baca detail di http://www.bangkokpost.com/news/transport/770512/extended-phuket-tram-service-mooted

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.