CORAT-CORET SEPANJANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-22 LIVE EKSTRAVAGANZA DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR



Hi REEFISM! Pada 6 November 2016 (AHAD) bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur telah berlangsung acara Anugerah Industri Muzik ke-22 LIVE EKSTRAVAGANZA. Mini showcase ini diadakan sebagai mempromosikan Malam Kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM).

Seperti yang anda semua sedia maklum, Anugerah industri Muzik (AIM) ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada karya muzik terbaik di Malaysia.  Diam tak diam majlis yang  dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ini telah memasuki tahun ke-22. Syabas diucapkan!

sebelum masuk kita photo photo dulu

lokasi kejadian

rakan-rakan yang hadir

Peace Yo!

tetamu VIP mengambil tempat

Acara AIM 22 Live Ekstravaganza ini telah dikemudi oleh Alif Farhan dan Syamin Farid dan berlangsung selama 3 jam tanpa henti bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang.

pengacara majlis

Pentas dibuka dengan persembahan pertama oleh calon Artis baru Terbaik, Bella Nazari dengan lagu Infiniti. Disusuli dengan persembahan oleh Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Nona dengan lagunya Takkan Biarkan. Satu kejutan bagi saya apabila Nona yang masih setahun jagung dalam industri muzik Malaysia mampu berada di Top 5 kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), kerana pasti nya ini adalah antara kategori yang ‘panas’. Tahniah!

Bella Nazari

Nona

Seterusnya Syamel mengambil alih pentas utama dengan dendangan lagu hits nya, Hidup Dalam Mati. Syamel tercalon dalam dua kategori iaitu Artis Baru Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.

Syamel

Acara di teruskan dengan menjemput seorang lagi calon Artis Baru Terbaik, Lyia Meta untuk mendendangkan lagu Save Me. Kemudian Daiyan Trisha mengambil alih pentas utama dengan dendangan lagunya Stargazing. Lagu ini tercalon untuk kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Lyia Meta

Daiyan Trisha

Kumpulan Back2Basixx yang tercalon untuk kategori  Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu meneruskan persembahan dengan lagu Senyuman.

kumpulan Back2Basixx

Kaka Azraff meneruskan acara dengan dendangan lagu popular nya, Bukan Hal Aku. Kaka Azraff tercalon dalam kategori Video Muzik Terbaik.

Kaka Azraff

Acara juga telah diserikan dengan persembahan hebat oleh calon-calon akhir AIM 22 yang lain seperti Juwita Suwito (Just Like That), Black (Anugerah Terindah), Hunny Madu (Go Hard or Gostan), DeFam (#Supergirls), Hazama (Sampai Mati), Gabriel Lynch (Little One, Goodnight), Najwa Mahiaddin feat Juny (After The Rain), Projek Pistol (Berani Mati), Amir Jahari (Ingga), Salammusik (Terima Kasih) dan Projektor Band (Sudah Ku Tahu).

Juwita Suwito

Black Hanifah

Hunny Madu

kumpulan DeFam

Hazama

Gabriel Lynch bersama rakan-rakan

Najwa Mahiaddin

kumpulan Projek Pistol


Amir Jahari

kumpulan Salammusik

kumpulan Projector Band

Akim & The Majistret

Acara ini diakhiri dengan persembahan mantap oleh kumpulan Akim & The Majistret dengan dua buah lagu iaitu Potret dan Obses.

Secara peribadi persembahan barisan artis yang terbabit dalam acara AIM 22 Live Ekstravaganza ini sememangnya memukau dan menghiburkan. Apa yang menarik minat saya adalah kehebatan vokal artis-artis baru seperti Bella Nazari, Nona, Lyia Meta dan juga Daiyan Trisha. Apabila mendengar mereka membuat persembahan, saya optimis yang bakat-bakat baru ini mampu menyinar dalam industri muzik tanahair satu hari nanti. Teruskan berkarya!


SENARAI PENUH PENCALONAN AKHIR AIM 22:

1. Artis Baru Terbaik
Bella Nazari
Def Fam
Lyia Meta
Projector Band
Syamel

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad (Potret)
Faizal Tahir (Sejati)
Hazama (Sampai Mati)
Hazami (Cintai Dia)
Lah Ahmad (Syukur)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
Jaclyn Victor (Seindah Mimpi)
Najwa Mahiaddin (Guilty Room)
Nona (Takkan Biarkan)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Back2Basixx (Senyuman)
De Fam (#Super Girls)
Nowseeheart (Selawat Untukmu)
The Mikraj (Qod Kafani)
UNIC (Syamail Muhammadiah)

5. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Elizabeth Tan & Faizal Tahir (Setia)
Hunny Madu & Kayda (Go Hard Or Gostan)
Misha Omar & Hafiz Suip (Terimaku Seadanya)
Najwa Mahiaddin & Juny (After The Rain)
Sonaone, Joe Flizzow & Akeem (Go Do That)

6. Kulit Album Terbaik
Sekumpulan Orang Gila – Bahtera
Fynn Jamal – Puisi Tepi Jalan
Yuna – Material
Pitahati – Selamat Datang Ke Panggung Suara
Reena Nicky – Penuh Magika

7. Rakaman Album Terbaik
Yuna – Material
Froya – Panic Bird
Gabriel Lynch – All of Us
Q Sound – Duel Citizenship
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged

8. Video Muzik Terbaik
Stacy – Not For Sale
Kaka Feat Sleeq – Bukan Hal Aku
Hazama – Sampai Mati
Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me
Fynn Jamal – Suatu Pernah

9. Lagu Pop Etnik Terbaik
Ingga – Amir Jahari
Joget Sulam Sakti – Reena Nicky
Kelik La Weii – Eddie Hamid
Mathbawi 1 Mawar – Usop Kopratasa & Rafi Suhu
Sepertinya – Fynn Jamal & AG Coco

10. Lagu Nasyid Terbaik
Suhaimi Saad – Cinta Sidna
Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
Lah Ahmad – Maulaya
Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta
Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

11. Lagu Rock Terbaik
Projek Pistol – Berani Mati
Azlan & The Typewriter – Mata Hati
Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
Akim & The Majistret – Potret
Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

12. Lagu Pop Terbaik
Faizal Tahir – Assalamualaikum
Syamel – Hidup Dalam Mati
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Hazama – Sedetik Lara
Faizal Tahir – Sejati

13. Lagu Hip Hop Terbaik
SonaOne – Confirm Ah
SonaOne – Hakeleh
Altimet & Takahara Suiko – Janji
Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
Salammusik – Terima Kasih

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Elvira Arul – Christmas in The Sun
SonaOne – Firefly
Juwita Suwito – Just Like That
Daiyan Trisha – Stargazing
Vince Chong – Wonder

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Elvira Arul – Christmas in The Sun
Datuk Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
Faizal Tahir – Assalamualaikum

16. Album Terbaik
Akim & The Majistret – Patriot
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged
Black – Black
Mojo – Nada
Estranged – Sepenuhnya Vol.1

Acara Malam Kemuncak AIM 22 bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 Disember 2016. Anda juga boleh menyaksikan acara berprestij ini secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Terima kasih kepada barisan penaja untuk acara Anugerah Industri Muzik ke 22 ini. Antaranya:

  • ·       Sweedskin (Penaja Utama)
  • ·       Samsung Galaxy J7 Prime (Penaja)
  • ·       Park Royal Kuala Lumpur (Hotel Rasmi)
  • ·       Astro Ria dan Ria HD (Penyiar Rasmi)
  • ·       Era FM (Radio Rasmi)
  • ·       Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC ( Lokasi Rasmi AIM 22)
  • ·       AEON Mall (Lokasi Rasmi Jelajah AIM 22)
  • ·       Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (Lokasi Rasmi Showcase AIM 22)

Anda bolehlah melayari Laman Rasmi Anugerah Industri Muzik , Facebook Rasmi AIM atau Instagram Rasmi AIM untuk info lanjut.

0 Comments