KONSERT LET’S DANCE - PAUL ROBERTS SINGS DAVID BOWIE DI AVENUE K ROOFTOP MEMUKAU!


Hi REEFISM! Saya berkesempatan untuk menyaksikan sebuah konsert tribute kepada mendiang David Bowie pada 6 November 2016. Bertempat di Avenue K Rooftop, konsert ini berjaya menghimpunkan ramai penonton dari serata dunia. Konsert ini diadakan bersempena dengan THE GREAT BRITAIN FESTIVAL IN MALAYSIA yang sedang berlangsung dari 1 NOV SEHINGGA 14 NOVEMBER 2016. Bagaimana saya boleh ke konsert ini? Sebenarnya saya ada terlihat di sebuah billboard tentang acara ini. Kebetulan pula pihak Astro ada menawarkan penebusan mata untuk tiket ini. Jadi saya pun rembatlah!

david bowie
fefeeling la sekali sekala kan!






Seperti yang anda sedia maklum, David Bowie atau nama sebenar David Robert Bowie baru sahaja meninggal dunia pada awal Januari 2016 akibat kanser hati. Suami kepada supermodel terkemuka, Iman ini amat dikenali sebagai sebagai seorang penyanyi, pencipta lagu dan juga aktor tersohor di persada antarabangsa.

Bagi anda yang lahir di antara tahun 70-an hingga 90-an pasti mengenali figura ini. Album LET’S DANCE yang diterbitkan pada tahun 1983 berjaya melonjakkan nama beliau sehingga tercalon sebagai ALBUM OF YEAR di Grammy Award tahun 1984.

Atas dasar minat yang mendalam kepada penyanyi ini maka Paul Roberts menzahirkan konsert ini sebagai apresiasi kepada sumbangan David Bowie dalam arena muzik. Siapa sebenarnya Paul Roberts? Beliau merupakan bekas penyanyi kumpulan punk rock terkenal The Stranglers di antara tahun 1990-2006. Kemudian beliau bergerak secara solo dan juga pernah terlibat sebagai aktor di dalam world premiere of The Darling Buds of May.






Penyanyi berusia 57 tahun ini memulakan konsert tepat jam 8.15 malam. Kami telah dibawa mengimbau nostalgia David Bowie dari Space Oddity, Let’s Dance, sehingga ke The Next Day. Bukan itu sahaja, Paul Roberts berjaya memukau penonton dengan seleksi lagu-lagu dari album klasik David Bowie seperti The Jean Genie, China Girl, Re be I Re be I, Sound and Vision, Fame, Suffragette City dan banyak lagi. Paul Roberts telah diiringi oleh barisan 4 pemuzik handalan yang telah banyak mengadakan persembahan dengan barisan artis antarabangsa.









Selain konsert, majlis ini juga diserikan dengan pelbagai khemah jualan makanan dan minuman, pameran kereta dan juga pelbagai booth berkenaan The Great Britain.






Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang THE GREAT BRITIAN FESTIVAL IN MALAYSIA boleh melayari Laman Rasmi British High Commission In Malaysia dan juga Facebook Rasmi British High Commission Kuala Lumpur .

0 Comments