MAKAN DI KAFE DOTTY'S TTDI SEPERTI MAKAN DI PARIS

11:02 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Bayangkan anda sedang menikmati secangkir kopi panas bersama dengan sepotong kek ataupun croissant di sekitar bandaraya Paris sambil melihat keindahan Eiffel Tower? Itulah yang saya rasai apabila berada di kafe Dotty's TTDI.
Walaupun begitu banyak kafe hipster di sekitar Lembah Klang, kafe Dotty's begitu berbeza bagi saya kerana mengenengahkan dekorasi kafe yang bercirikan French style. Classy, Intimacy and Privacy. Ouch! Eiffel I'm In Love!



Bila pertama kali melangkah masuk ke dalam kafe ini, saya terkesima seketika. Ini pastinya kedai untuk golongan kelas atasan. Pasti harga menu di sini mahal-mahal. Sangkaan saya meleset sama sekali. Bila staff disini menghulurkan menu pada kami, saya lihat harga minuman di sini semurah RM4. Bagi makanan pula anda boleh dapatkan semurah RM10. Jadi sesiapa pun mampu menikmati hidangan di kafe Dotty's ini.






Saya bersama teman berkesempatan mencuba hidangan Tuna Melt dan Wild Mushroom Sandwiches bersama Hot Rose Chamomile Tea dan Matcha Green Tea Latte. Untuk pengetahuan anda, setiap set sandwiches didatangkan bersama french fries dan salad sebagai side dishes.

Saya suka dengan kedua-dua sandwiches ini. Rasanya seperti saya makan sandwich ketika travel di Eropah dahulu. Rose Chamomile Tea pastinya enak namun Matcha Green Tea Latte bukan pilihan saya. Mungkin tekak saya tidak mampu menerima rasanya. Rasanya terlalu 'sihat'! Hahahaha.

Tuna Melt Sandwich dengan Matcha Green Tea Latte

Wild Mushroom Sandwich dengan Hot Rose Chamomile Tea

Ice Matcha Green Tea Latte





Bagi saya harga yang ditawarkan amat realistik dengan apa yang pihak kafe Dotty's sediakan. Great ambience, pelbagai pilihan menu. Saya sempat berbual dengan salah seorang staff disini. Menurut beliau signature mereka adalah Salted Egg Yolk Cronut. Cronut ini adalah gabungan Croissant dan Donut. Menarik kan? Malangnya kami tidak berkesempatan untuk mencuba kerana ketika kami tiba ianya sudah sold out. Next visit for sure! Mereka juga menyediakan pelbagai jenis pastry dan roti yang segar selain menu makanan barat yang lain.





ramai yang after work lepak sini



Yes i am! Thank you!

transparent kitchen station



tak habis boleh take away!

i will be back here!

Saya juga ingin memberi kredit pada layanan staff disini. Friendly and helpful! Ini adalah satu point untuk saya kembali ke sini lagi. Keep up!

Bagi mereka yang mahir dengan area TTDI pastinya tidak susah untuk mencari kafe ini. Bagi yang baru dengan kawasan ini, kafe ini terletak sebaris dengan Mc Cafe, kafe Pickle & Fig, 99 Speedmart dan bersebelahan dengan Farmasi Constant. 

Lokasi kafe Dotty's Pastries and Coffee: 
20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Ini pastinya hangout place yang sesuai untuk anda dan rakan-rakan hilangkan stress selepas habis kerja di hari Jumaat mahupun hujung minggu! Good place to lepak and chat!

Operation Hours:
8 AM - 8 PM (Close on Tuesdays)

Anda boleh layari FACEBOOK RASMI DOTTY'S, INSTAGRAM RASMI DOTTY'S dan TWITTER RASMI DOTTY'S untuk maklumat lanjut.

P/S: Mereka juga mempunyai cawangan iaitu Le Petit Dotty's di Platinum Park, Persiaran KLCC.






dotty's Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYDOTTYS

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.