RASAI PENGALAMAN MENIKMATI BRAZILIAN BBQ ‘CHURRASCO’ DI VISTA BRASSERIE BY CHEF ZUBIR SHAH ALAM

10:21 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Saya pasti anda semua pasti mengenali Chef Zubir. Beliau mula meniti di bibir masyarakat sejak kemunculan di dalam rancangan masakan popular, MASTERCHEF MALAYSIA tidak lama dahulu. Sejak rancangan tersebut tidak diteruskan lagi, jarang kita nampak wajah beliau menghiasi media cetak dan elektronik. Ini disebabkan kesibukan beliau menguruskan beberapa cawangan restoran beliau iaitu LAMAN GRILL.

Dalam diam-diam rupanya Chef Zubir telah membuka satu restoran baru yang totally lain dari konsep LAMAN GRILL. Bertambah sibuk lah gamaknya jadual harian beliau.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mencuba sendiri hidangan di restoran terbaru beliau yang diberi nama Vista Brasserie by Chef Zubir. Berkonsepkan Barbeque and Sizzling Around the World, restoran ini menjanjikan pengalaman berbeza dalam menikmati pelbagai jenis hidangan dari seantero dunia.








Kunjungan saya ke Vista Brasserie ini adalah bagi memenuhi jemputan pihak Zomato Malaysia iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan aplikasi carian berkenaan tempat makanan. Kiranya Zomato ini adalah Google tentang restoran, kedai makan dan juga café di sekitar anda.



Apa yang membuatkan anda semua wajib datang ke VISTA BRASSERIE by CHEF ZUBIR ini? Restoran ini menyajikan Brazilian Barbeque yang dipanggil CHURRASCO (pronounced, Shoo-Has-Co).

What exactly Churrasco? Tradition dates back over 300 years when Southern Brazilian cowboys would head out to the plains in search of the highest grade of livestock. Upon their return, the Gauchos would prepare the meat on large sword-like skewers over an open flame, whilst telling stories of their adventures.

Berbeza dengan cara Vista Brasserie by Chef Zubir dimana mereka juga bukan sahaja menyediakan skewered meat, tapi juga termasuk poultry, game, fish and seafood. Hidangan ini akan dibawakan terus kepada anda panas-panas dari dapur terus ke meja anda dimana anda sendiri yang akan potong skewered meat mengikut kehendak anda. Interesting kan? Hidangan buffet di sini juga ada macam-macam pilihan. Dari appetizer sampai ke desserts tau. Lengkap menu makan malam anda.










Buat masa ini, hidangan buffet ini hanya boleh dinikmati pada waktu dinner pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Harga untuk buffet ini tidak mahal. Cuma RM 59.90 sahaja. Harganya boleh saya katakan amat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Makan sampai lebam!








Jika anda rasakan makanan buffet agak berat terutamanya bagi mereka yang mempunyai ‘tangki’ kecil, jangan risau! Di Vista Brasserie ada menyediakan hidangan ala-carte seperti Japanese Teppanyaki, Korean Beef Steak, Mongolian Beef Steak, Sandwiches, Pasta dan macam-macam lagi. Kalau anda memang jenis tekak Malaysia pun tak perlu risau. Vista Brasserie menyediakan beberapa hidangan istimewa seperti Nasi Lemak Malinja, Chinatown Wanton Noodle Soup dan juga The Ultimate Vista Nasi Goreng.









Apa yang menjadikan restoran ini menarik untuk dikunjungi adalah suasana restoran yang sangat selesa. Dekorasi kedai yang simple namun tetap memberikan aura seperti berada di restoran mewah. Mereka juga menyediakan outdoor dining area untuk keselesaan pelanggan. Jika anda merancang untuk mengadakan sebarang jenis majlis boleh dilakukan disini kerana ruang kedai yang luas dan selesa juga kemudahan pelanggan.






Jika anda ingin membuat kejutan hari lahir untuk yang tersayang mahupun candle light dinner di sini pun boleh diatur. Hanya maklumkan kepada staff di sini dan biar mereka yang uruskan. Pasti menjadi kenangan terindah dalam hidup anda menyambut hari lahir di sini! Trust me!

Restoran VISTA BRASSERIE BY CHEF ZUBIR ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Lokasi restoran ini adalah:





B-LG-6, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14 Shah Alam, 4000 Shah Alam, Selangor.

Bagi anda yang ingin mendapatkan informasi terkini berkenaan Vista Brasserie bolehlah layari FACEBOOK RASMI VISTA BRASSERIE BY CHEF ZUBIR atau INSTAGRAM RASMI VISTA BRASSERIE BY CHEF ZUBIR .

Vista Brasserie by Chef Zubir Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#VISTABRASSERIEBYCHEFZUBIR #CHEFZUBIR #ZOMATOMY #REEFISM #REEFISMTERRITORY

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.