SEPETANG DI MAJLIS PELANCARAN TELEFON PINTAR XIAOMI REDMI 4A ANJURAN XIAOMI MALAYSIA, LAZADA MALAYSIA DAN INVOLVE ASIA

12:02 am Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Apa khabar REEFISM? Sihat hendaknya. Saya berkesempatan menghadiri majlis pelancaran telefon pintar terbaru oleh Xiaomi iaitu REDMI 4A baru-baru ini. Bertempat di Level 14, Bronx IV, Berjaya Times Square, majlis ini telah dianjurkan secara eksklusif oleh pihak Lazada Malaysia, Xiaomi Malaysia dan juga Involve Asia.







Saya cukup bertuah malah teruja untuk melihat secara intim produk Xiaomi yang satu ini. Saya diberi peluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan telefon pintar Xiaomi Redmi 4A. Anda boleh dapatkan ulasan saya berkenaan Xiaomi Redmi 4A DISINI.


masing-masing sibuk meng-update info









Acara dimulakan dengan pengenalan produk Xiaomi Redmi 4A dimana saya dan tetamu yang hadir telah diperincikan melalui penerangan tentang spesifikasi serta kelebihan produk Xiaomi Redmi 4A oleh Encik Arjun Batra selaku Commercial Manager, Global Sales Department of Xiaomi.


Encik Arjun Batra, Commercial Manager Global Sales Department of Xiaomi.

Selesai penerangan Xiaomi Redmi 4A, kami dihidangkan dengan minum petang dan juga pihak penganjur telah mengadakan SNAP and SHARE contest dimana setiap tetamu diwajibkan untuk berswafoto bersama produk-produk Xiaomi dan post di INSTAGRAM beserta hashtag #MIxIAxLAZADA. Pemenang dikira berdasarkan likes yang paling banyak sebelum acara berakhir. Hadiah yang di tawarkan sangat menarik iaitu Hadiah Utama adalah sebuah Xiaomi Redmi 4A, tempat kedua berupa RM 100 Cash Voucher dari Lazada dan tempat ketiga mendapat RM 50 Cash Voucher dari Lazada.


macam-macam gaya untuk menang likes

senyum malu tapi mahu hadiah.





Sementara para tetamu sibuk berswafoto, majlis diserikan lagi dengan penerangan mengenal INVOLVE ASIA, iaitu sebuah syarikat pengendali program Affiliate yang cukup terkenal di Asia Tenggara. Kami diterangkan berkenaan bagaimana kaedah menjana pendapatan melalui program Affiliate ini. Banyak input yang saya serta tetamu yang hadir dapat melalui perkongsian ini. Bayangkan anda mampu menjana komisen melalui setiap produk yang anda promosikan. Mudah dan hasilnya berganda! Involve Asia adalah antara syarikat pengendali program Affiliate yang cukup disegani. Ini kerana banyak nama-nama besar yang menggunakan khidmat mereka seperti Lazada, Trivago, Uniqlo, Citibank, Fashion Valet dan banyak lagi. Wow! Vivy Yusof pun guna khidmat Involve Asia!

Pihak Involve Asia juga tidak lokek berkongsi ilmu mengenai cara terbaik untuk menggunakan blog sebagai medium menjana pendapatan dengan menjemput speaker dari SHOPCOUPONS iaitu saudara Andrew. Great sharing!

Encik Andrew wakil dari SHOPCOUPONS

Selesai En Andrew memberi penerangan, majlis terus diserikan dengan pengumuman pemenang bagi SNAP AND SHARE CONTEST serta cabutan bertuah. Tahniah kepada para pemenang!


pemenang lucky draw

pemenang lucky draw

tuah En Momi kita dapat No. 3

Mr Jocko dapat No. 2

Inilah ratu likes yang dapat hadiah utama!

Secara peribadi, majlis ini banyak memberi ruang dan info kepada saya dan pastinya kepada tetamu yang hadir bagaimana dengan hanya menulis blog mahupun media sosial kita mampu menjana pendapatan yang lumayan. Dengan kaedah dan saluran yang betul pastinya kerjaya sebagai blogger dan social media influencer pasti menjadi dambaan setiap orang. Terima Kasih kepada pihak Xiaomi Malaysia, Lazada Malaysia dan Involve Asia di atas penganjuran majlis ini. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ketiga-ketiga nama besar ini, sila layari LAMAN WEB RASMI INVOLVE ASIA , LAMAN WEB RASMI XIAOMI MALAYSIA dan LAMAN WEB RASMI LAZADA MALAYSIA.






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MIXIAXLAZADA #MIMALAYSIA #IA #XIAOMI 

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.