LEBIH 200 SAJIAN ISTIMEWA SEMPENA BUFET RAMADHAN 2017 DI BANGI GOLF RESORT

11:20 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Pastinya antara yang menjadi Ramadhan tahun ini menjadi meriah adalah tawaran menarik bufet berbuka puasa oleh pelbagai restoran dan hotel. Antaranya adalah Bangi Golf Resort (BGR) dimana pada tahun ini, anda bakal disajikan dengan signature Ramadhan Buffet bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Sebagai informasi, Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009.



Terkenal dengan sajian bufet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang cukup berpatutan, Restoran BGR sekali lagi akan menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur. Para pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan yang terkenal dan kemuncak nya diakhiri dengan sajian menu popular seperti Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh chef berpengalaman. Para tetamu juga berpeluang menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas dari kuali. Selain itu, berada dalam senarai menu adalah Sate Ayam & Daging.
















Nikmati juga menu kegemaran ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomic seperti “Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma”. Untuk pilihan lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara yang semestinya menjadi kegemaran keluarga di Restoran BGR. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri menu terbaru tahun ini, Peri-Peri Chicken Drumlets yang menjanjikan rasa yang luar biasa.





Untuk juadah bercirikan selera Melayu pula, jangan lupa mencuba Nasi Lemak Istimewa yang merupakan tarikan utama tahun ini. Ia bakal dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.





Restoran BGR juga tidak ketinggalan dalam arus teknologi dalam penyediaan Nasi Ayam Hainanese dimana ayam akan di masak sehingga empuk dan mencapai tekstur sempurna. Setiap butir nasinya diperkaya dengan lemak ayam agar nasi menjadi gebu. Ia digandingkan dengan sos cili halia dan bawang putih yang pasti membangkit rasa.

Beraneka pencuci mulut bakal dihidangkan seperti Spanish Churros bersama sos coklat pekat termasuk Serawa Durian, variasi kuih muih Melayu, puding, agar-agar, dan buah-buahan tropika.









Pengunjung yang hadir berpeluang untuk membeli barangan dengan harga istimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Bangi Golf Resort sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagi penggemar durian, terdapat promosi “DURIAN RUNTUH” dimana pengunjung boleh membeli durian yang didatangkan khas dari ladang di Raub, Pahang. Terdapat juga gerai Gelato yang diproses segar oleh Sweet Scoopz yang cukup terkenal dengan Gelato berperisa Musang King, Passion Fruit, Guava dan Asam Boi.





Semasa menjamu selera, anda bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Terdapat lebih 800 ruang parkir dan ruang solat bagi kemudahan pengunjung.



HARGA: 
RM 58 NETT (DEWASA)
RM 28 NETT (KANAK-KANAK)


LOKASI BANGI GOLF RESORT:
NO.1, PERSIARAN BANDAR, BANDAR BARU BANGI, 
43650 BANGI, 
SELANGOR.


NO TEL:
1-700-81-8557
1-700-71-7558



LAMAN WEB: www.bgrrest.com








#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BUFETRAMADHAN2017 #BANGIGOLFRESORT #BGRBUFFETRAMADHAN17

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.