MENGGAMIT MEMORI DIKAMPUNG TATKALA MENIKMATI BUFET RAMADHAN 2017 DI RESTORAN TERATAK GLO DAMANSARA

11:02 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Bila tiba bulan Ramadhan, selain menjalani ibadah puasa dan ber tarawih, aktiviti mencari lokasi berbuka puasa adalah satu kemestian bagi setiap orang. Tidak kira sama ada warga Islam atau tidak, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menikmati juadah buffet Ramadhan yang ditawarkan. Waktu inilah kita dapat melihat kemeriahan dengan macam-macam jenis kuih muih, masakan kampung yang barangkali jarang kita temui.

Antara restoran yang benar-benar mencuit hati saya ketika berbuka puasa adalah RESTORAN TERATAK yang terletak di GLO DAMANSARA. Bila mendengar nama restoran ini, perkara pertama yang muncul di minda adalah masakan ber citarasa kampung. Seperti biasa, kunjungan saya adalah lanjutan kepada aktiviti Ramadan Buffet Hunting yang sering saya dan teman-teman lakukan saban tahun. Perkara pertama yang menarik perhatian saya saat melangkah masuk ke ruang restoran ini adalah dekorasinya. Modern look tapi memiliki elemen tradisi yang cukup menarik. Bila saya melihat sudut cashier nya saya cukup terpesona. Dindingnya dihiasi dengan susunan bercorak lubang atap yang terdapat di rumah-rumah kampung. Manakala di bahagian hadapan cashier pula dihiasi dengan jubin-jubin yang diukir khas. Teringat saya akan tangga yang terdapat pada rumah kampung di Melaka. Susun atur ruang restoran cukup simple dengan tona warna hijau muda dan putih mendominasi seluruh ruang. Sesuai dengan warna tema masyarakat Melayu kita.























Berbalik kepada Bufet Ramadhan yang ditawarkan di Restorak Teratak ini. Juadah yang disediakan tidak terlalu banyak namun setiap menu ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Pastinya kesemuanya adalah menu citarasa kampung kerana restoran ini berkonsepkan Traditional Malay Cuisine. Saya diberitahu yang setiap hari menu bufet di sini ditukar demi meperlihatkan variasi kepada juadah berbuka puasa. Barulah tidak bosan bukan!

Sebagai pembuka berbuka puasa, setiap pengunjung dihidangkan dengan Laksa Johor Istimewa. Ianya adalah resepi keluarga pemilik restoran ini sendiri. Terus-terang saya katakan, Laksa Johor disini adalah yang terbaik pernah saya nikmati. Kuah laksa nya cukup rasa, pekat dan likat. Sempurna!

LAKSA JOHOR

Kemudian saya turut mencuba seleksi lauk pauk yang dihidangkan seperti Asam Pedas Ikan Jenahak, Ayam Goreng Berempah, Sambal Tumis Sotong, Masak Lemak Daging Salai. Tidak dilupakan adalah pilihan ulam-ulam kampung sebagai pembangkit selera. Barulah suasana makan di kampung bukan! Paling menarik perhatian saya adalah Rendang Betik. Saya tidak pernah dengar menu ini sepanjang hayat saya. Saya diberitahu menu ini berasal dari Negeri Sembilan. Saya membayangkan ia seperti kerabu namun tekaan saya meleset sama sekali. Rasanya yang berlemak serta hirisan halus buah betik ini ternyata cukup enak. Saya sampai tambah beberapa kali juga.


MASAK LEMAK DAGING SALAI

AYAM GORENG BEREMPAH

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

SAMBAL TUMIS SOTONG

ULAM ULAMAN

SELEKSI PENCICAH

RENDANG BETIK INI AWESOME!

FULL HOUSE WAKTU BERBUKA PUASA

Sesungguhnya pengalaman makan di restoran ini benar-benar mengembalikan nostalgia. Teringat akan masakan ibu di kampung. Sememangnya impian pemilik restoran ini adalah untuk memastikan setiap pengunjung yang hadir menikmati juadah akan merasai homely dining experience. Bak kata orang, masakan yang paling sedap di dunia adalah hasil air tangan ibu bukan! Ini lah yang anda akan rasai bila menjamu selera di Restoran Teratak.

Antara menu masakan kampung yang turut ada sepanjang bulan Ramadhan di Restoran Teratak adalah Chef Special Rendang Ayam, Peria Goreng Telor Asin, Sotong Goreng Tepung dan banyak lagi. Setiap pengunjung akan dihidangkan dengan air sejuk dan panas. Saya merasai Air Sirap disini dan ianya cukup berbeza dengan air sirap yang saya pernah rasai. Sedap dan harum! Siap ada Bubur Pisang lagi. Lemak manis!

BUBUR PISANG

Bila bercakap tentang harga bufet Ramadhan pasti ramai yang menjangkakan ianya mahal. Anda silap sama sekali. Harga yang ditawarkan cukup mampu milik iaitu RM35++ bagi dewasa, RM20 bagi kanak-kanak berusia 7-12 tahun manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA! Sila telefon dahulu untuk membuat tempahan awal kerana dikhuatiri slot penuh.


RESTORAN TERATAK GLO DAMANSARA
G23A, GLO DAMANSARA, 
699 JALAN DAMANSARA LAMA, 
60000 KUALA LUMPUR.

(KALAU MENAIKI MRT SILA TURUN DI STESEN TTDI)

TEL: 03-77315717 ATAU 012-3481792 

LAMAN FACEBOOK: 







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TERATAKRESTAURANT #MASAKANMELAYU #TERATAKGLODAMANSARA #BUFETRAMADHAN2017 #RAMADANBUFFET2017 #RAMADHAN2017




Teratak Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.