DINNER IN THE SKY MALAYSIA SATU PENGALAMAN INDAH MAKAN MALAM DI KAYANGAN

9:53 pm Shariffudin Azhar Omar 2 Comments


Bayangkan menjamu selera secara terapung dengan ketinggian 45 meter dengan bersaksikan panorama Kuala Lumpur? Amazing moment! Itulah yang saya rasai bila berpeluang merasai sendiri menerusi DINNER IN THE SKY MALAYSIA. Sebenarnya keinginan untuk mencuba telah lama di pendamkan memandangkan harga yang ditawarkan agak mahal. Ketika DINNER IN THE SKY hadir buat pertama kali di Malaysia harga bagi seorang mencecah RM700. Saya pendamkan hasrat ini. Bermula di lokasi KL Tower, saya dapat lihat di media sosial ramai selebriti yang berkongsi pengalaman mereka menikmati makan malam di DINNER IN THE SKY. Antaranya adalah Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ K. Bagi anda yang tidak tahu, DINNER IN THE SKY adalah berkonsepkan flying dinner table. Ibarat seperti restoran terapung cuma ia tergantung dengan menggunakan kren. Bunyi agak scary kan? Hahaha!

Dinner in The Sky ini sebenarnya bermula di Belgium pada bulan Mei 2006 apabila Hakuna Matata, sebuah agensi komunikasi yang khusus dalam Food & Beverage dan The Fun Group, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam jentera kren untuk extreme attractions dalam taman-taman hiburan bergabung merealisasikan idea ini. Malaysia cukup bertuah kerana ia satu-satunya DINNER IN THE SKY di rantau Asia Tenggara.







Setelah beberapa bulan beroperasi di Menara KL, mereka berpindah ke beberapa lokasi lain di sekitar Malaysia sebelum kembali ke Kuala Lumpur dengan mengambil Matic, Jalan Ampang sebagai lokasi. Saya sempat lah juga melihat harga yang ditawarkan kalau-kalau ia sesuai dengan poket saya. RM 229 (weekdays) dan RM249 (weekend) untuk seorang. Jatuh mendadak dari sebelumnya. Menarik!

Nak dijadikan cerita, ketika menyaksikan satu special showcase anjuran Bukit Bintang City Centre, saya mendapat hadiah cabutan bertuah berupa sepasang tiket DINNER IN THE SKY! OMG! Masa itu perasaan saya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya cukup bertuah kerana pada majlis itu, hanya ada 5 pasang tiket yang ditawarkan untuk sesi cabutan bertuah dan saya adalah pemenang cabutan yang terakhir. Impian menjadi nyata!

Tarikh dan masa pada tiket yang diberi adalah pada 15 Jun 2017, pukul 8.45 malam (jatuh pada bulan Ramadhan dan 2 hari sebelum hari lahir saya) maka saya anggap ia sebagai hadiah hari lahir dan sesi berbuka puasa. Memandangkan saya ada 2 tiket, jadi saya bawa kakak saya untuk turut sama merasai pengalaman ini.

THANKS BBCC FOR THIS PRIZE

Selesai berbuka puasa ala kadar di restoran Nasi Kandar Pelita yang terletak di sebelah lokasi Dinner In The Sky, saya dan kakak saya langsung ke kaunter Dinner In The Sky. Dekat saja. Jalan kaki dalam 3 minit. Setibanya saya di kaunter, saya dikehendaki mengisi satu borang khas. Borang ini lebih kepada terma dan syarat ketika menikmati Dinner In The Sky ini. Selesai urusan isi borang, kami dikehendaki menyimpan beg pada loker yang disediakan. Anda tidak dibenarkan membawa apa-apa barangan ketika berada di atas kecuali kamera, handphone dan selfie stick.




LOUNGE

SIMPAN BARANG DI LOKER YANG DISEDIAKAN







Sementara menunggu giliran, anda boleh lepak-lepak di lounge area yang disediakan. Saya diberitahu terdapat 2 atau 3 slot dalam sehari untuk Dinner In The Sky bergantung kepada permintaan/walk-in customer ramai. Bila tiba slot saya, pihak caterer akan sediakan dahulu semua kelengkapan dan makanan yang akan dibawa naik. Bila sampai masa, pihak DITS akan memanggil nama satu persatu. Nama yang dipanggil sahaja boleh masuk ke kawasan meja. Bila dah masuk, kami terus duduk dan dipasangkan tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.



 

Satu meja ada 22 buah kerusi. Bila semua orang sedia, makan kren akan mengangkat meja tersebut perlahan-lahan sehingga pada ketinggian 45 meter. Terdapat seorang emcee akan mengemudi slot ini bersama team dari caterer untuk menyediakan hidangan. Kami dihidangkan dengan 3 course meal. Memandangkan saya mendapat hadiah, jadi menu saya dan kakak saya telah dipilih oleh pihak BBCC.

SEBELUM NAIK KITA BERGAMBAR LAGI!

JANGAN LUPA!












Bermula dengan Salad/Appetizer iaitu Garden Salad with Balsamic Vinaigrette & Chicken Ham Bits, saya dihidangkan pula dengan Main Course, Teaffani’s Catch Dory Fillet with Lemon Butter Sauce & Aglio Olio dan satu lagi menu Peruvian Chicken with Seasoned Sauteed Vegetables & Roasted Herb Potatoes untuk kakak saya. Lastly for dessert kami dijamu dengan Chocolate Butter Cake with Strawberry Coulis. Semua hidangan disediakan oleh Teaffani Catering. Kami berada di awan biru selama 1 jam. Sepanjang itu saya dapat melihat panorama Kuala Lumpur pada waktu malam. Meja dinner ini akan berpusing secara perlahan jadi anda boleh melihat KL view secara 360 darjah.

CATERER FOR THE DINNER

CHEF SUFIZ DARI TEAFFANI CATERING




GARDEN SALAD WITH BALSAMIC VINAIGRETTE & CHICKEN HAM BITS

PERUVIAN CHICKEN WITH SEASONED SAUTEED VEGETABLES & ROASTED HERB POTATOES

TEAFFANI'S CATCH DORY FILLET WITH LEMON BUTTER SAUCE & AGLIO OLIO

CHOCO BUTTER CAKE WITH STRAWBERRY COULIS


Kebetulan, ketika itu ada birthday surprise oleh salah seorang pengunjung. Jadi kami ramai-ramai menyanyikan lagu Happy Birthday. Anda sebenarnya boleh buat special request seperti nak add-on menu atau nak buat special occasion ketika di atas.

Secara peribadi, walaupun ada sedikit perasaan takut ketinggian, tapi perasaan itu terus hilang saat berada di atas. Pengalaman makan secara terapung ini ibarat makan di kayangan. Tidak semua dapat merasai pengalaman sebegini. Saya ingin berterima kasih kepada pihak Bukit Bintang City Centre atas peluang ini. Kalau tidak tak merasa saya. Terima Kasih kepada pihak Dinner In The Sky Malaysia dan Teaffani Catering atas pengalaman emas ini. Makanan sedap dan pemandangan indah. Priceless moment. Hadiah hari lahir saya yang paling indah!







Saya diberitahu Dinner In The Sky akan berpindah ke tempat baru. Kota Kinabalu tak silap. Jadi kepada anda terutama di negeri Sabah kena ambil peluang ini. Pengalaman makan malam di awan biru memang sesuatu yang rare tau. Anda boleh layari Laman Web/Facebook/Instagram Dinner In The Sky Malaysia untuk informasi terkini. The sky is no longer the limit!

LAMAN WEB RASMI: www.dinnerinthesky.my



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DITSMALAYSIA #DINNERINTHESKY




2 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.