KUALA LUMPUR MENJADI PILIHAN 2017 BUSAN BEAUTY AND MEDICAL TOURISM SPECIAL EXHIBITION

10:18 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Negara Korea Selatan sememangnya sinonim dengan kecantikan. Sekiranya anda berkunjung ke Myeong-dong, Seoul maka anda akan terkesima melihat selautan manusia membanjiri di kawasan yang cukup terkenal dengan syurga kecantikan. Tidak dinafikan bahawa Korea Selatan adalah antara negara yang cukup agresif dalam industri ini. Saya diberitahu bahawa sehinggakan rakyat negara ini mempunyai ukuran kecantikan yang menjadi dambaan baik lelaki mahupun wanita.

Bila sebut tentang Busan iaitu sebuah bandar pelabuhan di Korea Selatan, ramai mengetahui akan keindahan pantai dan kesegaran makanan laut. Bandar kedua paling popular selepas Seoul ini sebenarnya tidak kurang hebatnya dalam industri kecantikan. 

Pada 7-9 Julai 2017, Busan Metropolitan City telah menganjurkan 2017 Busan Beauty & Medical Tourism Special Exhibition yang apa yang menariknya adalah ia diadakan di pusat membeli belah terbesar di Malaysia, One Utama Shopping Centre. Penganjuran pameran khas ini adalah tahun keempat dijalankan di luar negara selepas Hanoi (2014), Shenyang dan Panjin (2015) dan Guangzhou (2016).

Pameran yang mengkhususkan kepada industri perubatan dan produk kecantikan ini mendapat kerjasama daripada Busan Economic Promotion Agency, Embassy of the Republic of Korea, Korea Tourism Organization, World Federation of Overseas Korean Traders Association (OKTA) serta Malaysia Retail Chain Association (MRCA). Tujuan utama penganjuran pameran ini adalah bagi mempromosi industri pelancongan perubatan dan kecantikan di Asia Tenggara.









Sebanyak 44 gerai telah mengambil bahagian dalam pameran ini yang merangkumi kemudahan dan peralatan perubatan kecantikan, kosmetik, hotel, barangan bebas cukai serta agensi pelancongan. Pelbagai program telah dijalankan sempena pameran ini antaranya pertandingan solekan, acara kuiz, tarian K-pop dan pengunjung bertuah turut berpeluang menerima hadiah istimewa melalui cabutan bertuah.





 




Perkembangan pesat dalam industri ini serta permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan dari Korea menjadikan pihak Busan Metropolitan City begitu optimis dalam mengembangkan sayap ke rantau Asia Tenggara. 

Pada majlis yang sama, telah berlangsung acara menandatangani perjanjian persefahaman antara syarikat dari Korea dan Malaysia dalam menjalinkan usahasama dan perkongsian teknologi dalam bidang estetik dan pembedahan kecantikan.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BUSAN #BEAUTY #MEDICALTOURISM 




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.