KOLABORASI AUTISM CAFE PROJECT DAN BIJOEX RESTAURANTS GLOMAC DAMANSARA SATU USAHA MURNI

12:44 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments

AUTISM CAFE PROJECT, BIJOEX RESTAURANTS,


Autisme. Satu sindrom yang semakin menakluki generasi kini. Apakah itu autisme? Autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu. Katanya, kanak-kanak autisme ini biasanya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ. (Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee).

Ciri-ciri yang jelas seorang anak itu menghidap autisme boleh dilihat adalah dalam aspek ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.





Rentetan dari sindrom ini, golongan istimewa ini seringkali dipinggir dalam memacu ekonomi negara amnya. Sukar bagi mereka untuk mencari peluang pekerjaan demi kelangsungan hidup. Atas kesedaran sosial ini, Bijoex Restaurants yang berpusat di Glomac Damansara berkerjasama dengan badan khas yang menggelarkan mereka Autism Cafe Project bertujuan membantu golongan autism menjalani kehidupan berkejaya. Autism Cafe Project adalah ilham daripada En. Adli, bapa kepada Luqman, seorang anak Autisme. Kisah beliau pernah viral suatu ketika dulu. Kalau anda perasan iklan sempena Aidilfitri di Astro baru-baru ini ada memaparkan kisah keluarga En. Adli.




Kolaborasi ini menyediakan platform kepada anak-anak istimewa ini untuk bekerja dan melatih mereka lebih berdikari dalam mengharungi arus kehidupan. Anda boleh menemui mereka setiap hari Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Bijoex Restaurants Glomac Damansara. Antara menu yang disediakan untuk anda menjamu selera adalah Nasi Lemak (Nasi Lemak Loster, Rib Eye Beef dan Salmon juga ada) dan Roti Jala yang dimasak hasil bantuan anak-anak ini. Setiap transaksi akan disalurkan terus kepada badan ini.





 






  
Saya cukup tersentuh dengan usaha murni dari pihak Bijoex Restaurants dan Autism Cafe Project ini yang berusaha gigih dengan satu harapan iaitu memberi sinar kepada kehidupan anak-anak autisme. Jadi kepada anda diluar sana, ayuh kita ramai-ramai serbu ke Bijoex Restaurants pada setiap hari Sabtu dari pukul 9 pagi sampai 5 petang untuk menikmati juadah sambil beramal. 

NOTA: Autism Cafe Project juga mempunyai sebuah kafe kecil yang terletak di IM4U Sentral yang terletak di Puchong. Mereka menjalankan sebuah kafe kecil dari hari Isnin- Jumaat bermula dari pagi sampai tengahari. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan katering dan menjual pelbagai jenis biskut. 





LOKASI BIJOEX RESTAURANT
A-G-05, GLOMAC DAMANSARA, 
699, JALAN DAMANSARA, 
60000 KUALA LUMPUR.
(BANGUNAN BERSEBELAHAN DENGAN MRT TTDI)

TEL:03-77328116

LAMAN FACEBOOK: 

LAMAN INSTRAGRAM: 

LAMAN INSTAGRAM AUTISM CAFE PROJECT:


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AUTISMCAFEPROJECT #BIJOEXRESTAURANTS




1 comment:

  1. thanks boss for featuring us on your blog, much appreciated

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.