Segmen Makan Di Mana? NASI KUKUS LEJEN UPTOWN DAMANSARA

September 30, 2016 REEF OMAR 0 Comments

Salam REEFISM. Agaknya dah lama juga saya tak explore kedai-kedai makan ni. Pasti banyak kedai-kedai baru bukak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Gitewww....... Dulu boleh dikatakan setiap hari mesti cari kedai atau cafe baru nak cuba. Macam dah jadi inspektor makanan pulak. Hahahaha... Tapi sejak ekonomi kita yang tak berapa nak best ni so saya banyak masak sendiri dan makan di rumah sahaja. Once a while kalau rasa malas masak baru makan kat luar. Kadang-kadang buntu tak tau masak apa. Cuba tanya ibu-ibu di rumah tu...betul tak korang mesti ada satu ketika blank tak tahu nak masak apa kan?kan?

Jadi bila dah malas ni mulalah godek-godek facebook cari kedai-kedai makan yang baru dan best. Dalam dok scroll handphone tetiba ternampak ada orang dok share satu kedai makan ni. Saya pun dok belek-belek and tengok gambar-gambar kedai baru ni. Macam menarik. Tak salah mencuba kan. Kalau tak sedap tak yah datang lagi.

Jadi lepas abis keja apa lagi terus vrooomm dengan member pi kedai tu. Actually saya dah studi awal lokasi kedai ni jadi taklah sesat nak mencari.

Nama kedai pun dah gempak. NASI KUKUS LEJEN. Apa yang hebat sangat sampai mampu nak carry title LEJEN tu? Jadi kita terjah.






details semua ada di gambar ini


Kedai ni baru je beroperasi dalam 2 minggu saat kami datang. Lokasi kedai ni adalah di UPTOWN Damansara. Kalau korang tahu Bank Rakyat senang sebab kedai ni kat sebelah Bank Rakyat je. Tak tahu jugak? Sebaris dengan Restoran The Ship dan berdekatan dengan Kedai Hayaki. Tak tahu jugak? Malas nak layan.....hahahahaha...

3, Ground Floor, Jalan SS21/56B, Damansara Utama, 47000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Kami tiba masa tu dah senja and tak ramai orang pun. Kedai ni actually full house tau kalau lunch time (based pada gambar2 kat facebook yang saya lihat). Sampai beratur panjang. Hebat!

Kedai ini beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 9 malam. Ye, setiap hari tau. Isnin sampai Ahad.

Istimewa kedai ni ialah menu dia cuma ada NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH DAN NASI KUKUS AYAM GORENG KUNYIT. Kalau hari Jumaat istimewa sikit sebab ada menu tambahan iaitu pilihan lauk ikan keli atau ikan tongkol atau puyuh.

Konsep kedai ni ialah self service. Maksudnya korang order makan, amik makanan yang diorder dan bayar semua di kaunter. Senang kan! Takyah pening-pening tunggu waiter tak sampai ke atau makanan diorder lambat sampai ke. Kurang sikit dosa maki kan...hahahahaha

Sila ikut step seperti pada sign yang disediakan. Oh ye..air kosong free pun ada!


Saya order Nasi Kukus Ayam Goreng Kunyit manakala kawan saya order Nasi Kukus dengan Ikan Keli. Sementara minuman pula saya order Coconut Shake. Pihak kedai claim kata coconut shake diorg best in town so kenalah cuba betul bak dikatakah.....

Bila kami makan je, one word came out from my mind. PADU BEB!!!! Sedap bangat! At first i thought it was Nasi Kak Wok (Kelantan cuisine) but i was totally wrong. Nasi dia served panas-panas, pastu ayam goreng kunyit dia pun panas-panas, sambal dia pedas tapi menyelerakan. Saya biasanya jarang abiskan makanan tapi kali ni licin saya makan tau! Sumpah tak tipu! Alif Lam Lam Ha!

Nasi Kukus Ikan Keli

Taraaaa...Nasi Kukus Ayam Goreng Kunyit


Coconut Shake dia? Yarabbiiiii...Sedap giler. Seperti sedang menikmati coconut shake di Melaka yang popular tu. Memang selayaknya diorang claim 'Best Coconut Shake in Town'.

coconut shake dia memang padu beb!


Yang saya nak bagi extra kredit hospitality oleh owner kedai ni. Friendly abis. Sempatlah bersembang sambil korek-korek sejarah kewujudan kedai ni. Hahahaha...

jom berhastag!


Saya taknak up lebih-lebih sebab nanti korang kata saya ni buat paid review la, owner kedai belanja makan free la. Jadi korang kena cuba dan alami sendiri. Yang pasti selera orang berbeza-beza kan? Tekak dan kerongkong obviously berbeza. Tapi kalau Ally Iskandar Betto Khushari boleh datang makan kat sini jadi korang nilaikan sendiri ye impak NASI KUKUS LEJEN ni.

tak tau makan apa? tengok je sini

ebesar besar menu dia! Jelas! Harga dia murah giler!!

Korang boleh layari Facebook Nasi Kukus Lejen atau Instagram Nasi Kukus Lejen untuk info lanjut.

Ok guys....till then...daaaaa.....

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NASIKUKUSLEJEN #JZCOCONUTZSHAKE #JZADDICTS

Nasi Kukus Lejen Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato




0 comments:

TLC CHANNEL AND ASTRO BROUGHT ME TO SURFING THE MENU:NEXT GENERATION SPECIAL DINNER

September 28, 2016 REEF OMAR 0 Comments

Hi REEFISM.

Pada 27hb September 2016 (SELASA), saya bersama rakan berkesempatan menghadiri acara makan malam sempena pelancaran rancangan SURFING THE MENU:NEXT GENERATION di Malaysia anjuran TLC SEA channel dan Astro.

Dan Churchill dan Hayden Quinn

inilah rancangan masakan yang dimaksudkan

Mesti ada yang terpinga-pinga rancangan apa tu? Actually rancangan masakan dari Australia ini agak isitimewa sebab dihoskan oleh dua sahabat iaitu Dan Churchill dan Hayden Quinn. 
Sedikit info tentang dua chef muda ini. Dan Churchill merupakan bekas peserta Masterchef Australia tahun 2013 manakala
Hayden Quinn adalah bekas peserta Masterchef Australia 2011. Disebabkan diorang ni berkongsi minat yang sama dalam masakan, surfing, makanan segar, travel dan pengembaraan jadi terciptalah idea untuk menerbitkan rancangan ini. Rancangan SURFING THE MENU:NEXT GENERATION ini sangat menarik sebab diorang akan mengembara bersama ke seluruh pelusuk Australia dengan menaiki kereta Volkswagen lama yang diorang panggil GiGi. Comelkan? 

Di setiap persinggahan diorang akan explore kawasan sekitar, kenali budaya masyarakat setempat dan berkenalan dengan pengusaha makanan dari petani, nelayan hingga ke pembuat garam. Dari situ diorang akan cuba menghasilkan resepi yang mudah, sihat dan lazat. Hebatkan! 

Cukup cerita tentang dua chef ni. Berbalik kepada majlis makan malam yang di anjurkan oleh TLC SEA channel dan Astro. Macam mana saya boleh terlibat dengan dinner ni? Sebenarnya saya berjaya memenangi peraduan yang dianjurkan pihak Astro dimana hadiahnya adalah 2 passes to meet, greet and dine dengan Dan Churchill and Hayden Quinn. Alhamdulillah, rezeki kan!

Majlis ini telah berlangsung di Glasshouse at Seputeh. Saya sebenarnya dah lama teringin nak pi ke event space ni sebab dewan dia stail giler. Banyak acara yang dibuat disini macam wedding Dahlia Syazwan, VJ HLive dan juga birthday Tun Mahathir. Jadi macam dream come true la kan. Hihihi....

melangkah masuk ke Glasshouse at Seputeh

Registration

menung apa dik?

deko majlis

Acara bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir dalam pukul 10 malam. Majlis yang dihoskan oleh bekas Miss World Malaysia 2010 iaitu Nadia Heng (cantik giler tau emcee), dimulakan dengan pengenalan Dan Churchill dan Hayden Quinn diikuti dengan pelancaran episod rancangan SURFING THE MENU di saluran Astro TLC CH 707.

sementara menunggu jemputan lain

majlis akan bermula shortly

Thanks Astro for this opportunity! I feel blessed!

Kemudian kami terus dihidangkan dengan appetizer istimewa dari mereka iaitu Moroccan Barra Skewers dan Healthy Hash. Sambil kami menjamu selera Dan Churchill dan Hayden Quinn melakukan demo masakan kedua-dua menu itu. Selesai saja demo masakan kami terus di hidangkan dengan main course iaitu nasi briyani dan diakhiri dengan dessert khas iaitu CHILLI CHOCOLATE TART. Sedap wei!!!!!!!!

Morrocan Barra Skewers

Healthy Hash (makanan sihat sangat)

Nasi ni super sedap!

Chilli Chocolate Tart ni awesome!

Sebelum majlis berakhir kami berpeluang beramah mesra serta bergambar dengan kedua-dua chef muda ini. Diorang sangat-sangat ramah tau!!!

muka Dan Churchill ni macam patung lilin

sila jeles.! Hi Nadia Heng our emcee for the night

photobooth pun ada

fefeeling dekat Brighton Beach

masa ni suprise birthday celebration for Hayden Quinn

acah2 abam surfer

fun time!

Thanks guys for having us!

inilah GiGi!

special edition

Thanks TLC and Astro for this!!!

Bagi anda yang ingin mengenali Dan Churchill dan Hayden Quinn dengan lebih dekat korang bolehlah pi stalk Instagram diorang di Instagram Dan Churchill dan Instagram Hayden Quinn atau Facebook diorang iaitu FB Dan Churchill and FB Hayden Quinn .

Jangan lupa saksikan rancangan SURFING THE MENU:NEXT GENERATION bermula 10 Oktober ini jam 9 malam di saluran TLC CH 707 Astro. 

Till the guys....daaaaa.....

0 comments:

SEGMEN LAGU PILIHAN - ANDAINYA TAKDIR BY ANUAR ZAIN

September 24, 2016 REEF OMAR 0 Comments

Hi REEFISM! Anda dah dengar lagu baru dari Anuar Zain tak? Lagu yang di beri judul Andainya Takdir ini baru sahaja diperdengarkan di corong-corong radio tempatan bersempena pelancaran album studio terbaru beliau. Self titled album ini bakal menjengah pasaran awal Oktober katanya. Setelah 5 tahun menantikan naskhah terbaru dari figura ini akhirnya album ini berjaya dilancarkan baru-baru ini.

Gambar sumber Facebook Anuar Zain Network

Berbalik kepada lagu Andainya Takdir ini. Lagu ini telah di cipta oleh Helen Yap dan lirik oleh Habsah Hassan memang sedap giler! Melodi yang disusun indah serta lirik lagu yang simple, tidak meleret-leret serta mendalam maksudnya benar-benar meruntun jiwa saya. First time saya dengar lagu ini terus saya pre order album beliau di Lazada Malaysia. Oh ye! Pihak Lazada Malaysia membuka pre order untuk album ini dimana istimewanya anda akan memiliki album berserta tandatangan oleh Anuar Zain sendiri tau. Bagi peminat keras mati penyanyi ini bolehlah terus ke klik link laman web Lazada Malaysia untuk pre order sekarang.

Sementara itu saya sertakan lirik lagu Andainya Takdir di sini. Enjoy!

Anuar Zain - Andainya Takdir

Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 

Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu 

Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha 

Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu⁠⁠⁠⁠


Tak puas hanya lirik? Saya sertakan link Official MV Andainya Takdir by Anuar Zain 

Amaran! Sediakan tisu sebab MV ini pasti membuat anda menangis! Enjoy!



0 comments:

MENJEJAKI PONTIANAK DI INDONESIA - JAN 2016

September 23, 2016 REEF OMAR 0 Comments



Salam REEFISM. Saya mulakan Siri Eksplorasi Dunia bagi tahun 2016 dengan melawat ke sebuah kota di Kalimantan Barat iaitu Pontianak. Trip ini berlangsung pada 22 Jan - 25 Jan 2016 (4 Hari).
Kenapa Pontianak? Soalan ini memang banyak saya dapat dari rakan- rakan bila saya menyatakan hasrat untuk ke Pontianak. Ada yang tanya saya ada apa di sana? Ada pontianak ke? Hahaha...
Disebabkan oleh rasa curious yang tinggi maka terjadilah trip ini. Saya nak tahu apa yang ada di Kalimantan ini. Kenapa ia tidak sepopular kota-kota lain di Indonesia. Nama kota pun dah cukup gerun mendengarnya.

Pontianak ini terletak di kawasan Kalimantan Barat atau KalBar.
Pontianak ini dikenali sebagai City of Equator iaitu kota ini betul-betul berada di titik garisan Khatulistiwa. Kalau anda nak tahu, Pontianak juga dikenali sebagai kota 1000 sungai sebab banyak sungai-sungai kecil. Sungai Kapuas yang menjadi nadi kota ini adalah sungai terpanjang di Indonesia.

Saya beli tiket flight ke Pontianak pada hari pertama Airasia melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pontianak. Sebelum ini jika hendak ke sini kena melalui Kuching then dari Kuching boleh pilih samada nak naik bas atau flight ke Kota Pontianak. Kalau menaiki bas perjalanan mengambil masa dalam 8 jam.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Pontianak mengambil masa 1 jam 45 minit. Waktu di Pontianak adalah lewat sejam dari Malaysia.

menunggu


Kami tiba di Bandara Internasional Supadio (airport ini baru sahaja renovasi bila saya tiba di sana) lewat sikit dari jadual asal. Selesai urusan imigresen dan bagasi, kami terus keluar untuk mencari teksi.
Teksi boleh didapati di ruang ketibaan. Harga yang dikenakan adalah 130 ribu rupiah untuk trip sehala ke kota Pontianak. Agak mahal bagi saya. Saya cuba mencari teksi sapu dah alternatif lain tapi harga dia ditawarkan pun sama. Jadi tiada pilihan. Perjalanan dari airport ke Kota mengambil masa dalam 40 minit bergantung kepada trafik.
Jika anda ingin ke kota lain seperti Singkawang (terkenal dengan pantainya) dari Bandara Internasional Supadio ini boleh menaiki Bas Damri (airport bus).

suprisingly flight penuh

welcome

roundabout






Trafik disini tidak semacet bandar lain di Indonesia. Mungkin disebabkan ia bukan wisata popular. 

Langsung kami terus check in di G Hotel yang terletak di Jl Jendol Urip. Saya booking hotel ini melalui website booking.com pada harga 990 ribu Rupiah termasuk breakfast untuk 3 malam. Kira murah lah dengan lokasi dia yang strategik. Kenapa saya kata strategik? Sebab dekat dengan Jl Pattimura dimana ada kedai souviner, Alun Kapuas, dan juga ada Mall Matahari berhampiran. Selain itu terdapat banyak kedai makan berhampiran hotel. Saya rekomen sesiapa yang nak stay di hotel ni sebab staff dia friendly tau. Bilik pun selesa. Cuma WIFI jelah connection dia unstable.

ayuh check in

ruang makan hotel

staff sini helpful dan friendly

depan hotel

afgan pun ada bisnes karoks, patutlah suara sedap!


Memandangkan konsep trip kali ini adalah main redah, maka kami tidak booking supir. Selesai check in kami terus keluar untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Kami berjalan kaki menuju je Jl Pattimura. Kami lihat banyak kedai jual souvenir. Kami lunch di kawasan sekitar aja.

sedap dan murah

macam kat Malaysia

camne tu???

akak2 gerai bila bergosip

Cuaca di Pontianak sangat panas dan malam pula hujan lebat. Panas sampai sunburn kami berdua. Jadi selepas lunch kami terus pulang ke hotel untuk istirehat. Malamya kami keluar untuk ke Alun Kapuas tapi bila kami tiba rupanya Alun Kapuas ini dibuka waktu siang sahaja atas faktor tengah diupgrade. Jadi kami pun pulang dan singgah makan dinner sebelum ke hotel.

kena datang sini kalau anda di Pontianak

full house tau masa kami datang

inilah Somay

bubur ayam dia mabeles

mesti minum ni kalau ke Indonesia

ada kaitan dengan dahi jendol kah?

sepeda=basikal

Day 2 kami bangun breakfast dan naik ke bilik semula. Memandangkan trip ini free n easy jadi kami main ikut suka nak keluar pukul berapa.
Kami ke Alun Kapuas sekali lagi dan disana kami telah menaiki bot pelancong yang membawa kami menyusuri sungai Kapuas. Harga seorang 25 ribu Rupiah. Little bit pricey compare dengan apa yang dia offer tapi bolehlah nak ambil-ambil gambar view sepanjang sungai Kapuas.

view sungai Kapuas

boat cruise

view biasa-biasa aja

lokal sedang berkerja

nak naik sampan untuk ke seberang pun boleh

view ni saya suka

kanak-kanak riang

antara pengangkutan utama di Pontianak

mandi manda

seronok ye mandi sungai

Alun alun Kapuas

kalau nak ke seberang naik sampan boleh naik kat sini


Selesai di Alun Kapuas kami terus ke Jalan Pattimura untuk lunch. Kenalan saya ada beritahu di situ ada satu kedai makan jual nasi ayam kampung yang sedap. Jadi kami pun mencari kedai tu. Yes. Jumpa pun. Rumah Makan Suib namanya. Ramai juga orang makan disini. Makanan dia sedap tau. Kami cuma nasi ayam kampung dan sate ayam. Sate ayam dia sedap dan lembut cuma cara makan dia tak sama dengan kita di Malaysia. Sate ayam tu di curah dengan kuah kacang, kicap, pastu ada tomato, timun dan juga nasi impit. Something unique makan dengan kicap. Harga set 10 cucuk adalah 30 ribu rupiah. Mahal juga.


kedai ni kalau korang beli cenderamata berbaloi sebab senang tawar menawar

sepanjang kedai cenderamata

katanya gereja terbesar di sini

klasik bangunan ni

bantal silikon?

area Jalan Pattimura

kedai makan ni popular disini

crowd penuh tau

tiada kaitan dengan siti sarah

area nak tapau

portion dia sikit tapi sedap!

sate cara Pontianak





Selesai makan kami terus ke kedai souvenir yang terletak opposite rumah makan Suib. Kemudian kami langsung pulang ke hotel untuk istirehat. Pening juga bila takde supir ni. Patah kaki. Nak sewa motor dan kereta pun kami tak pernah drive di negara orang. Nak naik angkutan pulak tak nampak pulak angkutan lalu dekat depan hotel ni.

Bila difikir, baik kami amik saja supir untuk satu hari. Kenapa saya tak amik supir awal-awal? Sebab bila saya survey di internet rata-rata supir charge 600 ribu Rupiah untuk 12 jam. Sangat mahal. Jadi plan asal nak cari supir bila sampai di sini. Akhirnya kami mintak tolong staff hotel carikan supir murah. Bincang punya bincang akhirnya dapatlah harga 500 ribu Rupiah. Jadi kami amik supir untuk esoknya.

Day 3 lepas makan breakfast kami terus bergerak pukul 9 pagi untuk memulakan eksplorasi. Kami dibawa ke Tugu Khatulistiwa (tempat ini tengah di baik pulih), Alor Vera Centre (supir yang bawa kami kata tempat ini tak dipelihara jadi kami just lalu sahaja), Istana Kadriyah, Taman Budaya, Museum Kalimantan Barat, Rumah Betang lama (tempat ini jadi tempat latihan kebudayaan), Rumah Betang baru (tak ada apa pun disini cuma tempat anak-anak muda melepak), Ayani Mall (Mall terbesar di Pontianak), Alun Kapuas dan Jl Pattimura dan terus pulang. Malamnya kami just makan di tepi hotel sebab nak balik ke bilik cepat untuk menonton Anugerah Juara Lagu. Kami tengok online aja melalui smart phone. Hahaha...sempat lagikan..

jambatan Jl. Sultan Hamid

sampai sudah

sepatutnya ni main entrance tapi diorg tutup

tempat parkir

monumen kebanggaan Pontianak

sebenarnya titik khatulistiwa dan berganjak dan monumen cam x-mas tree tu la titik sebenar

diorg tengah upgrade tempat ni

batu perasmian

ayuh masuk sebab luar panas sangat

bolehlah nak beli sebagai cenderamata

baca tau!

bagi can ye abam nak pose!

dan lagi

budak remaja praktis di Taman Budaya

tak pasti samada bajet lari atau kreativiti

walaupun taman budaya ni uzur tapi budak2 sini gigih belajar tentang seni

pintu gerbang Istana Kadriyah

kat area sini diorg jadikan pasar pagi

ayuh masuk

sedihlah tempat bersejarah tidak dipelihara

jom breakfast

suasana kampung di area istana

vandalisme

macam istana maimun di Medan

abis rosak khazanah

suasana dalam istana Kadriyah

salasilah

spotted

pakaian zaman dulu

kalau dijaga cantik benda ni

jam loceng lama

jangan tembak saya!

maaf abam mencelah

Masjid Sultan Syarif Abdurrahman ni masjid tertua di sini

kalau nak fefeeling sesuai sangat tempat ni

hai penjaga rumput!

masjid ni depan istana Kadriyah sahaja

klasik

pakcik ni la penjaga masjid ni

besar juga masjid ni

bersih

pakcik jaga masjid cakap area masjid ni banyak penagih dadah tau so be careful

nadi kehidupan

sini ada unsur kemelayuan juga

rumah Radakng ni rumah panjang baru

official

tangga tu acah-acah je sebab tak leh naik pun

sorry abam mencelah lagi

masjid kat sini cantik-cantik juga


tempat makan sini pun not bad

dulu sinilah rumah panjang sebelum dirg pindah kat rumah radakng

sekarang jadi apa tak pasti dengan tempat ni

museum time!

ayoh ke museum!

ada unsur Sarawak di sini

sakan nampak cik abang amik best shot!

sejenis senibina di dalam kawasan muzium

kami diberitahu harga tiket sekarang dah naik

ada sesiapa nak cuba?

siapa belum sunat?

info


Day 4 kami just bangun, siap2 untuk check out sebab nak balik Kuala Lumpur. Flight kami pukul 12.50 tengahri. Kami breakfast dan dalam pukul 10 pagi teksi pun sampai. Setibanya kami di airport kami terus check in dan terus tunggu sampai flight sampai.

suasana dekat check in kaunter

abang tukang wrap ni poyo giler bila saya amik gambar harga servis wrapping. bila masa pulak ada undang-undang tak boleh amik gambar? #ntahapapantah


sebab amik ni pun nak marah. Saya sound balik kat dia terus dia diam.hahaha..padan muka!

bagus juga airport ni sediakan servis camni

bersih dan siap ada kids zone lagi!

tak sangka ramai juga orang kat airport ni

satu-satunya International gate

Personally kota Pontianak ini biasa-biasa saja pada pandangan saya. Sepanjang saya di sana tiada apa yang mampu mengkagumkan saya. Pihak kerajaan negeri baru nak bangunkan kota ini sebab saya lihat banyak tempat dinaik taraf seperti airport, Alun Kapuas, dan ada di sediakan laluan motorsikal dan basikal. Malangnya susah nak lihat orang lokal guna laluan tu. Lambat di implement barangkali. Ada yang kata Pontianak ini wisata untuk kuliner tapi sepanjang saya dan teman ke sana dan mencuba kuliner disana biasa-biasa aja. Kos kami ke sini kalau dihitung boleh ke Jakarta mahupun Surabaya. Kami guna khidmat supir keliling kota pun tak sampai 8 jam dah settle. Souvenir dia pun tak banyak pilihan. Cuma ada kain pasang, key chain pun tak banyak pilihan, produk makanan, kain batik pula ada elemen corak Sarawak. Dari segi bahasa pun ada unsur-unsur dialek Sarawak. Yela, Sarawak dan Kalimantan kan duduk sebelah menyebelah. Wisata di sini tidak dijaga dengan baik seperti Istana Kadriyah. Sayang sekali bila tinggalan sejarah tidak dijaga dan dipelihara dengan baik. Malah masjid yang berada berdekatan dengan Istana Kadriyah katanya terdapat sarang penghisap dadah di sekitarnya (apa yang diberitahu oleh penjaga masjid tersebut kepada kami). Sayang seribu kali sayang. Saya berharap sangat agar Pontianak akan membangun dan menjadi satu pusat pelancongan yang disegani suatu hari nanti.

P/S: Sesiapa yang ke Pontianak kalau boleh jauhkan langkah ke Singkawang. Katanya sana lebih menarik. Allahualam.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PONTIANAK #INDONESIA #WONDERFULINDONESIA




0 comments:

Powered by Blogger.