TLC CHANNEL AND ASTRO BROUGHT ME TO SURFING THE MENU:NEXT GENERATION SPECIAL DINNER

Hi REEFISM.

Pada 27hb September 2016 (SELASA), saya bersama rakan berkesempatan menghadiri acara makan malam sempena pelancaran rancangan SURFING THE MENU:NEXT GENERATION di Malaysia anjuran TLC SEA channel dan Astro.

Dan Churchill dan Hayden Quinn

inilah rancangan masakan yang dimaksudkan

Mesti ada yang terpinga-pinga rancangan apa tu? Actually rancangan masakan dari Australia ini agak isitimewa sebab dihoskan oleh dua sahabat iaitu Dan Churchill dan Hayden Quinn. 
Sedikit info tentang dua chef muda ini. Dan Churchill merupakan bekas peserta Masterchef Australia tahun 2013 manakala
Hayden Quinn adalah bekas peserta Masterchef Australia 2011. Disebabkan diorang ni berkongsi minat yang sama dalam masakan, surfing, makanan segar, travel dan pengembaraan jadi terciptalah idea untuk menerbitkan rancangan ini. Rancangan SURFING THE MENU:NEXT GENERATION ini sangat menarik sebab diorang akan mengembara bersama ke seluruh pelusuk Australia dengan menaiki kereta Volkswagen lama yang diorang panggil GiGi. Comelkan? 

Di setiap persinggahan diorang akan explore kawasan sekitar, kenali budaya masyarakat setempat dan berkenalan dengan pengusaha makanan dari petani, nelayan hingga ke pembuat garam. Dari situ diorang akan cuba menghasilkan resepi yang mudah, sihat dan lazat. Hebatkan! 

Cukup cerita tentang dua chef ni. Berbalik kepada majlis makan malam yang di anjurkan oleh TLC SEA channel dan Astro. Macam mana saya boleh terlibat dengan dinner ni? Sebenarnya saya berjaya memenangi peraduan yang dianjurkan pihak Astro dimana hadiahnya adalah 2 passes to meet, greet and dine dengan Dan Churchill and Hayden Quinn. Alhamdulillah, rezeki kan!

Majlis ini telah berlangsung di Glasshouse at Seputeh. Saya sebenarnya dah lama teringin nak pi ke event space ni sebab dewan dia stail giler. Banyak acara yang dibuat disini macam wedding Dahlia Syazwan, VJ HLive dan juga birthday Tun Mahathir. Jadi macam dream come true la kan. Hihihi....

melangkah masuk ke Glasshouse at Seputeh

Registration

menung apa dik?

deko majlis

Acara bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir dalam pukul 10 malam. Majlis yang dihoskan oleh bekas Miss World Malaysia 2010 iaitu Nadia Heng (cantik giler tau emcee), dimulakan dengan pengenalan Dan Churchill dan Hayden Quinn diikuti dengan pelancaran episod rancangan SURFING THE MENU di saluran Astro TLC CH 707.

sementara menunggu jemputan lain

majlis akan bermula shortly

Thanks Astro for this opportunity! I feel blessed!

Kemudian kami terus dihidangkan dengan appetizer istimewa dari mereka iaitu Moroccan Barra Skewers dan Healthy Hash. Sambil kami menjamu selera Dan Churchill dan Hayden Quinn melakukan demo masakan kedua-dua menu itu. Selesai saja demo masakan kami terus di hidangkan dengan main course iaitu nasi briyani dan diakhiri dengan dessert khas iaitu CHILLI CHOCOLATE TART. Sedap wei!!!!!!!!

Morrocan Barra Skewers

Healthy Hash (makanan sihat sangat)

Nasi ni super sedap!

Chilli Chocolate Tart ni awesome!

Sebelum majlis berakhir kami berpeluang beramah mesra serta bergambar dengan kedua-dua chef muda ini. Diorang sangat-sangat ramah tau!!!

muka Dan Churchill ni macam patung lilin

sila jeles.! Hi Nadia Heng our emcee for the night

photobooth pun ada

fefeeling dekat Brighton Beach

masa ni suprise birthday celebration for Hayden Quinn

acah2 abam surfer

fun time!

Thanks guys for having us!

inilah GiGi!

special edition

Thanks TLC and Astro for this!!!

Bagi anda yang ingin mengenali Dan Churchill dan Hayden Quinn dengan lebih dekat korang bolehlah pi stalk Instagram diorang di Instagram Dan Churchill dan Instagram Hayden Quinn atau Facebook diorang iaitu FB Dan Churchill and FB Hayden Quinn .

Jangan lupa saksikan rancangan SURFING THE MENU:NEXT GENERATION bermula 10 Oktober ini jam 9 malam di saluran TLC CH 707 Astro. 

Till the guys....daaaaa.....

0 Comments