DIVA VERSATIL MALAYSIA IFA RAZIAH MUNCUL DENGAN PRODUK DIVA'S SECRET

November 30, 2017 REEF OMAR 0 Comments

diva's secret ifa raziah produk kecantikan malaysia

Ifa Raziah bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan Malaysia. Seorang selebriti yang boleh saya gelar multi talented. Dari menyanyi, berlakon, mengacara semua mampu digalasnya dengan cemerlang. Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia ini selayaknya menerima pengiktirafan sebagai artis versatil dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tahun 2016 dan 2017. Selain itu, beliau sebenarnya cukup aktif berniaga. Jika anda mengikuti perkembangan Ifa Raziah di media sosial, beliau sering menyertai pelbagai ekspo di Malaysia dan Singapura. Ligat Diva Puk Puk Puk kita ni ya! Pandai mencari peluang. Itulah antara perkara yang saya cukup saya kagumi tentang Ifa Raziah. Sentiasa berusaha keras, jujur serta tidak kisah apa kata-kata negatif yang dilemparkan kepada beliau demi mencapai kejayaan.

Peluang bertemu dan berbual dengan beliau baru-baru ini cukup mengujakan saya. Masakan tidak! Melihat perubahan drastik pada diri beliau yang semakin kurus dan cantik mengalahkan anak dara membuatkan saya berkobar-kobar ingin mengorek rahsia Ifa Raziah tampil menawan. Gosip mak jemah mengatakan beliau membuat pembedahan membuang lemak tapi rupanya beliau sudah lama tidak mengambil makanan pepejal. Sekadar meminum air serta mengamalkan pengambilan supplement. Diet hati kering ni. Bila ditanya kenapa sanggup "menyeksa' diri? Jawapannya cukup mudah. Demi kerjaya yang memerlukan beliau sentiasa tampil cantik dan menawan. Saya cukup kagum dengan semangat beliau dalam mencapai sesuatu. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!


diva's secret ifa raziah produk kecantikan malaysia

diva's secret ifa raziah produk kecantikan malaysia





Pertemuan ini juga berjaya merungkai rahsia kejelitaan wajah beliau. Rupanya beliau menggunakan produk keluaran sendiri iaitu Diva's Secret. Jenama ini adalah hasil usahasama Ifa Raziah bersama teman beliau yang juga seorang pereka fesyen terkenal, Shanell Harun. Antara produk yang berada di bawah jenama DIVA'S SECRET adalah Diva's Secret Mist, Diva's Secret Miracle Nano Lift, Lip Matte dan juga bulu mata palsu. Pada mulanya projek usahasama ini adalah sekadar kecil-kecilan namun setelah menerima sambutan diluar jangkaan, Ifa Raziah bersama Shanell Harun tidak menoleh ke belakang lagi. Malah Ifa Raziah menjadikan diri beliau sebagai bahan eksperimen untuk produk Diva's Secret ini dan terbukti membuahkan hasil yang menakjubkan. Saya sendiri melihat di depan mata kulit wajah beliau memang berseri, sihat dan cantik. Tidak propa!


diva's secret ifa raziah produk kecantikan malaysia


DIVA'S SECRET MIRACLE NANO LIFT
Sejenis pencuci muka yang menggunakan teknologi Nano mampu memutih serta menganjalkan kulit wajah anda. Ia mengandungi kandungan sel stem daripada bunga ros alpine yang mampu memaksimakan kesan anti penuaan. Gabungan bersama ekstrak teh hijau, Chamomile, Vitamic C dan ekstrak bunga berupaya mengurangkan garis kedutan dan tekstur wajah anda. Kulit lebih berseri dan muda dengan penggunaan Diva's Secret Miracle Nano Lift secara konsisten. Sesuai untuk lelaki dan wanita.

DIVA'S SECRET MIST
Produk pertama yang dikeluarkan oleh Diva's Secret ini berfungsi memberi kesegaran pada wajah anda. Selain mampu menutup liang pori pada wajah, ia bisa digunapakai pada seluruh anggota badan. Malah jika anda mengenakan alat solek, semburkan saja produk ini pada wajah supaya solekan anda tahan lebih lama. Ia mengandungi sel stem daripada Ros Alpine digabung bersama ekstrak teh hijau, lemon, Vitamin C menjadikan kulit wajah anda lembab sepanjang hari. Semburkan saja Diva's Secret Mist ini pada wajah pada waktu pagi dan malam bagi mendapatkan wajah muda berseri. Sesuai untuk lelaki dan wanita.


diva's secret ifa raziah produk kecantikan malaysia






DIVA'S SECRET LIP MATTE
Produk untuk bibir ini mengandungi bahan seperti minyak Argan yang bisa merawat bibir pecah. Jika anda terlupa meletakkan pembayang mata dan pipi, calit dan sapukan saja Diva's Secret Lip Matte ini dan efek nya tetap wow! Ada 8 pilihan warna untuk kesesuaian mood anda!

DIVA'S SECRET EYE LASHES mempunyai dua jenis iaitu Sophia dan Elizabeth. Ia diperbuat daripada rambut asli dan boleh diulang pakai beberapa kali. Penggunaan Diva's Secret Eye Lashes menjadikan mata anda lebih menawan kerana ia tidak mudah kejung dan nampak asli berbanding kebanyakkan produk bulu mata dipasaran. Jika anda ingin mendapatkan rangkaian produk DIVA'S SECRET, sila layari laman Instagram Ifa Raziah dan Diva's Secret sekarang. Produk Diva's Secret diedarkan oleh Serifa Shanella Empire.


diva's secret ifa raziah

diva's secret ifa raziah


diva's secret ifa raziah






LAMAN INSTAGRAM RASMI DIVA'S SECRET

LAMAN FACEBOOK RASMI DIVA'S SECRET

LAMAN INSTAGRAM RASMI IFA RAZIAH

LAMAN FACEBOOK RASMI IFA RAZIAH


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DIVASSECRET #IFARAZIAH #DIVAVERSATILPOPULAR

0 comments:

THE MAHA BRATA EXPERIENCE DI SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA

November 29, 2017 REEF OMAR 1 Comments

THE MAHA BRATA EXPERIENCE

Ini adalah sambungan kepada kisah percutian/staycation saya di Cyberview Resort & Spa. Jika anda terlepas pandang akan kisah pengalaman saya di resort terkemuka ini, boleh KLIK DISINI. Selain berlibur dan menginap di Cyberview Resort & Spa ini, saya berkesempatan menjalani rawatan spa yang terdapat di resort ini iaitu di Sembunyi Spa. Sembunyi? Main sorok-sorok ke? Hihihi.

Sembunyi Spa adalah sebuah spa yang diinspirasi daripada budaya Indo-Melayu dan Sino dan berkeluasan dalam 10 ribu kaki persegi. Saat melangkah masuk ke dalam perkarangan spa ini membuat kan saya tergamam. Tenang dan mendamaikan. Seolah saya berada di sebuah spa di Indonesia. Ditambah pula dengan aroma persekitaraan spa ini berjaya memberi satu aura positif pada diri. Sembunyi Spa telah memenangi pelbagai anugerah dalam perkhidmatannya termasuk dari pihak Tripadvisor. Ia menyediakan pelbagai rawatan spa dan kecantikan dengan mengetengahkan kaedah rawatan tradisi dari negara Asean dari hujung rambut hingga kaki.


SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA










SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA





Di sini terdapat pelbagai pilihan rawatan yang anda boleh pilih mengikut keinginan anda. Jika anda keliru untuk membuat pilihan, sila dapatkan nasihat dan pendapat daripada pihak Sembunyi Spa yang cukup berpengalaman. Mereka akan menerangkan secara terperinci tentang setiap rawatan yang terdapat di Sembunyi Spa serta mencadangkan rawatan spa terbaik mengikut kondisi tubuh badan anda. Terdapat pelbagai pilihan urutan seperti Bali, Melayu, Aromaterapi dan sebagainya. Saya telah mencuba Sembunyi Spa Signature treatment iaitu The Maha Brata Experience. Rawatan ini memakan masa selama 90 minit.

Apa yang menarik dengan rawatan The Maha Brata Experience ini? Ia adalah teknik urutan unik yang berasal dari Bali Indonesia dimana rawatan ini menggunakan buah kemiri atau buah keras sebagai bahan utama dalam proses rawatan. Buah kemiri atau nama saintifik Aleurites moluccanus mempunyai kandungan asid lemak, palmitik, stearik dan oleic yang mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, licin dan berseri.

Sebelum anda memulakan sesi rawatan ini, pihak Sembunyi Spa akan menerangkan beberapa perkara penting serta meminta pelanggan mengisi borang khas. Kemudian anda dikehendaki untuk menyimpan segala barangan berharga yang dibawa di dalam peti keselamatan yang disediakan. Ini termasuk kamera dan telefon bimbit. Ia bertujuan agar setiap pelanggan dapat menikmati sesi rawatan sepenuhnya tanpa ada gangguan. Nama pun spa tempat memanja dan menenangkan diri bukan? Tinggalkan sebentar telefon anda itu. Hihihi.

Kemudian saya di bawa ke bilik persalinan lelaki untuk menukar pakaian. Anda akan diberikan kimono dan selipar sebagai baju persalinan. Langsung saya disambut mesra oleh staff Sembunyi staff ke kamar rawatan. Memandangkan saya tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon bimbit, saya tidak dapat untuk mengambil sebarang foto semasa rawatan dijalankan disini. Cuma apa yang saya boleh kongsikan bersama anda adalah kesan rawatan ini kepada tubuh badan saya. Secara peribadi, saya menyarankan kepada anda untuk mencuba rawatan The Maha Brata Experience ini. Selain ia dapat melicinkan kulit badan anda, ia memberi tenaga dan kelegaan pada tubuh badan melalui teknik urutan yang digunakan. Kulit akan jadi mulus, licin dan lebih sihat selain dapat memberi kesegaran pada tubuh. Masa satu setengah jam untuk rawatan ini tidak puas sebenarnya. Jika berkesempatan, saya pasti akan memilih rawatan The Maha Brata Experience lagi.

BILIK PERSALINAN

LUAS DAN SELESA

LOKER UNTUK LETAK BAJU DAN KASUT

Selesai rawatan Mahabrata ini, saya bebas untuk menggunakan fasiliti yang ada di Sembunyi Spa seperti jakuzi air panas dan kolam air sejuk, sauna dan bilik mandi wap seberapa lama yang anda mahu. Berganda nikmat dapat berendam dalam air panas setelah berurut badan. Aliran darah dalam badan terasa lancar, minda lebih ringan. Jika anda adalah tetamu di Cyberview Resort & Spa, anda boleh menggunakan kemudahan jakuzi, sauna, bilik mandi wap, gimnasium disini secara PERCUMA.

SILA BACA SEBELUM GUNA

MANDI WAP KANAN DAN SAUNA KIRI

JAKUZI AIR PANAS KANAN DAN AIR SEJUK KIRI

SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA
TENANG DAN DAMAI

SEMBUNYI SPA CYBERVIEW RESORT & SPA
SELESAI RAWATAN ANDA DIBERI MINUMAN DAN KUDAPAN

KOMEN YANG BAIK-BAIK YA!

Keseluruhannya saya cukup berpuas hati dengan layanan dan hospitaliti staff di Sembunyi Spa. Mereka bukan sahaja peramah, malah penuh ilmu didada tatkala saya mengajukan beberapa soalan berkenaan rawatan yang sesuai untuk saya. Di Sembunyi Spa juga turut menyediakan perkhidmatan manicure dan pedicure, facial, terapi bunyi dan lain-lain lagi. Jadi jangan lupa mencuba rawatan di Sembunyi Spa!







LOKASI SEMBUNYI SPA
CYBERVIEW RESORT AND SPA,
PERSIARAN MULTIMEDIA, 
63000 CYBERJAYA SELANGOR.

WAKTU OPERASI
10 PAGI - 10 MALAM

TELEFON
03-83127136


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEMBUNYISPA #CYBERVIEWRESORTANDSPA 

1 comments:

STAYCATION DI CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

November 27, 2017 REEF OMAR 2 Comments

CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

Antara aktiviti yang menjadi kegemaran saya adalah melancong. Tidak kira sama ada dalam mahupun luar negeri, aktiviti ini merupakan perkara wajib dalam kalendar tahunan saya. Ia merupakan terapi diri setelah penat bekerja. Pastinya kerja anda tidak pernah habis sampailah anda bersara. Jadi sekali sekala berikan ganjaran kepada diri anda dengan menikmati percutian idaman. Selain dapat merehatkan minda, aktiviti melancong ini dapat membuka mata dan hati anda mengenai apa yang ada di destinasi pilihan. Barangkali anda bisa belajar perkara baru seperti budaya, rutin harian malah makanan enak yang terdapat disitu. Ibarat sambil menyelam minum air juga. Anda bercuti sambil meluaskan pengetahuan. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas permandangan.

Untuk edisi staycation saya kali ini, saya akan membawa anda menyusuri sebuah pusat peranginan yang cukup terkenal iaitu Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya. Bagi warga Cyberjaya dan Putrajaya khususnya, resort ini cukup sinonim bagi mereka. Terletak di pusat bandar Cyberjaya, ia hanya memakan masa 25 minit jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur atau KL International Airport (KLIA). Jarak Cyberview Resort & Spa dengan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, Putrajaya hanya berjarak 15 minit jika menaiki kereta.

Setiba di perkarangan Cyberview Resort & Spa, saya merasakan saya berada di sebuah wilayah yang cukup asing. Persekitaran resort ini seolah-olah gabungan perkampungan dan pulau. Cukup tenang dan mendamaikan. Tatkala melangkah ke ruang lobi Cyberview Resort & Spa, saya terpana. Hiasan dalaman dan dekorasi cukup ekslusif. Tampak mewah. Siling lobi nya mengingatkan saya kepada senibina dari Indonesia.










Memandangkan saya tiba agak awal dari waktu daftar masuk, saya memang sudah merancang untuk memanjakan diri dengan perkhidmatan spa di Sembunyi Spa. Untuk pengetahuan anda, Sembunyi Spa merupakan spa yang telah memenangi pelbagai anugerah spa terbaik. Sudah alang-alang disini, jadi kenalah cuba perkhidmatan terbaik daripada spa terbaik bukan? Saya memilih rawatan Mahabrata di sini. Rawatan apa itu? Nantikan perincian di entri akan datang.

CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA





Selesai urusan daftar masuk, saya terus dibawa terus ke bilik dengan menaiki kereta buggy. Saya terasa seperti VVIP pula menerima layanan sebegini. Bilik yang saya diami adalah jenis Superior Chalet. Untuk pengetahuan anda, Cyberview Resort & Spa mempunyai 112 bilik dengan hiasan dalaman yang cukup ekslusif. Selain bilik Superior Chalet yang saya diami, terdapat lagi 6 bilik pilihan iaitu Bunga Raya Suite, Mawar Suite, Bungalow, Junior Suite, Executive Deluxe dan Deluxe Chalet mengikut bajet dan keselesaan anda.










Bila pintu dibuka, saya terkejut melihat bilik Superior Chalet ini. Luas dan selesa. Malah tersedia sebuah katil single dan queen. Selain itu, bilik yang berkeluasan 35 meter persegi ini turut mempunyai balkoni, mini bar, 32 inci TV rata, pemain DVD, Ipod dock, seterika, pengering rambut dan peti keselamatan. Satu perkara yang mengagumkan saya adalah bilik airnya. Siap ada tab mandi! Suasana bilik air nya mengingatkan saya ketika berkunjung ke Lombok. Bagi saya kemudahan dalam bilik yang disediakan cukup lengkap. Berdasarkan pengalaman saya menginap di resort dan hotel sebelum ini, tidak semua menyediakan kemudahan seperti seterika dan pengering rambut. Jika ada pun anda harus menelefon pihak housekeeping untuk menggunakanya.



CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA


CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA






CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA

Selesai melihat bilik, saya terus keluar untuk melihat kawasan sekitar resort ini. Cyberview Resort & Spa ini banyak dikelilingi pokok-pokok menghijau dan sebab itu suasana disini cukup tenang. Selain itu terdapat kolam renang serta taman sesuai untuk anda melepak sambil merehatkan diri. Banyak juga kemudahan yang terdapat disini. Ada gimnasium, spa lengkap dengan jakuzi air panas dan sejuk, sauna, bilik mandi wap, perkhidmatan sewa basikal dan kereta dan sebagainya. Bagi saya bila sudah berada di dalam Cyberview Resort & Spa ini, memang malas hendak keluar ke mana-mana. Inilah masa untuk saya menikmati kedamaian dan ketenangan di sini. Bukan senang nak dapat mood sebegini terutamanya di tengah-tengah bandar.










CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA














Jika anda risau sukar mendapatkan makanan di dalam Cyberview Resort & Spa, jangan risau! Jika anda lapar, tidak perlu keluar ke bandar membeli makanan. Cyberview Resort & Spa juga mempunyai beberapa restoran dan bar untuk anda menjamu selera seperti Verandah Pan-Asian Restaurant, Bistro Cascata Italian Fusion Restaurant , Xing Zhu Chinese Restaurant, Karma Bar and Lounge and Chillax Pool Bar. Pada percutian saya disini, saya telah menikmati makan malam di restoran Itali, Bistro Cascata yang telah banyak memenangi anugerah restoran terbaik. Nanti saya kongsi pengalaman di entri akan datang. Sebelum pulang ke kamar, saya sempat melepak di tepi kolam renang untuk mengambil udara segar sambil melihat keindahan langit malam. Indah bukan!





Esoknya, sebelum saya mendaftar keluar, saya sempat menikmati sarapan pagi di Verandah Restaurant. Sememangnya pilihan makanan disini memang banyak. Rambang mata masa memilih. Kualiti rasa memang terbaik. Saya suka akan seni hiasan dalaman di Verandah Restaurant ini. Klasik dan mewah. Selesai makan saya terus ke kamar untuk merehatkan diri sambil menonton TV sebelum daftar keluar jam 12 tengahari.













Secara peribadi, Cyberview Resort & Spa adalah penginapan bertaraf dunia pada harga mampu milik. Bukan mudah untuk menikmati kemudahan dan layanan bintang penuh pada harga yang pada saya cukup ekonomi. Anda akan terpukau dengan suasana sekelilimg resort ini yang sangat mendamaikan. Jadi jika anda sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun meraikan bulan madu, Cyberview Resort & Spa adalah pilihan terbaik anda.

Ayuh, pack your bag and go holiday!

CYBERVIEW RESORT & SPA CYBERJAYA
JUTAAAN TERIMA KASIH KEPADA MISS SOOKY ATAS LAYANAN VVIP


LOKASI CYBERVIEW RESORT & SPA
Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Tel: (603) 8312 7000
Fax: (603) 8312 7001

EMAIL

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CYBERVIEWRESORT #CYBERVIEWRESORTANDSPA #CYBERJAYA #CUTICUTIMALAYSIA #DEKATJE #MALAYSIATRULYASIA 

2 comments:

Powered by Blogger.