Singapore Explorer with BUDDIES - Jan 2014

12:08 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

Salam REEFISM semua...

DECEMBER, please be nice to me....hahahahaha...korang akan baca banyak ayat ni nanti kat pesbuk. Anyway, sudah masuk bulan DECEMBER, penghujung tahun 2015. How time flies.

Adakah azam 2015 ini telah tertunai sepenuhnya atau tak bergerak langsung? Walau apa pun yang anda azamkan semoga anda terus maju dan maju dalam kehidupan yang dilalui. Nanti kita buat special post tentang azam 2016 ok. Saya nak juga share apa azam yang saya dah capai sepanjang 2015 dan apakah perancangan saya untuk 2016. 

Ok. Untuk pembuka tirai post bulan DEC ini saya terus proceed ke kisah #throwback trip tahun 2014. Pembuka tirai kembara saya pada tahun 2014 bermula dengan trip ke Singapore. Again? Yelah Jah... Dah jiran kita kenalah ziarah menziarahi kan. Nanti kata kita nyombong pulak. Nak tau first trip saya ke Singapore dulu KLIK DI SINI ya.

Hehehehe....

Seriously kenapa Singapore lagi? Actually ada beberapa sebab kenapa saya ke sana lagi. Firstly sebab masa trip pertama kali dulu tak puas nak jejalan di sana. Keduanya sebab trip sebelum ni adalah ke Phuket dan jarak antara trip ini dan trip Phuket tu 3 bulan. So agak lama kaki ini tak berjalan. Ketiganya trip kali ini agak special sebab bukan 2 orang bukan 3 orang tapi 6 orang bersama dalam trip ini. Dan yang terakhir sebab kawan saya yang join trip ini tak pernah jejak kaki ke Universal Studios Singapore (USS) so kita tunaikan hasrat dia.

Trip ini telah berlangsung pada 17-19 January 2014 (3 hari). Malam 16 hb tu kami dah berkumpul di KL Sentral sebab train kami akan bergerak pukul 10.30 malam. Kami dah booking tiket for sleeper train sebab boleh tidur nyenyak sebelum sampai Woodlands awal pagi (sekarang KTMB dan tak buat direct train ke Woodlands so korang kena turun di JB Sentral dan dari situ boleh ambik train ke Woodlands). Ramai kawan2 saya tanya best ke naik train? Tak kebas ke duduk lama2 dalam tu? Bagi saya best sebab kalau naik train feel travel dia lain tau dan tak kebas pun. Kalau bosan jalan jelah dari satu coach ke coach yang lain. Kalau siang lagi best sebab boleh tengok view. Lagipun tiket train murah compare tu flight kan. Tema trip ini adalah jimat-jimat travel.

sila hadam sebelum tidur

Day 1 kami sampai di Woodlands pukul dalam pukul 7 am. Lepas selesai urusan imigresen, kitorg terus amik teksi untuk ke hostel. Anyway, hostel kami stay kali ini adalah City Center Backpackers Hostel di Hong Kong St. Saya dah booking siap2 Deluxe Room ni via Agoda. Walaupun nama dia hostel tapi ada juga disediakan bilik for 2 pax cuma shared bathroom la kan. Harga satu bilik untuk 2 malam adalah RM 357.44. Boleh la kan memandangkan currency diorg lebih tinggi dari kita. Kalau korang nak usha2 tempat ni just taip nama hostel tu dekat Google. Lokasi dia strategik la jugak sebab dekat ngan Clarke Quay MRT station. 

Signboard nya kecik bangat

MRT Clarke Quay dalam mall ni tau

Memandangkan check in hanya pada pukul 1 petang so kitrog just letak luggage dulu dan cuci muka sikit-sikit, terus keluar menuju ke Masjid Sultan sebab nak makan breakfast kat area sana. Korang kalau nak cari makan di Singapore boleh ke area Masjid Sultan sebab ada banyak pilihan makanan halal di sana. Kalau nak ke Masjid Sultan just naik MRT turun di Bugis station.

masing-masing lapar dan tak mandi lagi

sampai sudah

pose pose penat

semua bekas supermodal

Masjid Sultan

sepanjang jalan ni ada banyak kedai makan

comel

kedai tutup

muzium untuk kanak2 kot

masih utuh bangunan lama di jaga

shopping ke idok ni

Bugis area

Selesai di area Masjid Sultan kitorg terus gerak ke Marina Bay Sands pulak. Naik ke MRT dan turun di Bayfront station. Tak lama di sana terus gerai ke hostel sebab masing2 dah berlengas badan kan tak mandi satu hari. Lepas check in semua tido sampai petang sebab penat. 

mall mewah

view moden

checked in

Bangun petang tu siap2 nak keluar ke Garden by The Bay dan nak cari makan for dinner pulak. Kitarg makan dinner di Nazriyan's Kitchen. Lokasi kedai di area Geylang Serai tak silap. Lepas masing2 dah kenyang so kitaorg gerak balik ke hostel nak tido awal sebab esoknya nak ke Universal Studios Singapore pulak.

kagum ngan struktur bangunan ni

pose

dan lagi

Supertree Grove

garden ni luas tau

nampak Singapore Flyer

dinding besi tu bila kena angin akan membentuk alunan

makan kat sini not bad

Day 2 adalah hari berjimba. Yeay.... kami gerak awal pagi ke Sentosa Island sebab takut MRT sesak ngan orang memandangkan hari tu adalah hari sabtu. Untuk ke USS yang terletak di Sentosa ni korang naik je MRT ke HarbourFront station. Stesen tu berada dalam bangunan VivoCity. Pastu terus naik ke tingkat paling atas untuk naik Sentosa Express ke USS. Sentosa Express ni ada 4 stesen iaitu Sentosa (VivoCity), WaterFront (USS), Imbiah (Sentosa Merlion) dan Beach (Siloso beach, iFly Singapore, Palawan beach).

tempat wajib

group photo

mana pak polisi

pinjam kereta boleh?

bila bosan menunggu

Bee, turun!!!!!nanti mak marah!!!

lunch time

ganas

muka kekwat

jauh sangat kew....

time ni muka ketat sebab kawan lagi 2 hilang

tempat ni memang wajib masuk

welcome

jauhnya istana

super star

ini watak apa ek...

singa

iFly Singapore

jauh pandangan

pantai kat sini taklah sehebat kita

lagi

Siloso Beach

Pulau Sentosa ni adalah pulau buatan yang dibina khas untuk tujuan aktiviti riadah dan berlibur. Antara attractions yang ada di Sentosa adalah Trick Eye Museum, Madame Tussauds, Butterfly Park, Marine Life Park dan Palawan beach dimana ia terletak titik southernmost point of Continental Asia.

Kami di USS sampai petang. Lepas tu terus gerak sebab dinner nanti nak mencuba makan di restoran 1 Market yang di miliki oleh Chef Wan. Kebetulan kawan kami dari Singapore iaitu abg Razdshid ingin berjumpa. Jadi kami set jumpa di sana saja. Lokasi 1 Market ni adalah di aras 4 new wing Plaza Singapura. Honestly makanan di sana tidak seperti yang kami harapkan. Rasa dia so-so saja.

new wing baru siap

harga WOW!!!!

inilah dia

japanese food

kawan kami dari Singapore

tak sedap

tak pandai makan

hadapan entrance Plaza Singapura

Day 3 adalah hari terakhir kami di Singapore. Lepas check out saja, kitrorg terus gerak ke Woodlands sebab tiket train kami pukul 2 petang. Untuk ke Woodlands kami menaiki MRT sampai ke Woodlands station dan kemudian naik bas ke Woodlands checkpoint. Sementara tunggu time train sampai kitrg makan di Woodlands Food Centre iaitu betul2 opposite Woodlands checkpoint.

kusyuknya makan

masa bergerak pulang
Kami sampai KL Sentral dalam pukul 10 malam sebab train gerak agak slow kali ini. Anyway kami enjoy sangat short trip kali ini sebab dapat hang out ngan kawan2. Lagipun Singapore sentiasa happening dan makanan di sana juga sedap2. Banyak tempat2 menarik di Singapore yang boleh diteroka sebenarnya seperti tinggalan sejarah disana dan juga night safari sebab katanya night safari di Singapore adalah antara yang terbaik di dunia. Anda boleh juga mencuba menaiki Singapore Flyer ala2 London Eye. Kalau anda penggemar perfume boleh saja borong di Mustafa Shopping Centre atau di Lucky Plaza, Orchard Rd.

Oklah semua. Itulah cerita trip saya kali ini. Untuk akan datang saya akan sambung kisah #throwback trip saya seterusnya iaitu Chiang Mai, Thailand. Tunggu......

Till then....daaaaaaaa......


0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.