LAGU SEPARUH MATI KU BERCINTA - BINGKISAN TERBARU DAYANG NURFAIZAH

10:59 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 4 Comments


Figura ini cukup berkarisma dalam industri muzik Malaysia. Walaupun tanpa kontroversi, beliau mampu meletakkan nama bersama muzik beliau di aras tertinggi. Saya secara peribadi cukup mengkagumi bakat dan usaha keras Dayang Nurfaizah dalam memastikan muzik beliau bertakhta di hati peminat muzik. Pelantun lagu-lagu seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Di Pintu Syurga dan Tak Pernah Menyerah ini akhirnya bakal melancarkan album terbaru pada April 2017. Lagu ciptaan Ajai, Separuh Mati Ku Bercinta merupakan lagu taruhan pertama untuk album ini. 

Gambar sumber FB Dayang Nurfaizah


Setelah hampir 16 tahun tidak bekerja sama, kolaborasi ini dijangka mampu mengangkat nama Dayang Nurfaizah sepertimana magis pada lagu Seandainya Masih Ada Cinta. Pra tempahan melalui iTunes telah dibuka dan anda juga boleh mendengar single terbaru ini di beberapa aplikasi streaming muzik. Nantikan pelancaran album terbaru Dayang Nurfaizah pada APRIL 2017! Dengar kata album baru ini turut mendapat sentuhan komposer Hazami dan Aizat!





LIRIK LAGU SEPARUH MATI KU BERCINTA

Kesepian  malam
Bawah sang bulan menemani
kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
menitis air mata ku
Ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Chorus
Kemana perginya setia
Kemana hilang katamu
Aku lah yang dinamakan
kekasih hatimu untuk selamanya
Kemana saat indah
Kemana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau memelukku
Hilang semua manisnya cinta

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DAYANGNURFAIZAH 

4 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.