YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

Ybae Suria Meriahkan Iftar @ KL Sabtu Ini | Bersempena dengan bulan Ramadan dan Syawal 2024, program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ bagi lokasi kedua bertempat di Masjid Sungai Abong, Muar Johor pada Sabtu (23 Mac) lalu telah berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran penduduk dan peminat setia Suria FM dari selatan tanah air.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata beliau sangat teruja dan menzahir rasa syukur di atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh warga Muar khususnya di Sungai Abong dan lebih istimewa lagi turut menyaksikan kehadiran pendengar Suria FM yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur bagi menyemarakkan lagi program Ybae Suria Masuk kampung edisi Muar, Johor.

YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI
 
YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

“Majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Ir. Ts. Haji Nazri Bin Abdul Rahman, ADUN Simpang Jeram itu bukan sahaja memberi peluang kepada para pengunjung untuk beramah-mesra bersama barisan penyampai, tetapi juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi merewang bersama penduduk, pembahagian 600 bekas bubur lambuk kepada jemaah masjid, berbuka puasa, dan solat berjemaah.

YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

YBAE SURIA MERIAHKAN IFTAR @ KL SABTU INI

“Bagi meneruskan lagi kempen #SuriaKongsiRezeki, majlis turut disempurnakan dengan sumbangan wang tunai sebanyak RM11,500 kepada pihak Masjid Sungai Abong, termasuk pemberian duit raya kepada jemaah yang hadir. Selain itu, barisan penyampai Suria FM, Dato Fizz Fairuz, Kai Hassan, Suraya, Cik Piah, Chiwan, Rara dan DJ Lin bersama pihak masjid turut berpeluang menyantuni beberapa keluarga asnaf di kawasan Sungai Abong untuk memberikan sedikit sumbangan iklas kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.
@suriamalaysia Raikan yang dirai bersama warga Muar, Johor🧡🖤 Orang Muar memang lurve✨ #suriamalaysia #raikanyangdirai #ramadan2024 #ybaesuria ♬ Ramadan Kareem - Megan Yagami

Jangan lupa temui Ybae Suria di lokasi akhir bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur bersempena Iftar @ KL pada Sabtu (30 Mac) ini. Pelbagai aktiviti menarik seperti pengagihan bubur lambuk, solat berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan daripada Ustaz Don Daniyal, Bicara Ramadan, sukarelawan skuad budaya, kaunter zakat fitrah, jualan makanan Food Truck dan banyak lagi menanti anda!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia | Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia


#ACARA #SURIAMALAYSIA #SURIAKONGSIREZEKI

0 Comments