LARRIE PERKENAL KOLEKSI BAHARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

LARRIE PERKENAL KOLEKSI BAHARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Larrie Perkenal Koleksi Baharu Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 | Pejam celik Syawal bakal menghampiri kita! Anda sudah teruja? Pastikan anda rakam detik istimewa lebaran tahun ini bersama koleksi LARRIE HARI RAYA 2024 sepanjang Aidilfitri ini. Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024 dimana untuk koleksi kali ini, Larrie tampil dengan konsep elegan, moden dan santai serta menampilkan pelbagai himpunan warna seperti hitam, coklat, beige, taupe dan merah jambu.

LARRIE PERKENAL KOLEKSI BAHARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Kesemua pilihan warna ini boleh disuai pakai dengan pelbagai jenis pakaian untuk perayaan Aidilfitri. Koleksi baharu dari Larrie merangkumi pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap lapisan umur yang berbeza serta boleh disesuaikan dari tema formal hingga acara santai, koleksi yang pelbagai ini sesuai untuk digayakan pada sepanjang musim perayaan ini.

LARRIE PERKENAL KOLEKSI BAHARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024
 
Menariknya lagi, pelanggan akan menerima beg tote Larrie secara PERCUMA dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Tote yang pelbagai guna ini adalah iringan yang sempurna untuk koleksi kasut Larrie.


LARRIE FOR HIM

Untuk koleksi Hari Raya 2024, Larrie memperkenalkan segmen “For Him" yang menampilkan gabungan gaya kasut formal dan kasual dengan membawa warna asas seperti hitam, putih, coklat, dan taupe. Kasut Larrie berwarna hitam sesuai dan kelihatan elegan apabila digandingkan bersama baju melayu di pagi raya, manakala kasut Larrie berwarna putih, coklat, dan taupe lebih kasual sekiranya dipadankan bersama jeans dan kurta, memberikan si pemakai kelihatan santai untuk berkunjung ke rumah rakan dan taulan. Tidak dinafikan, lelaki akan memilih kasut Larrie untuk Hari Raya kerana ia menawarkan pilihan, keselesaan dan boleh dipakai secara formal mahupun santai.


LARRIE FOR HER

Bagi wanita yang mengutamakan keanggunan serta cenderung kepada fesyen kasual, raya kali ini Larrie memperkenalkan koleksi yang menarik untuk kalian. Menariknya, Larrie menawarkan pelbagai jenis kasut tumit dan kasual, sesuai untuk wanita yang ingin tampak anggun dan lebih moden. Koleksi “For Her” juga diperkenalkan buat mereka yang memilih kesederhanaan dan mengutamakan keselesaan bagi dipadankan bersama pelbagai gaya baju kurung. Koleksi ini terdiri daripada warna asas seperti hitam, putih, kuning air dan merah jambu. Tahun ini, Larrie menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan yang pastinya menjadi pilihan wanita untuk bergaya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

LARRIE PERKENAL KOLEKSI BAHARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Koleksi baharu ini kini boleh didapati di semua pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara. Harga yang ditawarkan bermula dari RM49.00 hingga RM179.00. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan tip fesyen terkini, layari laman Facebook rasmi http://www.facebook.com/larrie78 atau layari www.larrieshoes.com.



#LARRIE #MYLARRIESHOES #SINCE1978 #FESYEN

0 Comments