SHILA AMZAH BAKAL MENGGEGARKAN DEWAN ARENA OF STARS, RESORTS WORLD GENTING OGOS INI

10:13 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Nurshahila binti Amir Amzah barangkali boleh menarik nafas lega di atas kejayaan yang dirangkul sepanjang karier seninya. Hasil keputusan beliau untuk mencuba nasib pada pertandingan nyanyian, Asian Wave pada tahun 2012 di negara China kini membuahkan hasil. Bukan sahaja di Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong malah boleh saya katakan seluruh Asia sudah mula memberi perhatian kepada bakat yang dimiliki beliau. Satu demi satu anugerah yang berjaya dirangkul oleh beliau menjadikan beliau antara penghibur dari Malaysia yang berjaya di luar negara.

Selepas sekian lama menempa nama di luar negara, kini Shila Amzah kembali ke Malaysia untuk konsert solo beliau, MY JOURNEY CONCERT IN MALAYSIA 2017. Konsert berdurasi 90 minit ini bakal berlangsung di Arena Of Stars Resorts World Genting pada 26 Ogos 2017. Istimewa untuk konsert kali ini, anda bakal dihidangkan dengan seleksi lagu-lagu yang akan mengimbau sejarah pembabitan beliau dari dulu hingga kini. Sesuai dengan tajuk konsert ini, anda akan dibawa menyusuri suka duka melalui lagu-lagu hits beliau yang berjaya melonjakkan namanya dalam dan luar negara. Beliau menjanjikan kejutan kepada peminat nya pada konsert ini nanti.Kalau ingin tahu, kena lah datang!

Pada 14 Julai yang lalu telah berlangsung sidang akhbar dan juga sesi bertemu peminat sempena mempromosikan SHILA AMZAH 'MY JOURNEY' CONCERT IN MALAYSIA 2017 di Sky Park, One City Subang Jaya.














Sebagai informasi, Shila Amzah telah merangkul pelbagai anugerah dalam industri muzik antaranya Best Female Singer at the 15th Global Chinese Music Awards, Female Artist of the Year (Hong Kong and Taiwan) at the 2015 Guangzhou Music Awards, and Best Female Singer (Hong Kong and Taiwan) at the 2016 Music Pioneer Awards. Di Malaysia sendiri beliau pernah menerima Lagu Terbaik menerusi lagu Patah Seribu di Anugerah Industri Muzik ke-19 dan Anugerah Kembara pada AIM ke-20 hasil usaha beliau memartabatkan muzik di peringkat antarabangsa.


Bukan itu sahaja, penghibur kebangsaan negara ini juga telah mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat pengurusan, Shilala (HK) Limited bagi mengatur perjalanan seni suara di peringkat global. 

Beliau bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia, namun beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menerusi bakat seni suara beliau sehingga beliau digelar "National Treasure of Malaysia".






Dapatkan tiket SHILA AMZAH 'MY JOURNEY' CONCERT IN MALAYSIA 2017 sekarang! Tiket berharga RM 318 (VIP), RM 248 (PS1), RM 188 (PS2), RM 138 (PS3) and RM 108 (PS4). Pemegang kad keahlian Genting Rewards Card (GRC) layak menerima 10% potongan harga dan penebusan Genting Points menerusi pembelian secara tunai atau kad kredit. Informasi lanjut boleh terus melayari www.rwgenting.com atau telefon 03-27181118. Tiket juga boleh dibeli menerusi LAMAN WEB TICKETCHARGE MALAYSIA .

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHILAAMZAH #MYJOURNEYCONCERT2017 




0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.