MENU MAKANAN SARAWAK’S BOWL MENGIMBAU KENANGAN BERKUNJUNG KE KUCHING


Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian lapisan masyarakat yang berbilang kaum. Ini secara tidak langsung menjadikan negara kita penuh dengan pilihan makanan. Sehinggakan Malaysia digelar ‘Food Paradise’ bagi pelancong luar. Ini adalah antara tarikan utama mereka datang ke negara ini. Kalau di Pantai Timur ada menu istimewanya, Negeri Sembilan pulan terkenal dengan masak lemak cili padinya, Melaka pula dengan Asam Pedasnya dan banyak lagi. Tapi anda yang lupa negeri-negeri di Borneo juga tidak kurang hebat dengan makanan tempatannya. Contohnya Sarawak. Sebut sahaja tentang Negeri Bumi Kenyalang ini, pasti semua orang akan teringat akan Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Saya pernah berkunjung ke bandar Kuching sebelum ini dan menu ini lah yang menjadi santapan saya sepanjang berada di sana dulu.

Kini saya tidak perlu nak merindukan keenakkan makanan Sarawak kerana akhirnya saya sudah ketemu restoran yang menyajikan 100% makanan asli Bumi Kenyalang. Terima Kasih kepada Sarawak’s Bowl yang terletak di Aras 4, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.










Kunjungan saya ke sini adalah atas jemputan daripada pihak Kiple melalui Kiple’s Influencers Program (KIP). Kiple sebenarnya sebuah aplikasi yang berfungsi sebagai e-wallet. Malah anda boleh mendapat cash back dan special discount dengan hanya menggunakan aplikasi Kiple. Menarik bukan! Anda boleh klik pautan ini http://kiplepay.com/kip untuk mendapatkan butiran lanjut.



Berbalik kepada Sarawak’s Bowl. Saya sememangnya cukup teruja bila mendapat tahu akan kewujudan restoran ini. Ini kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan Sarawak di sekitar ibukota. Sarawak’s Bowl ini telah diusahakan oleh 3 sahabat baik yang semuanya berasal dari Sarawak. Memulakan operasi di Setapak Central Mall, kini mereka telah membuka sebuah lagi cawangan di Sunway Putra Mall.

Antara menu yang saya cuba adalah Laksa Sarawak Uncle Liew, Mee Jawa, Mee Sua, Wantan Soup, Kolomee Ayam, Kolomee Daging dan banyak lagi. Jangan kata saya tamak pula. Saya bukan makan seorang. Saya ditemani dengan beberapa teman baik. Hihihi.

Antara yang menjadi personal favourite saya adalah Laksa Sarawak Uncle Liew, Mee Jawa, Nasi Lemak Rendang Ayam dan Ayam Pansoh. Bukan nak kata yang lain tak sedap tapi ini adalah antara menu yang benar-benar mengimbau kenangan semasa saya berkunjung ke Kuching dulu. Nostalgia.

Laksa Sarawak Uncle Liew memang highlight menu di sini. Kuahnya yang pekat dan likat serta terasa rempahnya dimakan bersama bihun sememangnya terangkat!Begitu juga dengan Kolomee Ayam. Rasanya memang sebati. Licin saya makan. Menu Ayam Pansoh adalah menu yang harus menjadi perhatian. Saya cukup teruja apabila menu ini dihidangkan di dalam bekas buluh. Ayam nya dimasak seperti rending cili api dan dihidangkan bersama dengan nasi berwarna ungu yang diimport khas dari Bario, Sarawak. Rasanya? Terbaik!
LAKSA SARAWAK UNCLE LIEW

MEE KOLOK DAGING

MEE JAWA

BA ZHEN MEE SUA

NASI LEMAK DAGING

AYAM PANSOH

SEDAP GILER!

Bukan hanya makanan yang sedap malah seleksi minuman tidak di Sarawak’s Bowl juga harus dicuba. Antaranya adalah Layer Tea, Layer Cendol dan banyak lagi. Minuman jus Oreo Avocado adalah minuman yang harus anda pesan apabila berkunjung ke sini.

SELEKSI MINUMAN KENA CUBA!

OREO DAN AVOCADO BERSATU!

Sempena dengan pembukaan rasmi restoran ini, pihak Sarawak’s Bowl telah mengadakan promosi istimewa dimana anda boleh menikmati pilihan set combo pada harga RM14.80++. Anda boleh memesan 11 pilihan menu utama dan 7 pilihan minuman. Bukan itu sahaja. Mereka turut mengadakan Weekday Promotion dimana untuk Lunch Set (12pm-3pm) anda boleh menikmati juadah dari pilihan main course bersama minuman pilihan pada harga RM9.90++ serta bagi High-Tea Set (3pm-6pm) anda boleh menjamu selera dengan menu bubur nasi bersama the panas untuk harga RM6.90++.


Ayuh! Terus berkunjung ke Sarawak’s Bowl untuk menikmati makanan terbaik citarasa Sarawak. Jika anda ingin berbelanja sambal berjimat, anda disarankan menggunakan aplikasi Kiple kerana anda boleh mendapatkan rebat tunai sambil menjamu selera. Malah anda boleh mendapatkan tawaran diskaun istimewa dengan hanya membayar menggunakan aplikasi Kiple. Anda makan, anda jimat, anda happy bersama Kiple! Sarawak’s Bowl pastinya pilihan terbaik makanan Sarawak. Walai Jami!





LOKASI SARAWAK'S BOWL

SUNWAY PUTRA MALL 
LEVEL 4, 61-69 SUNWAY PUTRA MALL, JALAN PUTRA, CHOW KIT, KL
WAKTU OPERASI: 10 PAGI-10 MALAM

SETAPAK CENTRAL MALL
LOT S28 & S29, 2ND FLOOR, SETAPAK CENTRAL MALL, 67 JALAN TAMAN IBU KOTA, KL
WAKTU OPERASI: 10 PAGI-10 MALAM

FACEBOOK SARAWAK'S BOWL
http://www.facebook.com/sarawaksbowl

INSTAGRAM SARAWAK'S BOWL
http://www.instagram.com/sarawaksbowl

LAMAN WEB
http://www.sarawakbowl.com

Sarawak's Bowl Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KIPLE #SARAWAKBOWL #SARAWAKCUSINE







2 Comments