SENSASI PEMUZIK PAKISTAN, THE SACHAL ENSEMBLE MEWARNAI DIVERSECITY KL INTERNATIONAL ARTS FESTIVAL 2017

12:34 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Seni membawa pelbagai erti. Menurut ahli falsafah Alexander Baum Garton seni adalah kecantikan dan seni adalah matlamat positif untuk membuat penonton merasa bahagia manakala menurut ilmuan dari Indonesia iaitu Drs. Sudarmaji, seni merupakan semua manifestasi dalaman dan pengalaman estetik dengan menggunakan medan media, garis, warna, tekstur, jilid dan cahaya gelap. Apapun interpretasi seni, secara asasnya bagi saya seni itu adalah satu ekspresi yang bisa wujud dalam pelbagai medium dan bentuk samada muzik, seni lakon, seni visual, seni kesusateraan dan sebagainya.

Kepelbagaian seni ini dapat anda rasai sendiri sempena acara DIVERSECITY KL INTERNATIONAL ARTS FESTIVAL 2017 yang sedang berlangsung di ibukota bermula 31 Ogos sehingga 1 Oktober 2017. Ia adalah acara seni terbesar yang menghimpunkan lebih 50 acara seni di 12 lokasi sekitar Kuala Lumpur. Saya sempat mencuri masa menyaksikan persembahan muzik yang di bawakan khas dari Pakistan baru-baru ini. Bertempat di Auditorium DBKL, kumpulan yang diberi nama The Sachal Ensemble telah memukau penonton yang hadir dengan pelbagai instrumen tradisional. Istimewanya persembahan yang diberi nama Song Of Lahore ini membawa anda meneroka perjalanan muzik Pakistan dan adaptasi kepada muzik moden terutama Jazz. Menarik bukan? Muzik Pakistan sebenarnya cukup unik kerana ia banyak dipengaruhi dari Negara Asia Tengah, Timur Tengah dan India. Alatan muzik seperti Sitar, Dholak, Tabla, Tumbi adalah antara yang sering digunakan dalam persembahan. Persembahan pada malam itu cukup menarik kerana selain lagu bergenre jazz, lagu Stand By Me dan lagu tema animasi Pink Panther turut dimainkan.

INCREDIBLE PERFORMANCE!

TETAMU YANG MENANTI KEHADIRAN PEMUZIK HEBAT INI!

ANTARA BARISAN PEMUZIK YANG SUDI BERGAMBAR

SAYA PEMINAT SENI DAN MENYOKONG PENUH ACARA SEPERTI INI!





Siapa sebenarnya kumpulan The Sachal Ensemble ini? Kumpulan muzik sensasi Pakistan di tubuhkan oleh pemuzik bernama Izzat Majeed. Semasa pemerintahan Presiden Pakistan yang ke-6, Muhammad Zia Ul Haq diantara tahun 1978-1988, beliau telah mengharamkan sebarang bentuk hiburan kerana baginya ia adalah satu bentuk kearah dosa. Jadi sepanjang tempoh itu, seni di Pakistan berkubur. Setelah beliau meninggal, seni Pakistan mulai bangkit dan Izzat Majeed adalah antara pelopor kepada kebangkitan seni ini. Walaupun pada awalnya agak sukar kerana rakyat telah melupai seni. Pada tahun 2002, Izzat mula menghimpunkan beberapa pemuzik lama yang masih sayangkan seni untuk mengembalikan gemilang muzik Pakistan di mata dunia. Kumpulan The Sachal Ensemble ini menjadi bualan hangat di persada muzik dunia setelah melakukan persembahan di Lincoln Center, New York bersama barisan pemuzik jazz antaranya Wynton Marsalis dan pernah melakukan persembahan secara langsung di BBC World News.



Kisah perjuangan kumpulan ini menghidupkan kembali seni muzik di Pakistan mendapat perhatian pemenang Oscar, Sharmeen Obaid-Chinoy untuk menghasilkan dokumentari khas yang diberi judul SONG OF LAHORE. Ia yang dihasilkan bersama Andy Schocken menceritakan kisah pemuzik ini yang berjuang untuk bertahan dalam arus penindasan dan kekejaman Pakistan moden. Ternyata filem ini berjaya mencuri perhatian dunia dan telah menyertai pelbagai festival filem antaranya di Sydney, Melbourne, Dubai dan Tribeca, New York.

Anda boleh mendapatkan album khas sempena filem ini yang membariskan kerjasama antara Sachal Ensemble bersama beberapa pemuzik undangan termasuk Jim James dari My Morning Jacket, Sean Lennon, Wynton Marsalis, Nels Cline dari Wilco, Susan Tedeschi dan Derek Trucks, Madeleine Peyroux, Cibo Matto, Becca Stevens dan pelakon Meryl Streep.

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK

LAMAN TWITTER





TENTANG DIVERSECITY
Pengasas KLIAF, DiverseCity membangunkan seni dan budaya dalam kehidupan rakyat. Ia menyokong pelbagai aktiviti merentas genre dari teater, seni digital, muzik ke kesusasteraan, seni rupa dan kraf. Falsafahnya merangkumi kepercayaan bahawa seni dan budaya memberi impak kepada manusia, kesihatan dan kesejahteraan, pendidikan, masyarakat dan ekonomi dengan cara yang positif. Seni dan budaya memberi inspirasi dan membawa masyarakat yang pelbagai bersama-sama; mereka mendidik kita tentang diri kita sendiri; dan membantu kami menghargai budaya lain di seluruh dunia. Seni dan budaya memperkaya kualiti hidup dan mempromosikan keharmonian. DiverseCity memberi peluang yang sama kepada artis-artis terkenal serta bakat masa depan, baik tempatan dan antarabangsa, mengimbangi tradisi dan kontemporari. DiverseCity adalah sebuah non-profit organisation dan menerima pembiayaan daripada kerajaan, jualan box office serta penajaan dan derma dari syarikat, individu dan yayasan amal. Lawati www.diversecity.my untuk maklumat lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DIVERSECITY2017 #KLIAF2017 #ARTISTNOTERRORISTS 




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.