ALOHA SHRIMP - UDANG KERDIL MENJADI HAIWAN PELIHARAAN

August 30, 2017 REEF OMAR 0 Comments


Udang adalah sejenis krustasia (kumpulan invertebrata akuatik yang besar). Ia mudah ditemui hampir di semua "genangan" air yang berukuran besar baik air tawar, air payau, mahupun air masin pada kedalaman pelbagai, dari permukaan hingga beberapa ribu meter di bawah permukaan. Saya percaya hidupan laut ini cukup digemari ramai terutama bila berbicara soal makanan. Ia adalah menu hidupan laut yang cukup terkenal kerana mempunyai isi yang kenyal dan manis. Namun pernahkah anda terfikir bahawa udang juga boleh dijadikan haiwan peliharaan? Bunyinya seakan pelik namun bukan mustahil. Teruskan membaca bingkisan ini.

Kini, satu fenomena baru melanda negara kita dimana udang boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan seperti mana kita sering lihat orang ramai membela ikan. Malah pengendalian membela udang ini jauh lebih mudah! Terima kasih kepada Aloha Shrimp.

Aloha Shrimp adalah satu kaedah baru membela haiwan peliharaan iaitu udang kecil dan dalam masa yang sama ia mampu memberi terapi minda. Kehidupan harian yang padat seringkali mengundang stress. Kebanyakan dari kita menjadikan kucing mahupun ikan sebagai teman menghilangkan stress. Namun memelihara haiwan seperti ini memerlukan penjagaan rapi disamping kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Namun dengan Aloha Shrimp daripada Beebiesmart ini ia cukup mudah dibela kerana anda tidak perlu menukar air, tidak perlu beri makan dan tidak perlu bersusah payah menjaga. Sesuai dengan nama gelarannya THE LAZY PET. Malah apa yang menakjubkan saya adalah jangka hayat nya mampu bertahan diantara 8 hingga 20 tahun melalui penjagaan yang betul dan minimal. Hebat bukan!





Tapi betul ke tak perlu diberi makanan? Bagaimana udang ini survive? Mudah sahaja. Ia seperti proses rantaian. Udang ini akan menghasilkan karbon dioksida dan bahan buangan organik yang boleh membantu penghasilan mikroorganisma dan bakteria. Mikroorganisma dan bakteria tadi akan membantu memberi makanan kepada pertumbuhan alga campuran. Alga ini lah yang akan menghasilkan gas oksigen dan menjadi makanan kepada udang-udang ini. Itu sahaja.



Bagaimana cara memulakan hobi membela Aloha Shrimp ini? Anda boleh memilih jenis habitat yang digemari. Antara pilihan habitat adalah jenis Zen, Globe, Anini, Mood dan Nunui.

COMEL!

SO COLURFUL!

JENIS HABITAT ANINI

JENIS HABITAT NUNUI

JENIS HABITAT GLOBE

Kemudian anda boleh memilih warna gravel yang anda gemari. Setiap pembelian Aloha Shrimp ini akan didatangkan dengan 2 ekor Aloha Shrimp, Coral Sea, dan juga cecair untuk habitat ini. Bagi cecair habitat ini, anda akan diberikan 2 jenis cecair iaitu Z-Water Complex dan B-Water Complex. Kiranya cecair ini seperti supplement kepada Aloha Shrimp anda.







FUNGSI Z-WATER
dicipta khusus bersama bakteria tambahan bagi memastikan Aloha Shrimp dan habitatnya sentiasa sihat. Hanya setitik seminggu.

FUNGSI B-WATER
dicipta khusus bersama mikroorganisma aktif, mikro alga, mikro mineral untuk kesihatan udang yang optimum. Hanya 1-3 titis seminggu diperlukan.

Memandangkan proses fotosintesis diperlukan, sebagai permulaan, Aloha Shrimp ini perlu didedahkan kepada cahaya selama 6-12 jam bagi penghasilan alga. Selepas tempoh itu, barulah haiwan ini boleh dibiarkan di tempat gelap. Seperkara lagi tentang suhu air. Habitat ini disarankan berada di antara 15-30 darjah celsius.

SAYA SAYANG ALOHA SHRIMPS KETAT-KETAT

Seronok membela Aloha Shrimp ini. Selain boleh dijadikan sebagai hiasan di meja pejabat atau di rumah, ia sesuai dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Kini membela haiwan peliharaan semakin mudah dan menyeronokkan dengan Aloha Shrimp. Saya telah membelanya hampir 2 bulan dan ternyata mudah membelanya. Saya tidak perlu risau jika ditinggalkan di pejabat pada hujung minggu kerana haiwan ini boleh survive.

Dapatkan segera! Kini anda juga boleh mendapatkan Aloha Shrimp menerusi portal jualan atas talian 11Street dan Lazada.





LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK

LAMAN INSTAGRAM


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ALOHASHRIMP #SHRIMPPET #PETSHRIMP #SHRIMPPETMALAYSIA #THEORIGINALALOHASHRIMP 




0 comments:

KOLABORASI AUTISM CAFE PROJECT DAN BIJOEX RESTAURANTS GLOMAC DAMANSARA SATU USAHA MURNI

August 28, 2017 REEF OMAR 2 Comments

AUTISM CAFE PROJECT, BIJOEX RESTAURANTS,


Autisme. Satu sindrom yang semakin menakluki generasi kini. Apakah itu autisme? Autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu. Katanya, kanak-kanak autisme ini biasanya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ. (Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee).

Ciri-ciri yang jelas seorang anak itu menghidap autisme boleh dilihat adalah dalam aspek ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar ‘echolalia’, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain. Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.





Rentetan dari sindrom ini, golongan istimewa ini seringkali dipinggir dalam memacu ekonomi negara amnya. Sukar bagi mereka untuk mencari peluang pekerjaan demi kelangsungan hidup. Atas kesedaran sosial ini, Bijoex Restaurants yang berpusat di Glomac Damansara berkerjasama dengan badan khas yang menggelarkan mereka Autism Cafe Project bertujuan membantu golongan autism menjalani kehidupan berkejaya. Autism Cafe Project adalah ilham daripada En. Adli, bapa kepada Luqman, seorang anak Autisme. Kisah beliau pernah viral suatu ketika dulu. Kalau anda perasan iklan sempena Aidilfitri di Astro baru-baru ini ada memaparkan kisah keluarga En. Adli.




Kolaborasi ini menyediakan platform kepada anak-anak istimewa ini untuk bekerja dan melatih mereka lebih berdikari dalam mengharungi arus kehidupan. Anda boleh menemui mereka setiap hari Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Bijoex Restaurants Glomac Damansara. Antara menu yang disediakan untuk anda menjamu selera adalah Nasi Lemak (Nasi Lemak Loster, Rib Eye Beef dan Salmon juga ada) dan Roti Jala yang dimasak hasil bantuan anak-anak ini. Setiap transaksi akan disalurkan terus kepada badan ini.





 






  
Saya cukup tersentuh dengan usaha murni dari pihak Bijoex Restaurants dan Autism Cafe Project ini yang berusaha gigih dengan satu harapan iaitu memberi sinar kepada kehidupan anak-anak autisme. Jadi kepada anda diluar sana, ayuh kita ramai-ramai serbu ke Bijoex Restaurants pada setiap hari Sabtu dari pukul 9 pagi sampai 5 petang untuk menikmati juadah sambil beramal. 

NOTA: Autism Cafe Project juga mempunyai sebuah kafe kecil yang terletak di IM4U Sentral yang terletak di Puchong. Mereka menjalankan sebuah kafe kecil dari hari Isnin- Jumaat bermula dari pagi sampai tengahari. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan katering dan menjual pelbagai jenis biskut. 





LOKASI BIJOEX RESTAURANT
A-G-05, GLOMAC DAMANSARA, 
699, JALAN DAMANSARA, 
60000 KUALA LUMPUR.
(BANGUNAN BERSEBELAHAN DENGAN MRT TTDI)

TEL:03-77328116

LAMAN FACEBOOK: 

LAMAN INSTRAGRAM: 

LAMAN INSTAGRAM AUTISM CAFE PROJECT:


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AUTISMCAFEPROJECT #BIJOEXRESTAURANTS




2 comments:

SAMBUTAN INDONESIA SPECIALTY COFFEE EXHIBITION 2017 DI BERJAYA TIMES SQUARE DI LUAR JANGKAAN!

August 25, 2017 REEF OMAR 0 Comments

indonesia coffee

Republik Indonesia merupakan sebuah negara yang cukup terkenal bila berbicara tentang pelancongan. Negara ke-14 terbesar di dunia ini memiliki seribu satu tarikan dari wisata alam sehingga ke wisata kuliner. Saya sendiri cukup menggemari berkelana di bumi Indonesia kerana setiap wilayah disini menjanjikan pengalaman berbeza. Menyentuh tentang wisata kuliner, Indonesia adalah antara pengeluar kopi terbesar dunia. Pada tahun 2014 sahaja, dianggarkan 540 ribu ton metrik hasil kopi telah dihasilkan. Faktor geografi negara ini menjadikan tanaman kopi amat sesuai ditanam terutamanya jenis arabika dan robusta.

Sejajar dengan ini, pihak Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur telah menganjurkan Indonesia Specialty Coffee Exhibition 2017 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan slogan Blending Coffee & Culture, tujuan penganjuran ini adalah bagi memperkenalkan kepada umum mengenai pelbagai kopi istimewa yang terdapat di Indonesia. Selama 3 hari pameran berlangsung iaitu pada 11 hingga 13 Ogos 2017, ia berjaya menghimpunkan ramai pengusaha kopi dari seluruh pelusuk Indonesia.

 















Antara jenis kopi yang terdapat sepanjag pameran ini antaranya Aceh Gayo, Mandheling Sumatra, Lintong dan banyak lagi. Turut terlibat dalam penganjuran pameran kali ini adalah Specialty Coffee Association of Indonesia bersama dengan Malaysia Specialty Coffee Association. Ia diharapkan dengan kerjasama dua negara ini mampu memberi impak positif kepada industri kopi bagi kedua-dua pihak. Mengikut statistik tahun 2013, eksport kopi Indonesia ke Malaysia sahaja menyumbang 49 peratus kepada industri ini. Ini menunjukkan bahawa perusahaan kopi Indonesia ke Malaysia khususnya semakin mendapat tempat di hati penggemar kopi. Pameran ini juga diadakan bagi membantu pengusaha kecil kopi Indonesia meneroka peluang pemasaran kopi istimewa dan bermutu tinggi ke pasaran yang lebih tinggi.











Selain itu, pengunjung dapat mempelajari kaedah sebenar dalam penyediaan kopi. Saya sendiri cukup teruja apabila berpeluang mencuba teknik meminum kopi dari Aceh dimana cawan ditelangkupkan dan minum menggunakan straw. Malah saya juga berpeluang mempelajari pelbagai teknik berbeza penyediaan kopi daripada pakar kopi pelbagai jenama.








Antara intipati lain sepanjang pameran kopi ini antaranya persembahan Latte Art oleh dua barista terkemuka Indonesia iaitu Ovie Kurniawan dan Yoshua Tanu.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #INDONESIASPECIALTYCOFFEE #KBRI #EXHIBITION




0 comments:

Powered by Blogger.