UP CLOSE AND PERSONAL BERSAMA MR MATHIEU PALOMBINO, PENGASAS MOTORINO PIZZA DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING

September 29, 2017 REEF OMAR 2 Comments


Pusat membeli belah SkyAvenue merupakan antara tarikan terkini yang terdapat di Resorts World Genting, Genting Highlands. Gedung terbesar yang berada 6000 kaki dari aras laut menyajikan pengalaman membeli belah dan menikmati makanan yang cukup berbeza. Berbicara soal makanan, SkyAvenue boleh dikatakan syurga makanan kerana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis masakan dari seluruh pelusuk negara disini. Dari makanan tempatan, Asia dan Barat semua terdapat di bawah satu bumbung. Antara yang menjadi kegemaran saya jika ke SkyAvenue adalah menikmati Neopolitan pizza di Motorino Pizza yang terletak di Aras 1. Anda boleh membaca pengalaman saya menikmati pizza di sini dengan KLIK DI SINI .

Kunjungan kali ini agak berbeza dan mengujakan saya kerana saya berpeluang bertemu secara langsung dengan pemilik jenama ini iaitu Mr. Mathieu Palombino, seorang chef kelahiran Belgium- Itali dan kini menetap di Brooklyn, New York. Pertemuan ini memberi saya satu pengalaman yang cukup bermakna kerana inilah saat dimana saya boleh mengetahui lebih dekat apakah rahsia disebalik kewujudan dan kejayaan Motorino Pizza ini.

motorino pizza
ADA IRAS AKTOR MARK RUFALLO KAN?

Pizza sememang adalah makanan kegemaran di kawasan kejiranan Brooklyn. Nama Motorino ini diambil secara spontan. Ia mempunyai dua maksud sebenarnya. Motorino dalam bahasa Itali bermaksud enjin kecil dan nama ini adalah jenama bagi sebuah basikal dam skuter elektrik yang terkenal di Vancouver. Perkataan rino juga merujuk kepada budak lelaki. Ketika Mathieu sedang memikirkan nama yang sesuai untuk restoran pizza beliau, secara tiba-tiba sebuah skuter jenama Motorino melintasi beliau. Nama ini kekal menjadi nama rasmi restoran pizza beliau hingga kini.

Di awal penubuhan jenama ini 10 tahun dahulu, ekonomi di New York tidak begitu baik. Beliau mempunyai keinginan untuk membuka sebuah restoran dan di minda beliau hanya inginkan pizza. Walaupun beliau memiliki pengalaman dalam masakan Perancis. Jadi beliau merasakan dengan membuka kedai pizza yang mampu milik, menggunakan dapur kayu, dengan suasana kedai yang ceria menjadikan idea ini satu sukses sehingga kini.



mathieu palombino motorino pizza





motorino pizza



Bermula di Williamsburg Brooklyn, kini beliau telah memiliki 8 cawangan di 5 bandar besar seluruh dunia iaitu di New York dengan 3 cawangan, Manila 2 cawangan, Hong Kong 2 cawangan manakala Singapura dan Malaysia masing-masing 1 cawangan. Beliau tidak mempunyai perancangan untuk menambah cawangan restoran pizza nya kerana beliau selesa dengan bilangan sekarang. Bagi beliau, kuantiti restoran dan saiz kedai bukanlah keutamaan kerana bagi Mathieu, pizza terbaik dinikmati dalam suasana kedai pizzeria yang kecil. Yang paling penting, kualiti pizza dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.



Antara kelebihan pizza Motorino jika dibandingkan dengan jenama di luar sana adalah resepinya. Pihak Motorino Pizza menggunakan tepung, tomato paste dan minyak zaitun yang diimport khas dan digunakan di kesemua cawangan. Ia bertujuan bagi mengekalkan keaslian rasa pizza di Motorino Pizza. Malah ketuhar kayu api yang digunakan diimport terus dari Naples, Itali. Kenapa beliau tidak menempah di pasaran tempatan sahaja? Ini bagi memastikan suhu yang digunakan untuk memasak pizza adalah tepat dan sama. Jadi jika anda berkunjung ke mana-mana cawangan Motorino Pizza, anda akan merasai rasa pizza yang sama. Kualiti rasa tidak berubah sama sekali.


 



Pada usia 40 tahun, beliau boleh berbangga dengan pencapaian Motorino Pizza kini. Saya cukup kagum dengan usaha beliau menjanjikan impian beliau menjadi realiti. All the best in your future undertakings sir! Anda boleh melayari www.rwgenting.com bagi mendapatkan informasi terkini mengenai apa yang berlaku di Resorts World Genting.





mathieu palombino motorino pizza
THANK YOU FOR HAVING ME!

PHOTO SESSION WITH RWG INFLUENCERS SQUAD


FAKTA MENARIK TENTANG MOTORINO PIZZA

CRAZY HOT - The pizza is cooked in a special wood-fired oven at 800-900 degrees Fahrenheit.

EXPRESS PIZZA - The small mouth and low dome of the oven gets the pizza cooked in 60 to 90 seconds.

SOFT AND CHEWY - Unlike crispy American pizza, the Neapolitan is soft and chewy, thanks to a specific finely milled pure wheat flour with no additives.

LIKE A FRISBEE - A typical Neapolitan pizza is about 12 inches in diameter. Just nice for one.

BALANCE TRIO - Minimally topped, the Neapolitan strikes a careful balance among crust, sauce and cheese. Forget over-the-top cheesiness.

mathieu palombino motorino pizza

LAMAN WEB RASMI MOTORINO PIZZA

LAMAN FACEBOOK RASMI MOTORINO PIZZA MALAYSIA

LAMAN INSTAGRAM RASMI MOTORINO PIZZA MALAYSIA


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MOTORINOPIZZA #SKYAVENUE #RESORTSWORLDGENTING #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING 




2 comments:

PERSEMBAHAN 1001 BEBOLA KINETIK DI SKYSYMPHONY MEMUKAU SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING

September 29, 2017 REEF OMAR 1 Comments


Selain pameran seni budaya pantai timur SeniKome Peng Heng, kereta kabel Awana Skyway, Genting Highlands Premium Outlets, kewujudan pusat membeli belah SkyAvenue berjaya mencuri tumpuan pengunjung. SkyAvenue yang berada pada 6000 kaki dari aras laut, menjadi tarikan terkini bagi anda yang ingin merasai pengalaman berbeza membeli belah atau menikmati makanan bersama keluarga dan teman. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hiburan sambil berlibur di sini kerana pastinya Resorts World Genting adalah kota keriangan.

skysymphony skyavenue resorts world genting

Menambah senarai tarikan di SkyAvenue adalah persembahan hebat dari bebola kinetik di SkySymphony. SkySymphony berada di ruang atrium Aras 1 SkyAvenue yang menempatkan skrin LED besar. Jika anda pernah berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pastinya anda pernah melihat persembahan sebegini namun di SkySymphony ternyata memberi pengalaman yang jauh lebih hebat. Persembahan teater cahaya, bunyi dan visual digabungkan dalam satu persembahan yang mengagumkan. Anda akan terpukau dengan penceritaan bersama dengan transformasi dinamik 1001 bebola kinetik bercahaya pada ketinggian bangunan empat tingkat. Lebih mengujakan adalah setiap persembahan SkySymphony ini membawakan 3 cerita berbeza secara visual kinematik dan skor muzik orkestra yang digubah khas. Luar biasa!









Skymphony menyediakan 3 penceritaan berbeza setiap hari iaitu FOREST, URBAN SYMPHONY dan THE GODDESS. Malangnya ketika kunjungan saya ke sini hanya dapat melihat persembahan URBAN SYMPHONY dan THE GODDESS kerana kekangan masa. Barangkali kunjungan akan datang saya ingin melihat apa yang cuba disampaikan menerusi kisah FOREST nanti. Setiap persembahan ini memakan masa selama 3-5 minit.


Sebagai rekod, SkySymphony adalah pemasangan takal kekal yang terbesar dan merupakan persembahan takal dalam bentuk multimedia yang pertama di Asia. Malah, kelajuan takal yang telah diprogramkan adalah yang terpantas iaitu 17.5 meter dalam 6 saat. Hebat!


FOREST


Hutan adalah alam semesta biolumescent di mana spesies terancam yang unik untuk Asia Tenggara hidup. Lukisan gerak 3D yang berwarna-warni dan pendarfluor digunakan untuk memperlihatkan kewujudan eksotik yang pelbagai, termasuk harimau Sumatera, orang utan Borneo, gajah Asia, badak sumatera, dan tanduk.


URBAN SYMPHONY


Dari bangun untuk melakukan kerja harian, kami menyuntik dengan mengambil hati hidup di bandar besar. Animasi animasi dipasangkan dengan pemilihan muzik yang menggembirakan, menambah alur baru pada pengisar harian.


THE GODDESS


Diilhamkan oleh kerajaan ajaib di atas awan, Dewi adalah gambaran imajinatif tentang keindahan penciptaan. Pelakon sebenar memainkan peranan pencipta yang menyulitkan bentuk kehidupan menjadi wujud.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan SkySymphony yang terletak di bahagian Atrium Aras 1, SkyAvenue Resorts World Genting kerana saya percaya anda akan terpukau dan kagum dengan kehebatannya. Ia dipersembahkan kepada umum secara percuma setiap hari. Tayangan adalah setiap 2 jam dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan tayangan setiap jam dari 6 petang hingga 12 tengah malam. Layari www.rwgenting.com atau telefon di talian 03-27181118 untuk informasi lanjut.


WAKTU PERSEMBAHAN 
BEBOLA KINETIK SKYSYMPHONY

10 PAGI - 6 PETANG (SETIAP 2 JAM) 
6 PETANG - 12 TENGAH MALAM (SETIAP JAM) 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKYSYMPHONY #SKYAVENUE #RESORTSWORLDGENTING #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING






1 comments:

GEMERLAPAN DAN GLAMOR SEPANJANG MINGGU FESYEN SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING

September 29, 2017 REEF OMAR 1 Comments

thomas sabo skyavenue resorts world genting

Resorts World Genting. Pusat liburan yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Malah nama pusat peranginan di puncak gunung ini menjadi sebutan di mata dunia. Kini, Resorts World Genting mengalami transformasi selaras dengan arus kemodenan demi memenuhi keperluan orang ramai. Antara tarikan terkini yang boleh didapati disini adalah pusat membeli belah terkemuka, SkyAvenue. Pusat membeli belah ini menawarkan pelbagai pilihan dari restoran dan kafe terkemuka, jenama fesyen terkenal dan macam-macam lagi.

Berbicara tentang fesyen, SkyAvenue boleh dikatakan one stop centre bagi fashionista kerana anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pakaian, sepatu, barang kemas, jam tangan malah gajet bisa didapati disini. Bagi menempatkan SkyAvenue sebagai pusat fesyen terbaik, pihak Resorts World Genting telah mengadakan acara SkyAvenue Fashion Week dari 20 - 24 September 2017. Bertemakan Time To Light Up, pertunjukan fesyen yang julung kali diadakan sejak pembukaan gedung membeli belah ini beberapa bulan yang lalu memberi tumpuan kepada koleksi barangan kemas dan jam tangan dari beberapa jenama besar dunia. Antaranya adalah Pandora, Calvin Klien, Lazo Diamond, TimeKeeper. Malah jenama solekan Shizens dan jenama pakaian Esprit dan G2000 juga terlibat dalam acara gilang gemilang ini.

Saya sempat menghadiri pertunjukan fesyen oleh Thomas Sabo, sebuah jenama aksesori fesyen yang tidak perlu diperkenalkan lagi.  Jenama yang berasal dari Jerman ini telah mula menapak di arena fesyen sejak 1984 lagi. Mereka baru sahaja melancarkan koleksi istimewa sempena Autumn/Winter 2017. Thomas Sabo sememangnya terkenal dengan rekaan versatil, inovatif dan terkini dari barangan kemas hingga ke jam tangan yang berkualiti tinggi. Malah aspirasi jenama ini adalah menjadikan setiap koleksinya ideal untuk sebarang acara dan pemakaian baik lelaki mahupun wanita.

Antara koleksi musim ini yang diketengahkan adalah TOGETHER, ESSENTIALS, ROYALTY, MINI CHAKRAS, TREE OF LOVE DAN REBEL OF HEART. Tidak ketinggalan dalam koleksi musim ini adalah rantai leher dan gelang tangan yang diinspirasikan daripada manik Buddha Mala.

PENGACARA MAJLIS SAUDARI CHELSEA CHIL








 





 













Kombinasi reka bentuk moden dan romantis yang mengoda. Itulah Autumn/Winter 2017 oleh THOMAS SABO yang menghubungkan dua tema utama gaya hidup kontemporari: The Desire for the Faraway and Love of the Familiar. Dalam koleksi barang kemas dan jam tangan yang baru, anda akan menemui penampilan avant garde yang ekspresif, barang kemas berlian filigree, keperluan harian yang elegan, Rebel baru yang kuat pada reka bentuk jantung dan kepingan perhiasan engravable baru yang boleh diperibadikan dengan mesej. Reka bentuk perhiasan baru direka dengan elegan dari 925 Sterling perak dan bersulam emas, atau tangan dihiasi dengan hiasan, batu permata yang berwarna-warni, zirkonia padu, atau berlian yang mempesonakan.


thomas sabo skyavenue resorts world genting






 



Togetherness, inspirasi universal dan mesej utama koleksi THOMAS SABO Autumn/Winter 2017, diterjemahkan dalam versi baru yang paling disukai, TOGETHER. Reka bentuk baru yang memaparkan jantung berkilauan saling berkaitan dengan cincin yang terukir dengan "Forever Together" bergabung untuk menghasilkan kepingan ultra-feminin, yang mewakili bon cinta yang utuh. Rangkaian TOGETHER baru tersedia dalam versi perhiasan eksklusif dengan berlian segi tiga dan 9K emas mawar.

Koleksi Glam & Soul (ROYALTY DAN MINI CHAKRAS) yang lebih feminin menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk barang kemas grafik termasuk kepingan pernyataan dengan salib dan bulatan yang mempesonakan: Reka bentuk barang kemas minimalis dengan gaya "back-to-basics" pasti menjadi pilihan perhiasan harian anda.


Koleksi THOMAS SABO yang baru untuk wanita berjaya disertai dengan pelbagai ROYALTY: tafsiran artistik barang kemas rumit dari zaman Victoria. Menampilkan batu berwarna-warni, salib Victoria yang dipakai pada chockers, rantai baroque dan cincin pelbagai warna, ia dicipta dengan penentu trend moden dalam minda dan mengambil trend di peragaan antarabangsa.


MINI CHAKRAS yang menakjubkan, perwakilan dari tujuh pusat tenaga fizikal Hindu, menyediakan asas untuk gaya yang diilhami oleh Far Eastern talimans yang menyediakan tenaga dan kekuatan yang penting, memberikan ekspresi kepada citarasa dekad dan budaya.

REBEL OF HEART adalah koleksi barang kemas untuk lelaki dan wanita yang mendapat kemas kini baru dengan menggabungkan kod reka bentuk moden dengan simbolisme kuno. THOMAS SABO mentafsirkan semula ikon klasik seperti tengkorak, bulu dan reka bentuk silang dengan batu, kancing dan kombinasi baru. Rantai Kuasa dan Gelang Kuasa, dengan manik batu XL mereka menjadi sumber tenaga meditatif. Diilhamkan oleh manik-manik Buddha Mala, reka bentuk baru dalam mata hitam, karang merah dan harimau dikatakan memberikan kekuatan dalaman dan menyokong aliran tenaga hidup.


Selaras dengan koleksi barang kemas baru, THOMAS SABO menawarkan jam tangan yang sesuai untuk Autumn/Winter 2017. Reka bentuk baru untuk wanita dalam lingkungan Spirit dan Karma, bersama-sama dengan jam tangan baru untuk lelaki, ianya lebih daripada hanya jam tangan. Ia adalah gambaran keperibadian si pemakai.


SkyAvenue pastinya menjanjikan seribu satu keseronokan dalam membeli belah selaras dengan Pelan Pelancongan Bersepadu Genting untuk meletakkan pusat pelancongan Resorts World Genting dalam pasaran pelancongan secara global. Malah dengan kewujudan SkyAvenue, diharapkan ia dapat memenuhi kehendak pengunjung yang menginginkan pengalaman terbaik gaya hidup membeli belah, hiburan dan makanan.

thomas sabo skyavenue resorts world genting

Jika anda berkunjung ke SkyAvenue, jangan lupa untuk mendapatkan koleksi terkini daripada Thomas Sabo yang terletak di Aras 3. Malah jika anda ingin mendapatkan pelbagai koleksi fesyen dari pelbagai jenama terkemuka, SkyAvenue adalah lokasi terbaik anda. Layari www.rwgenting.com atau telefon 03-27181118 untuk maklumat lanjut.

thomas sabo skyavenue resorts world genting

LAMAN FACEBOOK RASMI THOMAS SABO

LAMAN WEB THOMAS SABO






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SKYAVENUE #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING #TIMETOLIGHTUP

1 comments:

Powered by Blogger.