SAKSIKAN SIARAN KHAS GLOBAL ONE WORLD : TOGETHER AT HOME DI JOOX MUSIC 19 APRIL 2020 !



JOOX Music, platform penstriman muzik terkemuka serantau cukup berbesar hati mengumumkan penyiaran acara istimewa iaitu One World: Together At Home sebuah acara istimewa yang akan distrim secara global sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan menentang pandemik COVID-19. Acara ini akan disiarkan di JOOX Music di Malaysia Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan secara serentak pada 19 April.



Kempen ini yang dilancarkan oleh organisasi advokasi antarabangsa Global Citizen, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan One World: Together At Home akan menunjukkan perpaduan semua lapisan manusia yang terjejas dengan pandemik COVID-19, selain untuk meraikan dan menyokong pekerja kesihatan yang bertungkus-lumus berjuang menyelamatkan nyawa di barisan hadapan.

Dikurator dengan kolaborasi bersama Lady Gaga, One World: Together At Home akan menampilkan persembahan dan kemunculan artis terkemuka dunia seperti:

Adam Lambert, Alicia Keys, Amy Poehler, Andra Day, Andrea Bocelli, Angรจle, Anitta, Annie Lennox, Awkwafina, Becky G, Ben Platt, Billie Eilish, Billie Joe Armstrong of Green Day, Billy Ray Cyrus, Black Coffee, Bridget Moynahan, Burna Boy, Camila Cabello, Cassper Nyovest, Cรฉline Dion, Charlie Puth, Chris Martin, Christine and the Queens, Common, Connie Britton, Danai Gurira, David & Victoria Beckham, Delta Goodrem, Don Cheadle, Eason Chan, Eddie Vedder, Ellen DeGeneres, Elton John, Erin Richards, Finneas, Heidi Klum, Hozier, Hussain Al Jassmi, Idris and Sabrina Elba, J Balvin, Jack Black, Jack Johnson, Jacky Cheung, Jameela Jamil, James McAvoy, Jason Segel, Jennifer Hudson, Jennifer Lopez, Jess Glynne, Jessie J, Jessie Reyez, Jimmy Fallon, Jimmy Kimmel, John Legend, Juanes, Kacey Musgraves, Keith Urban, Kerry Washington, Kesha, Lady Antebellum, Lady Gaga, Lang Lang, Leslie Odom Jr., Lewis Hamilton, Liam Payne, Lili Reinhart, Lilly Singh, Lily Tomlin, Lindsey Vonn, Lisa Mishra, Lizzo, LL Cool J, Lola Lennox, Luis Fonsi, Lupita Nyong’o, Maluma, Maren Morris, Matt Bomer, Matthew McConaughey, Megan Rapinoe, Michael Bublรฉ, Milky Chance, Naomi Osaka, Natti Natasha, Niall Horan, Nomzamo Mbatha, Oprah Winfrey, Paul McCartney, Pharrell Williams, P.K. Subban, Picture This, Priyanka Chopra Jonas, Rita Ora, Sam Heughan, Sam Smith, Samuel L Jackson, Sarah Jessica Parker, Sebastiรกn Yatra, Shah Rukh Khan, Shawn Mendes, Sheryl Crow, Sho Madjozi, Sofi Tukker, Stephen Colbert, Stevie Wonder, Superm, Taylor Swift, The Killers, Tim Gunn, Usher, Vishal Mishra and Zucchero.

Poshu Yeung, Naib Presiden, Kumpulan Perniagaan Antarabangsa, Tencent menyatakan, “Sebagai platform penstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif global ini yang akan menyatukan penghibur, peminat muzik dan semua orang di seluruh dunia dalam usaha bersama untuk menentang coronavirus, yang juga menyokong pekerja kesihatan barisan hadapan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kami bersatu hati dengan semua pencinta muzik di Malaysia, Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan yang berada di rumah , menggunakan muzik sebagai alat universal untuk memerangi penyebaran COVID-19.”

One World: Together At Home bukanlah sebuah siaran televisyen untuk mengutip derma tetapi ia merupakan peristiwa penyiaran global pertama dan bersejarah untuk meraikan usaha murni pekerja kesihatan dan seluruh barisan hadapan serta untuk menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam perjuangan global untuk memerangi COVID-19. Siaran ini akan memaparkan kisah dari pekerja kesihatan barisan hadapan dalam memerangi COVID, komitmen dari dermawan, kerajaan dan syarikat yang menyokong dengan melengkapkan keperluan pekerja kesihatan barisan hadapan di seluruh dunia, seperti penutup mulut, pakaian pekerja kesihatan dan peralatan penting lain, tidak dilupakan juga juga kepada badan-badan kebajikan tempatan yang menyediakan makanan, tempat tinggal , dan penjagaan kesihatan kepada mereka yang paling memerlukannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Global Citizen dan kempen menyokong Dana Solidariti COVID-19 untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang diberikan kuasa oleh PBB, kunjungi laman sesawang www.globalcitizen.org dan ikuti @GlblCtzn di Twitter, Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag #GlobalCitizen.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas WHO terhadap Tabung Solidariti dan COVID-19, sila kunjungi laman sesawang www.who.int/COVID-19 dan ikuti @WHO di Twitter, Facebook, Instagram dan LinkedIn.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara memberi sokongan dan tindakan lanjut, lawati www.globalcitizen.org/togetherathome.

Lebih banyak lagi muzik, acara dan program pada tahun 2020 yang akan dibawakan kepada anda oleh JOOX!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ACARA #MUZIK

0 Comments