PG MALL BIRTHDAY SALE TAWAR PROMOSI HEBAT!






Semua sedia maklum bahawa pembelian atas talian (online) menjadi pilihan ramai kini. Selain ia mudah kerana semua pembelian boleh dilakukan dihujung jari, kaedah pembelian atas talian dapat menjimatkan masa dan tenaga. Anda tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam pusat membeli-belah, tidak perlu pening mencari ruang parkir, jimat petrol dan tol. Tambahan pula sekarang Malaysia berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana rakyat masih perlu membataskan aktiviti luar dan penjarakan sosial, secara tidak langsung pembelian atas talian menjadi pilihan utama masyarakat untuk membeli barangan keperluan. Atas sebab itu, syarikat pengendali penjualan atas talian seperti PG Mall mengambil inisiatif dengan menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran hebat kepada pembeli.

Sebagai info, PG Mall merupakan platform e-dagang nombor satu di Malaysia sejak ia ditubuhkan pada tahun 2017 dan satu-satunya platform e-dagang milik anak tempatan yang bertapak di Malaysia. Menariknya, PG Mall berkonsepkan Consumerchant, pertama seumpamanya didunia dimana konsep ini menawarkan nilai tambahan kepada pembeli antaranya pulangan wang tunai (cashback). Dalam erti kata lain, jika anda membeli belah di PG Mall, anda akan dapat ganjaran dalam bentuk pulangan wang tunai. Bukan itu sahaja! Anda juga berpeluang menerima pulangan wang tunai menerusi pembeli lain jika mereka mendaftar menerusi pautan rujukan yang anda kongsi. Menarik bukan?



Satu lagi info menarik yang harus anda tahu iaitu menurut laporan laman Iprice Insight, PG Mall berada di tangga ketiga platform membeli-belah yang paling utama di Malaysia dan juga platform membeli-belah terulung milik syarikat Malaysia yang sering dikunjungi. Pastinya, pencapaian ini membuktikan bahawa PG Mall merupakan pusat e-dagang yang bukan sahaja mesra pengguna, tetapi penawaran harga murah dan variasi produk berkualiti menjadi faktor kepada kejayaan ini.

RUJUKAN INFO: https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


PG MALL BIRTHDAY SALE






Terbaru, PG Mall menawarkan jualan sempena dengan ulang tahun mereka. Jualan istimewa yang dipanggil PG Mall Birthday Sale ini akan berlangsung pada 29 Jun 2020 sehingga 5 Julai 2020. Banyak aktiviti tawaran menarik termasuk diskaun harga ditawarkan kepada pembeli. Antaranya adalah potongan diskaun 10% untuk pembelian minimum RM50, diskaun 15% untuk pembelian minimum RM100. Selain itu, PG Mall juga menawarkan penghantaran PERCUMA untuk pembeli baru yang berbelanja minimum RM30 manakala pembeli sedia dapat menikmati ganjaran ini menerusi pembelian minimum RM60. PG Mall turut menawarkan kupon diskaun untuk tempoh terhad sepanjang jualan khas ini.


SUPER KILLER DEALS SEMURAH 99 SEN!

Sepanjang tempoh kempen PG Mall Birthday Sale ini juga, PG Mall turut menawarkan pelbagai ganjaran hebat buat anda seperti jualan barangan semurah 99 sen, hadiah utama berupa bar emas seberat 1g buat TOP REFERRAL yang bertuah. Hadiah lain yang ditawarkan buat Top Referral adalah C-Wallet bernilai RM100 untuk tempat kedua, C- Wallet bernilai RM50 untuk tempat ketiga. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan kongsi pautan rujukan anda, lebih ramai yang membeli menggunakan pautan anda lebih cerah peluang anda untuk menang!

Ikuti PG Mall di laman Facebook kerana sepanjang jualan hebat ini, merekan akan menawarkan ganjaran berupa emas seberat 0.5g menerusi FB LIVE SETIAP HARI sepanjang promosi PG Mall Birthday Sale ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat.






Pastinya, ini adalah tawaran jualan yang cukup menarik daripada PG Mall. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membeli-belah secara atas talian di laman sesawang PG Mall kerana dengan hanya bebelanja, anda dijanjikan dengan pelbagai ganjaran hebat yang tak akan dapat dimana-mana platform lain. Siap sedia semua di hadapan peranti pintar atau computer pada 29 Jun 2020 nanti. Layari laman sesawang PG Mall dan juga laman media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut.


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#PGMALL #ONLINESHOPPING #SHOPPING #MALAYSIANO1ECOMMERCEPLATFORM #ECOMMERCEPLATFORM #SHOPNOW #SHOPONLINE #PGMALLBIRTHDAYSALE #PGMALLBIRTHDAYPARTY #PGMALLCRAZYSALE


0 Comments